Followers

Sunday, June 12, 2011

cerpen: seandainya itu takdirku

“Ya allah, berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang bakal engkau berikan. Ampunkan lah dosa-dosa ku kepada kedua orang tua ku. Amin” gugur air mata akif disaat dia berdoa. Semoga doa akif diterima oleh-Nya.


“akif, kan ayah dah kata jangan nakal di sekolah. Kenapa kamu tak reti nak faham-faham hah? Malu tau ayah nak jumpa guru-guru kat sekolah kamu tu? Mana ayah nak letak muka ayah ni? Tolonglah, sekali ni saja, boleh tak kamu jangan buat masalah di sekolah?” marah ayah.
“akif tak suruh ayah datang jumpa cikgu kat sekolah. Yang ayah sibuk-sibuk jumpa cikgu tu buat apa? Ayah sendiri yang rajin jumpa mereka. Kalau ayah tak jumpa mereka, ayah takkan malu.” Bidas akif tanpa rasa bersalah.
“huh, ayah dah tak nak buat apa dengan kamu ni. Satu pun kata-kata ayah tak pernah masuk dalam otak kamu tu. Ayah letih tahu tak? Kalau ayah dan ibu dah tak ada kat dunia ni, macammanalah hidup kamu nih, akif?” ujar ayah.
“hidup Akif macam biasalah lah ayah. Nak macammana lagi. Ayah, dosa kita sendiri tanggung, kan? Kubur pun lain-lain. Lain kali ayah tak payah lain ambil peduli masalah Akif. Akif malas nak dengar ayah membebel.” Marah akif.
“sampai hati kamu cakap macam tu pada ayah, Akif. Kamu sedar tak selama ni ayah yang membiayai segala perbelanjaan kamu sampai kamu besar macamni? Kemana hilangnya rasa hormat kamu pada orang tua kamu, Akif? Ibu pun dah tak tau macammana nak ajar kamu lagi. Nanti jangan kamu menyesal. Yang berlaku takkan dapat diputar kembali.” Rintih ibu kecewa pada akif.
“peduli apa Akif.” Lantas, akif keluar dari rumah tanpa mempedulikan kekecewaan yang terpamir di kedua muka orang tuanya. Bila aku di rumah, mesti kena bebel. Agaknya gini kot perangai orang tua-tua. suka sangat membebel. Naik tuli telinga aku.
Sekolah digemparkan lagi dengan berita kenakalan Akif and the gang. Apa pulak lah kesalahan dorang kali ni? Guru-guru di sekolah pun dah naik give up nak menangani masalah dorang. Kalau bukan sebab Akif ni anak orang yang berpengaruh, bye bye je la. Alamatnya dibuang sekolah lah dia.
Memutuskan bekalan elektrik sekolah, mencuri, menceroboh, menipu, poteng sekolah, membuli, semua tulah kerja si Akif and the geng ni. Apa yang belum mereka lakukan? Membunuh dan yang seangkatan dengannya je lah yang dorang belum buat. Sebut je Akif and the gang, comfirm 1 KL kenal dorang. Anak datuk yang nakal. Tittle yang amat bagus. Thumbs up lah.
“Akif, malam ni macam biasa,ok? Kat jalan tuttttt... hadiahnya lumayan malam ni. Gadis yang kau minat tu jadi hadiah malam ni. Kalau kau menang, bersuka rialah kau ngan pempoan tu.” Ujar Akish.
“really? Ni yang buat aku tak sabar-sabar nak menang ni. Hah, akhirnya dapat juga aku merasa dia. Hahahaha” ujar akif.
Tepat sungguh kata-kata Akif siang tadi. Malam ni menang pula dia dalam taruhan motor. Berpestalah dia dengan gadis itu.
“akhirnya, dapat juga aku merasa kau ek. Tulah selama ni kau jual mahal ngan aku. Cubalah dari dulu kau tak jual mahal dengan aku, tentu hidup kau senang lenang sekarang. Ni tak, sampai dijual oleh ayah tiri kau. Padan muka kau. Hahaha” ujar akif.
“tolonglah Akif. Jangan buat apa-apa kat saya. Saya merayu kat awak. Saya akan buat apa-apa je yang awak suruh asalkan awak tak mencabuli kehormatan saya. Saya nak persembahkannya pada suami saya je.” Rayu Aisyah, gadis taruhan motor.
“hahaha.. tak de rayuan diterima. Kau kena layan aku malam ni. Aku peduli apa. Aku dah menang lumba motor tadi, sekarang aku nak imbalannya. Hahaha” ujar akif.

Semakin hari perangai Akif semakin malampau.  Baru-baru nih, Akif pergi ke disko bersama rakan-rakannya. Alasannya, untuk melepaskan tension. Orang lepaskan tension dengan berzikir, dia clubbing. Bagus.Perangai Akif mulai berubah sejak dia berkawan dengan Akish dan lain-lain. kerana ingin menyahut cabaran, Akif berubah 360 darjah.
suatu hari akif mendapat telefon daripada pihak hospital. mereka mengatakan bahawa kedua orang tua akif meninggal dunia. pada awalnya akif berasa amat gembira kerana selepas ini tiada lagi yang akan mengawal pergerakannya.

"blah la ko arif." ujar akish.
"kenapa? bukankah kita kawan?" tanya akif.
"kawan? hahahaha kitorang kawan dengan ko sebab nak duit ko je. sekarang ko dah tak de duit. so ko bukan kawan kitorang lagi." balas akish.

arif membawa langkah sayu meninggalkan mereka yang dianggapnya sebagai kawan. baru lah kini dia tahu kebenarannya.
'ya allah, ampunkanlah segala dosa-dosa hamba mu ini. ibu ayah maafkan akif.' rintih akif. menyesal pun dah tak guna lagi. nyawa kedua orang tuanya tidak dapat dikembalikan lagi.
setiap kali akif cuba mencari pekerjaan, tiada satu tempat pun yang sudi menerimanya. kenapa? kerana perangainya yang seperti syaitan sebelum ini.
syukur, akif mendapat kerja di kedai runcit pak mat. walaupun bekerja mengangkat barang, tetapi akif tetap berasa syukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh tuhan. setahun akif belajar kembali apa itu islam dengan bantuan pak mat. takdir tidak biasa dihindarkan. akif bertemu kembali dengan aisyah yang sedang menggendong seorang bayi. lantas akif menegurnya.

"aisyah." sapa akif.
"awak? apa lagi yang awak nak dari saya? tak cukupkah apa yang sudah awak buat pada saya?" soal aisyah bertubi-tubi.
"maafkan saya aisyah. saya tahu kesilapan dan kesalahan saya. saya harap awak dapat memafkan saya. saya ingin menebus kembali kesalahan saya." ujar akif.
"awak minta maaf? ajaibnya. kenapa sebab awak dah miskin?" sinis sungguh kata-kata yang dilemparkan oleh aisyah.
"saya dah taubat aisyah. kalau awak belum berkahwin, saya akan mengahwini awak." ujar akif.
"kahwin? dengan saya? awak tak rasa jijik ke dengan saya? saya ni kan perempuan murahan?" balas aisyah.
"saya tahu saya silap. sebab tulah saya ingin menebus kesilapan saya. saya tahu apa yang saya buat ni tak mampu nak tebus segalanya. tapi izinkan lah saya untuk membahagiakan awak."  aku mencuba untuk meyakinkan aisyah.

apabila aisyah melihat wajah akif yang bersungguh-sungguh, hati wanitanya kian tersentuh benarkah dia sudah berubah? bolehkah aku percaya dengan kata-katanya? perbagai persoalan yang mengganggu pemikiran aisyah.
"apa bukti yang awak akan membahagiakan saya?" tanya asiya inginkan kepastian.
"saya akan mecuba sebaik mungkin. mungkin saya tidak sekaya dulu tapi saya tetap akan cuba memberikan awak kasih sayang yang tidak berbelah bahagi." balas akif yakin.
"awak boleh kah terima anak ini sebagai anak awak?" tanya aisyah lagi.
"tentulah. saya tahu dia anak saya. maafkan saya atas apa yang lakukan ada awak dulu." ucap akif.
"baiklah kalau gitu, saya setuju. tapi ingat kalau awak kecewakan saya, saya jamin awak takkan hidup senang." aisyah memberi amaran.
"ai ai kapten" akif sempat membuat jenaka.

setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga, aisyah mengandungkan anak mereka yang kedua. rezeki mereka kian bertambah apabila akif berjaya menjadi usahawan muda. usahanya membuka warung makan suatu ketika dahulu bersama sang isteri membuahkan hasil. kini, mereka mempunyai 10 buah restoran di sekitar kota metropolitan ini.
mendengar kejayaan akif, akish and the gang datang bertemu dengannya.
"hey akif. lama tak jumpa." ujar akish.
"kau?apa yang ka nak datang sini?" balas akif dingin.
"hey, kitakan kawan. kenapa pulak kami tak boleh datang sini?" akish cuba berbaik-baik dengan akif.
"kawan? kawan yang makan kawan? waktu aku senang korang berkawan dengan. waktu aku susah? korang campak je aku. korang ingat aku apa?" tahap kemarahan akif kian menigkat.
"sorrylah bro. kitorang tak sengaja waktu tu. so now kita kawan kan?" akish tetap cuba untuk memujuk akif.
"hahahahaaaaaaaaaa. kawan? berambus korang dari restoran aku! kotor restoran aku nanti oleh tangan-tangan kotor korang semua." bidas akif.
"kurang ajar ko akif. ko tunggulah pembalasan dari kami." akish memberi amaran lantas bergerak keluar dari restoran akif.
 2 minggu lagi aisyah dijangka akan melahirkan anak mereka. tetapi yang membuatkan akif pelik, aisyah asyik termenung dan sering meminta ampun dengannya.
"abang aisyah minta maaf kalau aisyah ada buat salah pada abang. halalkan makan minum aisyah ye. kalau aisyah tak de nanti, abang jangan sia-siakan anak-anak kita ye." sebak hati akif mendengar kata-kata aisyah.
"kenapa sayang cakap macam tu? semuanya akan selamat. abang yakin." akif cuba untuk menenangkan hati aisyah.
"abang, tak ada siapa yang dapat melawan takdir yang telah ditentukan oleh allah." balas aisyah.
entah kenapa akif dapat merasakan kelainan pada diri aisyah. akif tidak mahu membuat sebarang andaian.
"aisyah jangan cakap macam tu. abang sayang aisyah." ujar akif lantas memeluk aisyah.
"aisyah pun sayang abang. selamanya."balas aisyah.

akif menerima telefon daripada pihak hospital bahawa aisyah dilanggar oleh sebuah kereta. pemandunya meninggal kerana diseret oleh trailer apabila mencuba untuk mengejar lampu hijau. rupa-rupanya, akishlah orang yang telah melanggar aisyah. kini, aisyah dibedah kerana kehilangan banyak darah. alhamdulillah aisyah selamat melahirkan seorang anak perempuan. kini lengkaplah hidup kami dengan serang putera dan seorang puteri. tetapi, aisyah koma kerana hentakan yang kuat pada otaknya.

8 bulan aisyah koma. selama 8 bulan itulah hidupku tidak terurus. nasib baik ada pak mat dan isterinya yang tolong melihat-lihatkan danish dan dania.
"abang, maafkan aisyah kerana tidak dapat bersama dengan abang membesarkan anak-anak kita." ujar aisyah.
selepas berkata-kata aisyah menghilang dan menghilang. akif tidak sempat menggapai tangan aisyah. serentak dengan itu, telefon bimbit akif berbunyi. sebaik sahaja mendengar berita dari si pemanggil, telefon bimbit di tangan akif jatuh. air mata lelaki nya gugur tanpa dapat ditahan.
'ya allah andai ini takdir yang telah Engkau tentukan,hamba menerimanya dengan hati yang terbuka' ucap akif dalam hati.

setelah seminggu aisyah sedar dari koma, aisyah dibenarkan pulang oleh doktor. kini mereka sekeluarga berbahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan.







3 comments:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:22 AM

    saya suka dari kisah ini....sukses....

    ReplyDelete
  2. Sands Casino & Resort - California's Best Bet!
    Play at Sands Casino & Resort in California, California for 샌즈 카지노 쇼미 더벳 Real Money or get a Free Chip or a Cash Bonus! Play online and win cash prizes at Sands

    ReplyDelete