Followers

Saturday, July 7, 2012

rimas + benci = cinta

"saya sayang awak. sudikah awak jadi girlfriend saya?" spontan sungguh lelaki ini meluahkan perasaannya.

"eh, awak cakap dengan siapa? jap, awak cakap dengan kawan saya ni ya? wani, ko cakap la dengan dia. dia nak cakap ngan ko tuh. aku blah dulu ye." ujarku lantas melarikan diri. tak nak ganggu sesi luahan perasaan gitu.lelaki itu tercengang melihat perlakuan ku yang sangat drastik. dia buat muka blurr. aku peduli apa.

"err, maaf la ye. kawan saya memang macam tuh. awak try la propose dia sekali lagi!" ujar wani aka kawan aku tersayang ni.

"tak pe. saya faham." ujar lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

"hai awak." tegurnya lelaki itu ketika aku sedang enak menjamu selera. aish, mati selera aku tengok mamat nih. dia tak de kerja lain ke selain mengganggu kehidupan aku yang tenteram nih? jelous kot. sebab tulah dia kacau. kan kan kan?

"saya kenal awak ke? tak kan? kenapa awak kat sini? menyemak je. pergilah awak jauh-jauh." tension aku dengan karenah mamat nih. tempeleng laju-laju nanti baru tau. kejam sungguh engkau wahai haifa hafeeza.

"kenapa pulak? tempat ni ada cap mohor awak ke? tak de kan? suka hati saya la nak duduk tang nama. anyway, nama saya harith haziq. awak haifa hafeeza. sedap kan gabungan nama kita dua. HH.. pandai ibu bapa kita pilih nama." tersengih-sengih dia menuturkan kata-kata.

"tolong sikit ye......" belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia menyampuk.

"tolong apa? nak saya kiss awak ke? ke awak nak kahwin dengan saya? saya terima dengan hati yang terbuka." tersengih lagi dia.

tahulah gigi dia tu putih sampai silau mata den. tapi tok sah tunjuk. gigi aku pun putih la. plus, kenapa lah dia ni perasan sesangat. bajet hensem. perghh, tinggi darah aku kalau lama duduk dengan dia nih. tanpa mempedulikan mamat sewel aka apa nama dia tadi? oh, harith haziq, aku pun melangkah keluar dari cafeteria. penuh nanti tahi telinga aku mendengar dia bercoloteh.

tengah aku best-best cuci mata tengok senior-senior yang hensem, dia berdiri di hadapan ku. spoil terus mood aku. apa ni? ganggu pemandangan + laluan orang jek.

"awak tak de kerja ke?" tanyaku rimas.

"ada." balasnya.

"kalau ada pergilah buat kerja awak!"ujarku bagai menghalau. memang aku nak halau dia pun. menyemak je.

"tengah buat kerja saya la ni." balasnya lagi. senyum lagi. dia ni memang kaya ngan senyuman. tapi sorrylah, senyuman anda tak laku kat saya. tak effect pun.kerutan muka terpancar di muka ku yang mulus ni. perasan sungguh cik haifa ni. kalau bukan kita yang nak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji diri kita kan? sokong? 100 markah untuk anda.

"kerja? mana kerja awak? saya tak nampak pun" balasku bersama kerutan. tua la aku kalau gini.

"kerja saya ialah nak mengorat awak. jadilah girlfriend saya." dia mencuba meraih simpati daripadaku dengan membuat muka ala-ala cute tu. tak tergoda ye. cute lagi anak along aku tau.

"eeeii,, susahnya nak cakap dengan orang sewel ni. saya dah ada boyfriend. awak tau B.O.Y.F.R.I.E.N.D." ambik kau. aku siap tolong eja lagi tau. susah nak jumpa perempuan yang bagi hati macam aku ni.

dia bagai terpempan mendengar kata-kata ku. kalau korang tengok muka dia. memang ketawa guling-gulinglah. tahan ketawa haifa! tahan ketawa! nanti dia perasan.

"kalau gitu saya nak jumpa boyfriend awak. buktikan kat saya yang awak ada boyfriend." balasnya.
aik, aku silap dengar ke? dia nak bukti? mati aku kalau gini. aku mana ada boyfriend.

"kenapa pulak saya kena buktikan kat awak?" tanya ku.

"iyelah. mana tau awak tipu saya." ujarnya selamba badak. badak pun tak selamba macam tu tau.

"kenapa pulak saya nak tipu awak?" tanyaku lagi.

"sebab awak rimas dengan saya. plus, awak tak nak couple dengan saya." balasnya bersahaja. thumbs uplah untuk mamat ni. dia tau apa yang ada dalam kepala otak aku.

"mana awak tau?" tanyaku tidak mahu mengalah.

"dari muka awak." balasnya lagi. aku lantas meraba-raba mukaku. iye ke? bohonglah dia ni.

"errrr.. boyfriend saya.. errrrr.. belajar kat luar negara. aaaa, dia belajar kat luar negara." ujarku.

"tipu lagi. kalau tak reti menipu jangan menipu. kita jumpa kat restoran al-hafiz malam ni. saya nak tengok boyfriend awak tu. oklah, bye bye sayang" ujarnya lantas meninggalkan aku terpinga-pinga.

"angah, tolonglah adik.jadi boyfriend adik. pura-pura je. malam ni je. bolehlah." keluar sudah aura kemanjaan ku.

"tak de tak de. malam ni angah ada dinner ngan kak ngah engkau. pergi je lah cakap hal yang sebenarnya. buat apa adik tipu dia?" ujar angahku tersayang iaitu aqmal naquib.

"kalau angah tak nak tolong adik, adik report kak ngah yang angah pi mengorat anak  Mak Jah sebelah rumah tu." aku sudah mula mengugut dia.

"ala adik ni.. main ugut-ugut pulak.. okey, angah tolong. tapi kali ni je tau. nanti tak de lagi. are you understand haifa?" ujar angah.

 "of course, my beloved brother. i love you lah.. sayang tongkat-tongkat ni." aku dah start memainkan peranan kegedikan seduniaku.

"eeiii, gelilah angah. jangan buat macam tu lah" ujar angah sambil membuat gaya pondan dan cacing kepanasan.

************************************************

"assalamualaikum." aku memberi salam.

"waalaikumsalam. mana boyfriend awak. lari ke?" tanya sinis. eeii, rasa nak hempuk ke kepala dia ni biar penyek. kejam sungguh cik haifa.

"tak mungkin dia nak tinggalkan girlfriend yang comel macam saya ni." hehehe, sempat lagi memuji diri. apa kata orang, masuk bakul angkat sendiri.

"hahahaha.. jangan awak tipu saya sudahlah". eiii, macam tau-tau je dia ni yang aku tipu dia.

"assalamualaikum semua." ujar angahku. hehehe

"waalaikumsalam." balas aku dan harith serentak.

"eh, awak aqmal. lama tak jumpa awak. ni girlfriend awak ke? bukan awak dah ada isterike? saya report kat isteri awak nanti." aduh panjang sungguh kata-kata si harith ni.

"eh tak lah. saya menyamar jadi boyfriend adik saya ni je. dia kata nak tipu budak yang suka dia ni. eh adik, mana lelaki tu?" tanya nya padaku.

aduh angah ni. bocor rahsia aku. si harith ni apalagi, senyum tak cukup gigilah dia. rimasnya aku.
'aduh, macammna aku nak kelentong ni..??'

"eh, haifa, mana boyfriend awak tu?" tanya sambil menekankan perkataan boyfriend tu. naik rimas aku jadinya. okey now macammana aku nak kelentong dia ni ah?

"err, ok saya mengaku saya memang tak de boyfriend. saya suruh abang saya menyamar jadi boyfriend saya sebab saya menyampah, meluat, benci dan yang seangkatan dengannya kat awak. saya tak suka awak dekat-dekat dengan saya sebab saya dah ada orang yang saya suka.. faham?" panjang lebar aku menyampaikan hujahku.

*************
lepas aku meluahkan apa yang terbuku disanubariku, harith menghilang.. tak taulah di pi mana.. menghilang?? bukan bunuh diri atau yang seangkatan dengannya.. tapi dia tak lagi mengganggu hidup aku.. ya, sepatutnya aku berasa gembira tetapi aku rasa ada sesuatu yan hilang.. apa ek?? cuba bagi tau sikit kat aku...

"hah adik kenapa termenung ni?? ada apa-apa masalah ke?" wah, prihatin sungguh angahku kali ini.

"tak de apa-apalah.." balasku acuh tak acuh.

"iyeke? ke rindu kat orang jauh tu?" pap! aku terasa hentakan yang kuat di atas kepalaku.

angahni ahli nujum ke apa? mana dia tau. hisy, malulah kalau gini. cover cik oi. nanti tak pasal-pasal 7 hari 7 malam angah ketawakan aku. kui kui.

"tak de.. orang jauh mana yang adik nak ingat ni, angah?" balasku buat selamba. padahal, muka dah macam udang kena salai. perghh, cuba korang bayang kan betapa merahnya.. melampau gila hiperbola aku ni.. apa-apa je lah...

"iyeke? habistu, kenapa muka adik merah??? ah, angah tau, adik rindu kat harith kan??" masa tu jugak aku rasa nak smack down abang kesayanganku ni. kesayanganke?? kesayangan la kot...

"ok fine. adik mengaku adik rindu kat harith. tapi adik tak tau kenapa adik rindu dia padahal dulu adik benci sangat dia. dia suka usik adik.." tanpa ku sedari, aku meluahkan perasaanku pada abang ku yang celoparnya tahap berganda-ganda ni..

"hah, mengaku pun. angah rasa adik suka kat dia. tapi adik ni ego tinggi sangat. adik cuba nafikan rasa yang ada dalam diri adik. cuba adik selami hati adik tu. adik suka dia ke tak? tapi dari mata angah di plus lagi dengan jumlah garam yang angah dah telan, adik comfirm 100% suka kat si harith tu." perghh, panjang sungguh kata-kata abangku. book of record in the family lah..

"maybe. tapi kan angah, adik coriouslah, apa kena mengan hal ni dengan kuantiti garam yang angah makan? musykil sungguh diriku wahai kekandaku tercinta."

"errr, saja nak menambahkan sedap rasa ayat angah... haha" waktu tu aku rasa nak bunuh jek angah aku nih...

**********************
sejak dari hari tu, aku jadi macam pungguk rindukan bulan. mak aih, macam dah terbalik jek.. bukan pungguk tu sering dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki ke?? peduli apa aku. janji aku rindu ketat-ketat kat dia..
 sedar tak sedar, dah 5 tahun berlalu. selama itu jugaklah aku sentiasa merindu dirinya. itulah hang, waktu dia ada dekat hang, benci konon, bila dah jauh rindu pulak.. apakeee????

"bulan depan ayah nak kamu kawin dengan lelaki pilihan ayah ngan ibu?" bum!!! aku rasa macam bom meletup di sebelah aku. kalau inilah sebabnya aku disuruh balik ke kediaman keluargaku, sumpah aku tak balik. mana mungkin aku bisa menikahi lelaki yang aku tak cintai.

"hah? ayah bergurau ye? janganlah main-mainkan adik. adik tak suka lah." aku cuba menyedapkan hatiku.

"adik ada nampak muka ayah ni bergurau ke?" soalan ayah ku balas dengan gelengan.

"tapi adik tak nak. adik dah ada orang yang adik suka. tolonglah jangan paksa adik, ayah." rayuku kepada ayah. andai aku disuruh melutut sekalipun aku rela andai itu bisa merubah keputusan kedua orang tua ku.

"adik tu bukan muda lagi. dah 25 tahun. dah patut kahwin tau. kawan-kawan adik banyak dah kahwin. adik je lagi yang masih berumbang ambing." ibu pulak memainkan peranannya.

"tapi ibu, adik tak kenal dia. dan yang penting adik tak cintakan dia. macammnana adik nak hidup dengan orang yang adik tak cinta?" air mataku sungguh murah kali ini. ianya menitis bagaikan hujan lebat. perghh, smart tak ayat aku?? kui kui. perasanlah kau sana.

"keputusan ayah muktamad. adik kena kahwin jugak dengan dia. kalau tak , adik bukan anak ayah lagi." sejurus selepas berkata, ayah meninggalkanku teresak-esak di ruang tamu keluarga..

"sampai hati ayah buat adik macam ni." esakkanku kian menjadi-jadi.

*************************
andai aku mempunyai kuasa untuk menghentikan masa, akan ku hentikan masa ini. aku ingin ia berhenti. aku tidak menginginkan perkahwinan ini. tolonglah... sesiapa, bawa aku lari...

"aku terima nikahnya haifa hafeeza binti mukhtar dengan mas kahwinnya RM 100 tunai."

air mataku tidak mahu berhenti mebalir pada saat aku mendengar kata-kata itu. degil sungguh air mataku ini. berhentilah mengalir wahai air mata.

"assalamuaikum, insan yang ku kasihi."suara itu bagaikan pernah ku dengar. tidak mungkin dia. aku lantas mendongak melihat suamiku. aku tergamam. dia? air mataku mengalir lagi. kali ini air mata gembira. ya allah, besar sungguh kurniaan-Mu.

"aa..wak.."

"iye saya. harith haziq. insan yang terlalu mencintai wanita yang bernama haifa hafeeza.." senyumannya buat ku terpaku. betapa rindunya aku pada lelaki ini.

"dah, jangan nangis lagi. nanti orang ingat kita kahwin paksa pulak. abang tak nak tengok isteri abang menitiskan air matanya. abang sayang mencintai dirimu sayang." ucapan yang keluar dari mulutnya membuaikan perasaan wanitaku. indah sungguh perasaan ini.

"memang pun kena paksa. awalnya lah. sekarang dah tak. sebab feeza kahwin dengan orang yang feeza suka. feeza sayang abang." balasku malu-malu.

"abang tau."

"oit dah lah tu bermesra-mesra tu.. karang sambung kat bilik.. buat malu jek. tak lama lagi, nampaknya dapatlah aku anak buah nih." gamat rumah keluargaku dengan gelak ketawa para tetamu. malunyaku pada waktu tu tak dapat nak digambarkan. malu gila siot..

***************************
"abang, selama ni abang pi mana? kenapa abang menghilangkan diri?" tanyaku.

"emm.. saja... abang nak duga hati sayang abang ni. rupa-rupanya selama ni orang tu bagai nak rak rindu kat orang di sini." usikkannya membuatku malu.

"abang ni, malulah."

"alu tapi mau.. hahaha. sayang, abang ada satu impian tau."

"apa dia?"

"abang nak rumah kita riuh. abang nak anak yang banyak." pipiku mula memerah.

"gatal la abang ni." balasku malu-malu.

"gatal pun suami feeza jugak kan.."

"memanglah. kalau abang gatal kat orang lain, feeza cincang abang."

"tak akan. kerana cinta abang hanya pada diri feeza.. I.T.A.L.Y"

"apa tu I.T.A.L.Y??"

 "i trust and love you." bisiknya penuh romantis..


3 comments:

  1. cerita aek mmg terbaek..i.t.a.l.y

    ReplyDelete
  2. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:35 AM

    cerita yg cukup baik menurut saya....

    ReplyDelete
  3. best dan terbaik ............... :)

    ReplyDelete