Followers

Sunday, April 24, 2011

cerpen: kasih yang abadi




"Im, sampai sini jak hubungan kita. Sya dah tak boleh teruskan hubungan ni lagi", kata risya.
"tapi kenapa Sya. apa salah Im pada Sya? Im tak boleh nak putuskan hubungan ni. Im sayang sangat kat Sya. Sya tak sayang Im lagikah?, kata Imran kepada Risya.
"maafkan Sya, Im." kata Risya. lalu Risya pun pergi meninggalkan Imran yang terpaku di situ.
'Maafkan Sya, Im. Sya sayang kat Im, tapi Sya tak nak Im kecewa kelak.' kata Risya sambil menangis.
"Risya! Risya! Risya! jangan tinggalkan Im" teriak Im. tapi kata-kata Imran hanya bagai menuang air ke daun keladi. Risya langsung tidak berpaling pada Imran lagi.

sudah gelap sebulan Imran dan Risya berpisah. sudah puas Imran menghubungi kekasih hatinya, Risya. Tetapi setiap kali Imran menefon Risya, ibu Risya mengatakan Risya tiada, Risya keluar rumah dan pelbagai alasan lagi.
'kenapa Sya dera perasaan Im??? Sya tahukan Im sayang sangat kat Sya. Tetapi kenapa Sya sanggup tinggalkan Im? Apa salah Im pada Sya?' rintin hati Imran.
kali ini Imran tertekad untuk ke rumah Risya Tujuannya hanya satu iaitu mencari kekasih hatiya. tetapi apabila dia sampai di sana, hanya keluhan berat yang mampu dilepaskannya. Risya dan keluarganya telah berpindah ke tempat lain. Imran cuba untuk menghubungi Risya, tetapi talian itu tidak digunakan lagi. betapa kecewanya hati Imran ketika itu hanya tuhan yang tahu.

Imran bertanya kepada rakan-rakan Risya sekiranya mereka tahu di mana Risya berada. tetapi rakan-rakan Risya juga tidak mengetahui keberadaan Risya sekarang. badan Imran kian susut selepas berpisah dengan Risya. ibu Imran berasa amat sedih dengan keadaan anak kesayangan itu. lalu, ibu Imran menyarankan agar Imran keluar untuk menghirup udara yang segar.

adik Imran, Insyirah pun membawa Imran pergi bersiar-siar. tetapi mood Imran tetap sama. sepatah ditanya sepatah dijawabnya.
"alang, kenapa alang jadi macamni? mana alang yang dulu? Irah rindu pada alang Irah yang dulu, alang yang sentiasa ceria, lawak, mana diri alang yang dulu? hanya kerana perempuan alang jadi macamni? alang, banyak lagi perempuan kat dunia ni. bukan hanya kak Risya saja kat dunia. sedarlah alang. dah 2 bulan kak Risya tinggalkan alang." ujar Insyirah sambil menahan sebak.
"Irah tak tau perasaan alang. Irah belum pernah rasa macam yang alang rasa sekarang. alang sayang sangat kat Risya. tetapi Risya sanggup tinggalkan alang tanpa satu jejak sekalipun. alang sedih, Irah" ucap Imran.
"alang", ujar Insyirah sambil menangis.

ketika Imran dan Insyirah keluar dari restoran, Imran terlihat kelibat Risya lalu mengejarnya. Insyirah yang tergamam dengan tindakan abang pantas mengejar Imran. kini barulah Insyirah faham mengapa abangnya tiba-tiba berlari. rupa-rupanya Imran ternampak Risya. tapi yang peliknya, Risya tidak keseorangan. Risya ditemani oleh seorang lelaki.
"Risya", ucap Imran dengan nada yang sayu.
Risya yang terdengar namanya disebut lantas berpaling mencari suara itu. alangkah tergamamnya Risya apabila mendapati suara itu rupa-rupanya suara Imran.
"Imran. apa Im buat kat sini?, ujar Risya.
"Im rindu sangat kat Sya", ujar Imran sambiil mendekati Risya.
"Im jangan datang dekat pada Sya", ujar Risya.
"tapi kenapa?", ujar Imran.
"sebab nanti boyfriend Sya ni marah." ujar Risya. Imran terkejut dengan kata-kata yang beru diluahkan oleh Risya.
"be..ttttuuullll... kaaahhh... iiiniii.. boy..fri..end.. Sya?" ujar Imran dengan nada yang terketar-ketar.
"iya. ini boyfriend Sya. mari Sya kenalkan. Aqmal, ini kawan Sya, namanya Imran. Imran inilah boyfriend Sya, Aqmal", ujar Risya.
"sampai hati Sya buat Im macam ni." ujar Imran.
"maafkan Sya. Sya tak mampu menepis perasaan Sya pada Aqmal. maafkan Sya" ujar Sya.
Insyirah yang mendengar kata-kata Risya itu terus naik angin.
"sampai hati betul kak Risya buat alang macam ni. alang sayang sangat kat kak Risya. semenjak kak Risya ringgalkan alang, alang sedih, tahu tak SEDIH!!! kak Risya langsung tak ada perasaan. mana perasaan kak Risya. sanggup kak Risya mempermainkan perasaan alang. kalau Irah tahu beginilah perangai kak Risya, mati hidup balik pun Irah takkan benarkan kak Risya bersama dengan alang dulu", marah Insyirah.
"mari alang, kita balik. tak guna bercakap dengan perempuan tak guna ni"

sebaik sahaja Insyirah dan Imran meninggalkan mereka, mutiara jernih mula jatuh dari mata Risya.
"salah kah apa yang Sya buat ni, bang? Sya cuma tak nak Im kecewa nanti setelah tau apa yang jadi kat Sya?", rintih Risya pada Aqmal.
"Apa yang Sya buat tu tak salah. biarlah dia terluka sekarang daripada dia terluka nanti. dah la tu, mari kita balik", ujar Aqmal memujuk Risya.

4 bulan kemudian, Aqmal muncul di hadapan rumah Imran. tetapi kedatangan tidak dialu-alukan oleh keluarga Imran. Aqmal terus merayu untuk bertemu dengan Imran.
"apa yang kau nak lagi hah? tak cukup lagikah luka yang kau orang tabur kat hati abang aku hah?" marah Insyirah.
"saya tetap nak jumpa dengan Imran. ada hal penting yang perlu saya sampaikan pada Imran", rayu Aqmal.
"tak payah. kalau setakat nak menambah luka di hati abang aku, baik tak payah. berambus sebelum aku telefon polis. cepat pergi dari sini". marah Insyirah lagi.
"tolonglah saya. saya merayu kat awak. bagilah saya keizinan untuk menemui abang awak." rayu Imran lagi.
"tak...." Isyirah tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Imran muncul di sana.
"Imran, saya ada hal penting nak bagi tau awak" kata Aqmal.
"cakap lah kat sini", ujar Imran
"tapi alang,,, " ujar Insyirah.
"tak pe. alang tahu selesaikan masalah alang sendiri. adik tak payah risaukan alang" ujat Imran.
"sebenarnya Risya  ada kanser otak. dia dah berada di peringkat yang terakhir. dia nak berpisah dengan awak sebab dia tak nak awak sedih tengok keadaan dia nanti." ujar Imran menahan sebak.
"apa, Sya ada kanser otak? kenapalah dia tak bagi tau saya? Sya kat mana sekarang ni?" tanya Imran.
"sekarang ni dia kat HKL", ujar Aqmal.
"saya nak jumpa dia sekarang", ujar Imran
"Irah pun nak ikut alang", ujar Insyirah.
"marilah kita bertolak sekarang." ujar Aqmal.

ketika mereka sampai di HKL, keadaan Risya sudah tenat. Iran terus menerpa ke arah Risya.
"Risya,Im kat sini. jangan tinggalkan Im sorang-sorang kat sini", rintih Imran.
"Maa..ffff kaaann Syaaa seee...bbbb..aaaabbb.. taaa...kkkk bbaaaa...gggg..iiiii taaaaa....uuuuu Im ttteeeennnn...tttaaa...nnnngg ppeeennnyaaa..kkkiiiitttt Ssssyyyaaa..." ucap Risya dalam kepayahan.
"Sya, Im sayang sangat Sya. Jangan tinggalkan Im ya sayang." rintih Imran lagi.
"Ssssyyyyy...aaaaa ppppuuuu...nnnn sssaaaa...yyyyyaaaaa...nnnnnggggg kkkkaaaaaattttt... IIIImmm.." luah Risya lagi.

"kak, maafkan Irah sebab meluahkan kata-kata yang mengguris kati kakak hati tu," tangis Insyirah.
"tttaaaakkk... peee..." ujar Risya.

tiba-tiba nafas Risya turun naik dengan cepat sekali.
"doktor!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! doktor!!!!!!!!!!!!!!!!" teriak Imran.

doktor pun datang memeriksa Risya. setelah beberapa minit memeriksa Risya, doktor hanya menggelengkan kepalanya. tangisan mula memenuhi ruang bilik hospital. kembali lagi seorang hamba kepada penciptanya.
Imran yang terkaku terus melepaskan tangisannya. insyirah lantas memeluk alangnya untuk memtenteramkan perasaan alangnya. selepas selesai upacara pengebumian Risya, ibu Risya menyerahkan seucuk surat kepaada Imran. katanya Rsiya menitipkan surat itu untuk Imran.

sampai sahaja di biliknya, Imran lantas membuka surat yang dititipkan oleh Risya.

assalamualaikum Imranku sayang,
    saat Im membaca warkah ini, Risya dah pergi jauh. jauh dari Im. Sya jugak dah takkan kembali lagi. sebelum meneruskan warkah ini, Sya ingin memohon kemaafan daripada Im. Sya tau Sya dah banyak melukakan hati Im. maafkan Sya. Im, sepanjang hidup Sya, Sya tak pernah jatuh cinta sehinggalah Sya bertemu dengan Im. Im banyak mengajar Sya erti cinta yang sebenar. Im mengajar Sya untuk jatuh cinta. terima kasih yang tak terhingga. Im terlalu baik untuk Sya.
    Sya tak nak bagi tau Im tentang penyakit Sya sebab Sya takut Im sedih apabila Sya meninggalkan Im kelak. Sya tau Sya tak patut buat macam ni. tapi Sya tak tau nak buat macammana lagi. maafkan Sya. Sya tahu Im sedih bila Sya minta putus dulu. Sya jugak tahu yang Im mencari rakan-rakan Sya untuk menanyakan keberadaan Sya. tapi mereka tidak memberitahu keberadaan Sya sebab itu semua permintaan Sya. waktu tu, Sya nak Im lupakan Sya, betapa pedihnya hati Sya apabila rakan-rakan Sya memberitahu Sya yang badan Im sudah semakin susut. tapi Sya tahan diri Sya daripada menemui Im.
   maafkan Sya, Im. Sya benar-benar sayang pada Im. maafkan semua kesalahan Sya dan halal kan segala makan minum Sya sepanjang perkenalan kita. sampai sini sahajalah warkah Sya. Sya harap Im dapat melupakan Sya carilah pengganti Sya.

                                                                                                                                                                   salam sayang,
                                                                                                                                                                        RISYA

gugur air mata seorang insan yang bernama lelaki setelah membaca warkah sang kekasih yang telah pergi jauh meninggalkannya.
'"Syakita bertemu kembali di alam sana nanti. Sya tunggu Im. Im akan datang untuk menemui Sya. Im sayang sangat kat Sya", ujar Imran sambil menitiskan air matanya.

pertama kali ku bertemu dengan mu,
hatiku terpaut melihat senyumanmu,
aku mengharap engkau menerimaku,
kerna aku bersedia mencintaimu.

1 comment:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:27 AM

    cukup menarik dari cerita ini ,kita dapat mengambil kesimpulan dari kisah ini sukses saja...

    ReplyDelete