Followers

Tuesday, December 20, 2011

cerpen: harga sebuah pengorbanan

“ kita break! rissa harap wan tak cari rissa lagi. Kita tamatkan hubungan kita sekarang.”  Aku tahu kata-kata ku tu bakal melukakan hatinya, tapi demi kebahagiaannya, aku rela berkorban. Aku tidak ingin dia kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana perempuan seperti aku. Aku tidak layak hidup disampingnya.

“hah! Rissa sedar tak apa yang rissa cakap ni? Rissa nak kita break?” tanya ikhwan fahim, kekasih hatiku dan bakal menjadi bekas kekasih.

“rissa sedar apa yang rissa cakap. Kita break. Rissa tak boleh hidup di samping wan lagi.” Ujarku. Aku menahan air mata daripada keluar. Aku kena kuat. Semua ni demi kebahagian dia. Mencintai tidak semestinya harus memiliki.

“tak boleh. Tak boleh. Kita tak boleh break. Idea bodoh siapa ni, rissa? Biar wan jumpa dia. Atau mummy ada ugut rissa?” ya Allah, tepat tebakannya itu. Tetapi aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengakuinya. Masihku ingat air mata mummynya yang merayu agar aku meninggalkannya.

“tak. Ini semua kemahuan rissa sendiri. Lagipun tak lama lagi rissa bakal kahwin. Pilihan orang tua. wan pun kahwinlah dengan pilihan orang tua wan. Pilihan mereka adalah yang terbaik.”

“tak, wan tak cintakan qairina. Macammana wan nak kahwin dengan dia? Cinta wan hanya pada azzalea arissa sahaja. Do you understand that?”

“lupakan rissa. Rissa yakin wan dapat melakukannya. Belajarlah mencintai qairina. Dia tak de cecat celanya. Dia lebih sesuai bergandingan dengan wan berbanding rissa. Orang tua takkan lakukan sesuatu yang tidak membahagiakan anaknya. Percayalah, wan.”

“itu kata rissa. Rissa dah lupa janji kita? Kita akan bersama-sama berjuang untuk cinta kita. Rissa nak mungkir janji ke? Nak jadi munafik?” merah mukanya menahan bara kemarahan.

“rissa ingat semua janji kita dulu. Tapi itu dulu wan. Sekarang keadaan dah berubah. Rissa bukan mahu menjadi munafik, tapi entahlah. Rissa tak tau macammana nak cakap. Fahamilah rissa.” Aku memohon kefahamannya. Bukan aku tak cinta, cintaku terhadapnya tidak dapatku gambarkan dengan kata-kata. Mana bisa aku melupakan dia. Tambahan pulak, dia adalah cinta pandang pertamaku.

“baik! Baik, kalau itu yang rissa mahu! Kita berpisah. Wan tak nak tengok muka rissa lagi! Rissa boleh berambus dari hidup wan! Wan benci rissa. Wan doakan rissa takkan pernah hidup bahagia.” Ya Allah. Teganya kekasih hatiku mendoakan sesuatu yang buruk. Tetapi seandainya ini harga pengkhiatan ku terhadap cinta kami, aku rela.

“rissa tetap akan mendoakan sesuatu yang baik pada wan. Semoga wan hidup bahagia.” Selepas menuturkan kata-kata itu, aku mengorak langkah meninggalkannya. Maafkan rissa, wan! Rissa harap wan akan faham keadaan rissa suatu ketika nanti.

Tidak dapat ku tahan lagi air mataku. Empangan air mataku bocor. Sebocornya. Aku menangis tanpa henti. Aku telah melukakan insan yang kucintai. Kejamnya kau azzalea rissa. Tetapi siapa aku kalau nak dibandingkan dengan ibu yang telah melahirkan,menyusukan dan membelainya sejak kecil.

Berlainan pula dengan ikhwan fahim, sampai sahaja di rumah, habis semua barangnya di dalam bilik dilontarnya.

“aku benci kau rissa! Kau telah khianati cintaku! Kau akan terima balasannya nanti!” dendam mula menjalar dalam diri ikhwan fahim. Kerana cinta, seorang lelaki yang yang tenang, baik telah berubah.

********************************
Dua bulan sudah perkara hitam itu berlaku. Aku tidak pernah mendengar khabar daripada wan lagi. Mungkin dia sudah mula belajar melupakannya. Harap-haraplah.

“kau tau, bulan depan wan nak kahwin dengan qairina.” Ucapan yang keluar daripada mulut badriah membuatku hatiku tersentap. Akhirnya, engkau kahwin juga ikhwan. Aku mendoakan yang terbaik untukmu.

“alhamdulilah. Kahwin juga dia akhirnya dengan qairina. Aku bersyukur sangat.” Ujarku sambil cuba menahan air mataku daripada menitis. Aku harus kuat.

“kau tak apa-apa ke, rissa?”

“Aku tak apa-apa. Janganlah kau risau.”

“Nangislah rissa kalau itu dapat meredakan kesedihanmu. Nangislah wahai teman.”  Sejurus selepas itu, air mataku menitis. Aku sedih sangat.

“aku sayang sangat dengan dia, ria. Tetapi siapa aku nak dibandingkan dengan ibunya.” Luahku sambil menangis.

“sabarlah wahai teman. Aku tau kau kuat.” Badriah mula mengusap rambutku bagi menenangkan aku.

“iya, aku mesti kuat.” Balasku lantas menyeka air mata yang gugur. Lagipun tak lama lagi aku juga bakal bernikah dengan pilihan orang tuaku. Aku harus belajar melupakan ikhwan. Jika dia boleh melupakakn aku, kenapa tidak aku?

Keesokannya aku menemui ikhwan untuk mengucapkan tahniah. Tetapi, dia malah memakiku. Ternyata, dia telah membenciku. Tak apalah kalau macam tu. Aku tetap menjemputnya ke majlis perkahwinan ku. Tetapi aku tahu dia  tak akan dapat datang kerana dia juga berkahwin pada hari yang sama denganku walaupun berbeza masa.

***********************************
“Terima kasih kerana sudi berpisah dengan ikhwan.” Ujar mama ikhwan datin sharifah khadijah.

“tak pe aunt. Apa yang saya buat tak de makna langsung.” Balasku.

“berapa yang awak nak kerana sudi melepaskan ikhwan?”  aku terkedu. Berapakah harga perpisahan kami? Bagiku perhubungan kami terlalu bernilai.

“saya tak tahu.”

“ cakap je. Saya akan bayar berapa pun yang awak nak.” Angguh sungguh kata-katanya itu.

“oh jadi selama ni kau hanya berpura-pura mencintai aku. Kau hanya mencintai wang ringgitku sahaja. Menyesal aku jatuh cinta dengan perempuan semurah kau, azzalea arissa.!” Aku terkejut dengan kedatangan ikhwan.

“errr...” aku tidak dapat berkata apa-apa.

“dah mummy. Kita pergi sekarang. Jangan harap kau akan dapat satu sen pun duit aku.! “ bentaknya lagi. Datin sharifah khadijah tersenyum sinis memandangku. Berat sungguh dugaanmu ya Allah. Rupa-rupanya itu semua rancangan mummy ikhwan supaya ikhwan menbenciku.

Menitis lagi air mataku. Tidak ku hiraukan padangan pengunjung restoran mewah itu. Kesedihan yang kualami menghilangkan semua perasaan maluku.  Murah sungguh air mataku semenjak dua menjak ni. Jangan sedih lagi rissa. Kuatkan dirimu.

********************
Sejam lagi aku bakal bernikah dengan lelaki pilihan keluargaku. Ikhwan juga pasti sudah bernikah dengan qairina kerana majlisnya pagi tadi. Ikhwan fahim. Kenapa sukar sungguh untuk aku melupakanmu. Berhentilah mengingatinya, rissa. Tidak lama lagi kau bakal berkahwin. Lupakan semua kenangan kalian. Simpanlah ia dilubuk hatimu yang paling dalam. Jangan engkau lukakan hati bakal suamimu. Aku cuba mengingatkan diriku.

“aku terima nikahnya azzalea arissa dengan mas kahwin sebanyak RM 200 tunai.”

“sah! Sah! Sah!”

Kinilah gelaranku telah berubah. Daripada cik kepada puan. Suamiku menghampiriku untuk upacara membatalkan wuduk. Selepas dia menyarungkan cincin ke jariku, aku pantas mengucup tangannya. Sentuhan yang halal. Dia membalasnya dengan mencium dahiku. Menitis air mataku disaat itu. Selamat tinggal kenangan.

Ibu dan ayah mengucapkan tahniah kepadaku. Tidak lupa juga papa dan mama mertuaku. Nampaknya keluarganya menerimaku dengan baik. Arman aryan, itulah suamiku. Seorang pensyarah di USM.

Malamnya, kami sekeluarga berborak di ruang tamu. Rupa-rupanya suamiku ni seorang yang lucu. Aku senang dengannya. Mulutku mula menguap tanda mengantuk. Kepenatan akibat majlis perkahwinan tadi amat terasa. Aku lantas meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Kepenatan yang terasa tidak dapat kutahan lagi. Abang longku mula menggiat apabila aku meminta diri ke kamar.

“maklumlah pangantin barulah katakan. Mestilah nak masuk bilik awal.” Giatnya. Merah mukaku menahan malu. Gamat suasana di ruang tamu apabila adik beradik, ipar duai mengetawakanku. Suamiku hanya tersenyum. Tidak mampu menahan malu ya amat, aku lantas beredar ke bilik. Sampai sahaja di bilik ,aku pantas membersihkan diri kerana aku belum menunaikan solat isyak lagi.

Terkejut! Itulah perasaan aku apabila aku keluar dari bilik mandi. Suamiku sudah duduk santai di atas katil. Setelah melihat aku keluar dari bilik mandi, dia menghampiriku. Jantungku berdegup kencang.

“sayang, minta tuala, abang nak mandilah. Abang belum solat lagi.” Kata-katanya itu membuat hatiku sedikit tenang.

Aku pantas mengorak langkah ke almari untuk mengambilkannya tuala. Selepas aku menyerahkan tuala kepadanya, dia masuk ke bilik mandi dan sempat berpesan agar menunggunya supaya kami dapat mengerjakan solat isyak secara berjemaah. Aku menyediakan baju untuknya. Dan itulah kali kedua kami solat secara berjemaah selepas solat sunat petang tadi.

Apabila tangannya mengusap ubun-ubunku, aku mula gementar. Tanganku menjadi sejuk. Dengan lafaz doa, lampu bilik dimatikan.

*********************************
Rupa-rupanya tidak susah untuk mencintai suamiku. Aku amat mencintainya sekarang. Ikawan? Aku sudah melupakannya. Setahun melayari bahtera rumah tangga dengan arman, kami dikurniakan seorang putera yang comel yang diberikan nama mohd. Asfa  asyraaf. Belaian dan gurauan arman menceriakan hari-hariku. Selepas melahirkan putera kami, aku telah berhenti bekerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak kami.

Hari ni arman mengajakku keluar berdua. Katanya sudah lama kami tidak meluangkan masa berdua. Asfa kami hantar ke rumah mama dan papa. Kami dating seperti pasangan kekasih. Pautan tangannya memberikanku kebahagiaan. Aku bahagia hidup di sampingnya.

Ketika aku hendak melintas jalan, sebuah kereta yang bergerak laju menuju ke arahku. Aku tergamam. Kakiku bagaikan digam. Teriakkan arman bagaikan angin yang melintas ditelingaku. Apabila aku terasa diriku ditolak ke tepi jalan, aku masih lagi tergamam.

BAM! Bunyi dentuman yang kuat menyedarkanku. Aku pantas berlari menuju ke arah kawasan kemalangan. Suamiku terlantar dengan darah yang banyak. Aku terduduk disisinya. Suara-suara disekelilingku tidak dapatku dengar. Aku bagaikan di duniaku sendiri.

Kini, suamiku terlantar koma di hospital. Sudah 10 bulan dia koma. Aku tidak henti-henti berdoa untuk kesembuhannya. Kedatangan ikhwan dan mummnya 9 bulan yang lalu untuk meminta  maaf kepadaku membuat hatiku berasa benci. Tetapi aku sedar benci itu tidak akan menyembuhkan suamiku. Malah, suamiku pernah mengajar ku untuk tidak membenci seseorang.

“pergilah. Permohonan maaf kalian tidak akan dapat menyembuhkan suami saya. Dan saya juga telah maakan kalian. Pergilah.” Aku tidak mampu menahan perasaan. Tangisanku mula kedengaran. Mungkin ini balasanku kerana telah melukakan hati orang lain. Tetapi kenapa suamiku? Kenapa bukan aku? Kenapa aku diuji sedemikian rupa?

*****************************
“Abang, bangunlah. Dah lama sangat abang tidur. Abang tak rindu dekat azza dan asfa? Azza rindu sangat dekat abang. Asfa pun selali demam sebab rindu dekat abang. Abang bangunlah.” Rintihku. Suamiku lebih suka menggelar diriku azza kerana baginya nama itu istimewa. Satu persatu kenanganku bersamanya  mula terpapar. Aku rindukan dirinya. Aku tidak pernah jemu bercakap dengannya walaupun aku sedar dia tidak membalasnya.

Suatu malam ketika aku dibuai mimpi, aku merasakan ada usapan dikepalaku. Ianya amat menganggu tidurku. Lantas aku bangun untuk melihat insan yang mengusap kepala. Aku kerkejut. Rupa-rupanya suamiku sudah sedar. Air mata gembira menitis. Senyuman yang amat kurindui mula terukir dibibirnya. Aku memanggil doktor.

Seminggu kemudian, suamiku dibenarkan keluar. Aku berasa senang sekali. Dia juga bertambah sihat. Asfa juga enggan berenggang dengannya. Mungkin rindu dengan papanya. Aku bahagia kini. Ikhwan? Dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Yang lepas, biarlah berlalu.

2 comments:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:33 AM

    lumayan cukup menarik buat saya,harga pengorbanan tiada nilainya...

    ReplyDelete