Followers

Saturday, July 7, 2012

rimas + benci = cinta

"saya sayang awak. sudikah awak jadi girlfriend saya?" spontan sungguh lelaki ini meluahkan perasaannya.

"eh, awak cakap dengan siapa? jap, awak cakap dengan kawan saya ni ya? wani, ko cakap la dengan dia. dia nak cakap ngan ko tuh. aku blah dulu ye." ujarku lantas melarikan diri. tak nak ganggu sesi luahan perasaan gitu.lelaki itu tercengang melihat perlakuan ku yang sangat drastik. dia buat muka blurr. aku peduli apa.

"err, maaf la ye. kawan saya memang macam tuh. awak try la propose dia sekali lagi!" ujar wani aka kawan aku tersayang ni.

"tak pe. saya faham." ujar lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

"hai awak." tegurnya lelaki itu ketika aku sedang enak menjamu selera. aish, mati selera aku tengok mamat nih. dia tak de kerja lain ke selain mengganggu kehidupan aku yang tenteram nih? jelous kot. sebab tulah dia kacau. kan kan kan?

"saya kenal awak ke? tak kan? kenapa awak kat sini? menyemak je. pergilah awak jauh-jauh." tension aku dengan karenah mamat nih. tempeleng laju-laju nanti baru tau. kejam sungguh engkau wahai haifa hafeeza.

"kenapa pulak? tempat ni ada cap mohor awak ke? tak de kan? suka hati saya la nak duduk tang nama. anyway, nama saya harith haziq. awak haifa hafeeza. sedap kan gabungan nama kita dua. HH.. pandai ibu bapa kita pilih nama." tersengih-sengih dia menuturkan kata-kata.

"tolong sikit ye......" belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia menyampuk.

"tolong apa? nak saya kiss awak ke? ke awak nak kahwin dengan saya? saya terima dengan hati yang terbuka." tersengih lagi dia.

tahulah gigi dia tu putih sampai silau mata den. tapi tok sah tunjuk. gigi aku pun putih la. plus, kenapa lah dia ni perasan sesangat. bajet hensem. perghh, tinggi darah aku kalau lama duduk dengan dia nih. tanpa mempedulikan mamat sewel aka apa nama dia tadi? oh, harith haziq, aku pun melangkah keluar dari cafeteria. penuh nanti tahi telinga aku mendengar dia bercoloteh.

tengah aku best-best cuci mata tengok senior-senior yang hensem, dia berdiri di hadapan ku. spoil terus mood aku. apa ni? ganggu pemandangan + laluan orang jek.

"awak tak de kerja ke?" tanyaku rimas.

"ada." balasnya.

"kalau ada pergilah buat kerja awak!"ujarku bagai menghalau. memang aku nak halau dia pun. menyemak je.

"tengah buat kerja saya la ni." balasnya lagi. senyum lagi. dia ni memang kaya ngan senyuman. tapi sorrylah, senyuman anda tak laku kat saya. tak effect pun.kerutan muka terpancar di muka ku yang mulus ni. perasan sungguh cik haifa ni. kalau bukan kita yang nak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji diri kita kan? sokong? 100 markah untuk anda.

"kerja? mana kerja awak? saya tak nampak pun" balasku bersama kerutan. tua la aku kalau gini.

"kerja saya ialah nak mengorat awak. jadilah girlfriend saya." dia mencuba meraih simpati daripadaku dengan membuat muka ala-ala cute tu. tak tergoda ye. cute lagi anak along aku tau.

"eeeii,, susahnya nak cakap dengan orang sewel ni. saya dah ada boyfriend. awak tau B.O.Y.F.R.I.E.N.D." ambik kau. aku siap tolong eja lagi tau. susah nak jumpa perempuan yang bagi hati macam aku ni.

dia bagai terpempan mendengar kata-kata ku. kalau korang tengok muka dia. memang ketawa guling-gulinglah. tahan ketawa haifa! tahan ketawa! nanti dia perasan.

"kalau gitu saya nak jumpa boyfriend awak. buktikan kat saya yang awak ada boyfriend." balasnya.
aik, aku silap dengar ke? dia nak bukti? mati aku kalau gini. aku mana ada boyfriend.

"kenapa pulak saya kena buktikan kat awak?" tanya ku.

"iyelah. mana tau awak tipu saya." ujarnya selamba badak. badak pun tak selamba macam tu tau.

"kenapa pulak saya nak tipu awak?" tanyaku lagi.

"sebab awak rimas dengan saya. plus, awak tak nak couple dengan saya." balasnya bersahaja. thumbs uplah untuk mamat ni. dia tau apa yang ada dalam kepala otak aku.

"mana awak tau?" tanyaku tidak mahu mengalah.

"dari muka awak." balasnya lagi. aku lantas meraba-raba mukaku. iye ke? bohonglah dia ni.

"errrr.. boyfriend saya.. errrrr.. belajar kat luar negara. aaaa, dia belajar kat luar negara." ujarku.

"tipu lagi. kalau tak reti menipu jangan menipu. kita jumpa kat restoran al-hafiz malam ni. saya nak tengok boyfriend awak tu. oklah, bye bye sayang" ujarnya lantas meninggalkan aku terpinga-pinga.

"angah, tolonglah adik.jadi boyfriend adik. pura-pura je. malam ni je. bolehlah." keluar sudah aura kemanjaan ku.

"tak de tak de. malam ni angah ada dinner ngan kak ngah engkau. pergi je lah cakap hal yang sebenarnya. buat apa adik tipu dia?" ujar angahku tersayang iaitu aqmal naquib.

"kalau angah tak nak tolong adik, adik report kak ngah yang angah pi mengorat anak  Mak Jah sebelah rumah tu." aku sudah mula mengugut dia.

"ala adik ni.. main ugut-ugut pulak.. okey, angah tolong. tapi kali ni je tau. nanti tak de lagi. are you understand haifa?" ujar angah.

 "of course, my beloved brother. i love you lah.. sayang tongkat-tongkat ni." aku dah start memainkan peranan kegedikan seduniaku.

"eeiii, gelilah angah. jangan buat macam tu lah" ujar angah sambil membuat gaya pondan dan cacing kepanasan.

************************************************

"assalamualaikum." aku memberi salam.

"waalaikumsalam. mana boyfriend awak. lari ke?" tanya sinis. eeii, rasa nak hempuk ke kepala dia ni biar penyek. kejam sungguh cik haifa.

"tak mungkin dia nak tinggalkan girlfriend yang comel macam saya ni." hehehe, sempat lagi memuji diri. apa kata orang, masuk bakul angkat sendiri.

"hahahaha.. jangan awak tipu saya sudahlah". eiii, macam tau-tau je dia ni yang aku tipu dia.

"assalamualaikum semua." ujar angahku. hehehe

"waalaikumsalam." balas aku dan harith serentak.

"eh, awak aqmal. lama tak jumpa awak. ni girlfriend awak ke? bukan awak dah ada isterike? saya report kat isteri awak nanti." aduh panjang sungguh kata-kata si harith ni.

"eh tak lah. saya menyamar jadi boyfriend adik saya ni je. dia kata nak tipu budak yang suka dia ni. eh adik, mana lelaki tu?" tanya nya padaku.

aduh angah ni. bocor rahsia aku. si harith ni apalagi, senyum tak cukup gigilah dia. rimasnya aku.
'aduh, macammna aku nak kelentong ni..??'

"eh, haifa, mana boyfriend awak tu?" tanya sambil menekankan perkataan boyfriend tu. naik rimas aku jadinya. okey now macammana aku nak kelentong dia ni ah?

"err, ok saya mengaku saya memang tak de boyfriend. saya suruh abang saya menyamar jadi boyfriend saya sebab saya menyampah, meluat, benci dan yang seangkatan dengannya kat awak. saya tak suka awak dekat-dekat dengan saya sebab saya dah ada orang yang saya suka.. faham?" panjang lebar aku menyampaikan hujahku.

*************
lepas aku meluahkan apa yang terbuku disanubariku, harith menghilang.. tak taulah di pi mana.. menghilang?? bukan bunuh diri atau yang seangkatan dengannya.. tapi dia tak lagi mengganggu hidup aku.. ya, sepatutnya aku berasa gembira tetapi aku rasa ada sesuatu yan hilang.. apa ek?? cuba bagi tau sikit kat aku...

"hah adik kenapa termenung ni?? ada apa-apa masalah ke?" wah, prihatin sungguh angahku kali ini.

"tak de apa-apalah.." balasku acuh tak acuh.

"iyeke? ke rindu kat orang jauh tu?" pap! aku terasa hentakan yang kuat di atas kepalaku.

angahni ahli nujum ke apa? mana dia tau. hisy, malulah kalau gini. cover cik oi. nanti tak pasal-pasal 7 hari 7 malam angah ketawakan aku. kui kui.

"tak de.. orang jauh mana yang adik nak ingat ni, angah?" balasku buat selamba. padahal, muka dah macam udang kena salai. perghh, cuba korang bayang kan betapa merahnya.. melampau gila hiperbola aku ni.. apa-apa je lah...

"iyeke? habistu, kenapa muka adik merah??? ah, angah tau, adik rindu kat harith kan??" masa tu jugak aku rasa nak smack down abang kesayanganku ni. kesayanganke?? kesayangan la kot...

"ok fine. adik mengaku adik rindu kat harith. tapi adik tak tau kenapa adik rindu dia padahal dulu adik benci sangat dia. dia suka usik adik.." tanpa ku sedari, aku meluahkan perasaanku pada abang ku yang celoparnya tahap berganda-ganda ni..

"hah, mengaku pun. angah rasa adik suka kat dia. tapi adik ni ego tinggi sangat. adik cuba nafikan rasa yang ada dalam diri adik. cuba adik selami hati adik tu. adik suka dia ke tak? tapi dari mata angah di plus lagi dengan jumlah garam yang angah dah telan, adik comfirm 100% suka kat si harith tu." perghh, panjang sungguh kata-kata abangku. book of record in the family lah..

"maybe. tapi kan angah, adik coriouslah, apa kena mengan hal ni dengan kuantiti garam yang angah makan? musykil sungguh diriku wahai kekandaku tercinta."

"errr, saja nak menambahkan sedap rasa ayat angah... haha" waktu tu aku rasa nak bunuh jek angah aku nih...

**********************
sejak dari hari tu, aku jadi macam pungguk rindukan bulan. mak aih, macam dah terbalik jek.. bukan pungguk tu sering dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki ke?? peduli apa aku. janji aku rindu ketat-ketat kat dia..
 sedar tak sedar, dah 5 tahun berlalu. selama itu jugaklah aku sentiasa merindu dirinya. itulah hang, waktu dia ada dekat hang, benci konon, bila dah jauh rindu pulak.. apakeee????

"bulan depan ayah nak kamu kawin dengan lelaki pilihan ayah ngan ibu?" bum!!! aku rasa macam bom meletup di sebelah aku. kalau inilah sebabnya aku disuruh balik ke kediaman keluargaku, sumpah aku tak balik. mana mungkin aku bisa menikahi lelaki yang aku tak cintai.

"hah? ayah bergurau ye? janganlah main-mainkan adik. adik tak suka lah." aku cuba menyedapkan hatiku.

"adik ada nampak muka ayah ni bergurau ke?" soalan ayah ku balas dengan gelengan.

"tapi adik tak nak. adik dah ada orang yang adik suka. tolonglah jangan paksa adik, ayah." rayuku kepada ayah. andai aku disuruh melutut sekalipun aku rela andai itu bisa merubah keputusan kedua orang tua ku.

"adik tu bukan muda lagi. dah 25 tahun. dah patut kahwin tau. kawan-kawan adik banyak dah kahwin. adik je lagi yang masih berumbang ambing." ibu pulak memainkan peranannya.

"tapi ibu, adik tak kenal dia. dan yang penting adik tak cintakan dia. macammnana adik nak hidup dengan orang yang adik tak cinta?" air mataku sungguh murah kali ini. ianya menitis bagaikan hujan lebat. perghh, smart tak ayat aku?? kui kui. perasanlah kau sana.

"keputusan ayah muktamad. adik kena kahwin jugak dengan dia. kalau tak , adik bukan anak ayah lagi." sejurus selepas berkata, ayah meninggalkanku teresak-esak di ruang tamu keluarga..

"sampai hati ayah buat adik macam ni." esakkanku kian menjadi-jadi.

*************************
andai aku mempunyai kuasa untuk menghentikan masa, akan ku hentikan masa ini. aku ingin ia berhenti. aku tidak menginginkan perkahwinan ini. tolonglah... sesiapa, bawa aku lari...

"aku terima nikahnya haifa hafeeza binti mukhtar dengan mas kahwinnya RM 100 tunai."

air mataku tidak mahu berhenti mebalir pada saat aku mendengar kata-kata itu. degil sungguh air mataku ini. berhentilah mengalir wahai air mata.

"assalamuaikum, insan yang ku kasihi."suara itu bagaikan pernah ku dengar. tidak mungkin dia. aku lantas mendongak melihat suamiku. aku tergamam. dia? air mataku mengalir lagi. kali ini air mata gembira. ya allah, besar sungguh kurniaan-Mu.

"aa..wak.."

"iye saya. harith haziq. insan yang terlalu mencintai wanita yang bernama haifa hafeeza.." senyumannya buat ku terpaku. betapa rindunya aku pada lelaki ini.

"dah, jangan nangis lagi. nanti orang ingat kita kahwin paksa pulak. abang tak nak tengok isteri abang menitiskan air matanya. abang sayang mencintai dirimu sayang." ucapan yang keluar dari mulutnya membuaikan perasaan wanitaku. indah sungguh perasaan ini.

"memang pun kena paksa. awalnya lah. sekarang dah tak. sebab feeza kahwin dengan orang yang feeza suka. feeza sayang abang." balasku malu-malu.

"abang tau."

"oit dah lah tu bermesra-mesra tu.. karang sambung kat bilik.. buat malu jek. tak lama lagi, nampaknya dapatlah aku anak buah nih." gamat rumah keluargaku dengan gelak ketawa para tetamu. malunyaku pada waktu tu tak dapat nak digambarkan. malu gila siot..

***************************
"abang, selama ni abang pi mana? kenapa abang menghilangkan diri?" tanyaku.

"emm.. saja... abang nak duga hati sayang abang ni. rupa-rupanya selama ni orang tu bagai nak rak rindu kat orang di sini." usikkannya membuatku malu.

"abang ni, malulah."

"alu tapi mau.. hahaha. sayang, abang ada satu impian tau."

"apa dia?"

"abang nak rumah kita riuh. abang nak anak yang banyak." pipiku mula memerah.

"gatal la abang ni." balasku malu-malu.

"gatal pun suami feeza jugak kan.."

"memanglah. kalau abang gatal kat orang lain, feeza cincang abang."

"tak akan. kerana cinta abang hanya pada diri feeza.. I.T.A.L.Y"

"apa tu I.T.A.L.Y??"

 "i trust and love you." bisiknya penuh romantis..


Tuesday, December 20, 2011

cerpen: harga sebuah pengorbanan

“ kita break! rissa harap wan tak cari rissa lagi. Kita tamatkan hubungan kita sekarang.”  Aku tahu kata-kata ku tu bakal melukakan hatinya, tapi demi kebahagiaannya, aku rela berkorban. Aku tidak ingin dia kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana perempuan seperti aku. Aku tidak layak hidup disampingnya.

“hah! Rissa sedar tak apa yang rissa cakap ni? Rissa nak kita break?” tanya ikhwan fahim, kekasih hatiku dan bakal menjadi bekas kekasih.

“rissa sedar apa yang rissa cakap. Kita break. Rissa tak boleh hidup di samping wan lagi.” Ujarku. Aku menahan air mata daripada keluar. Aku kena kuat. Semua ni demi kebahagian dia. Mencintai tidak semestinya harus memiliki.

“tak boleh. Tak boleh. Kita tak boleh break. Idea bodoh siapa ni, rissa? Biar wan jumpa dia. Atau mummy ada ugut rissa?” ya Allah, tepat tebakannya itu. Tetapi aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengakuinya. Masihku ingat air mata mummynya yang merayu agar aku meninggalkannya.

“tak. Ini semua kemahuan rissa sendiri. Lagipun tak lama lagi rissa bakal kahwin. Pilihan orang tua. wan pun kahwinlah dengan pilihan orang tua wan. Pilihan mereka adalah yang terbaik.”

“tak, wan tak cintakan qairina. Macammana wan nak kahwin dengan dia? Cinta wan hanya pada azzalea arissa sahaja. Do you understand that?”

“lupakan rissa. Rissa yakin wan dapat melakukannya. Belajarlah mencintai qairina. Dia tak de cecat celanya. Dia lebih sesuai bergandingan dengan wan berbanding rissa. Orang tua takkan lakukan sesuatu yang tidak membahagiakan anaknya. Percayalah, wan.”

“itu kata rissa. Rissa dah lupa janji kita? Kita akan bersama-sama berjuang untuk cinta kita. Rissa nak mungkir janji ke? Nak jadi munafik?” merah mukanya menahan bara kemarahan.

“rissa ingat semua janji kita dulu. Tapi itu dulu wan. Sekarang keadaan dah berubah. Rissa bukan mahu menjadi munafik, tapi entahlah. Rissa tak tau macammana nak cakap. Fahamilah rissa.” Aku memohon kefahamannya. Bukan aku tak cinta, cintaku terhadapnya tidak dapatku gambarkan dengan kata-kata. Mana bisa aku melupakan dia. Tambahan pulak, dia adalah cinta pandang pertamaku.

“baik! Baik, kalau itu yang rissa mahu! Kita berpisah. Wan tak nak tengok muka rissa lagi! Rissa boleh berambus dari hidup wan! Wan benci rissa. Wan doakan rissa takkan pernah hidup bahagia.” Ya Allah. Teganya kekasih hatiku mendoakan sesuatu yang buruk. Tetapi seandainya ini harga pengkhiatan ku terhadap cinta kami, aku rela.

“rissa tetap akan mendoakan sesuatu yang baik pada wan. Semoga wan hidup bahagia.” Selepas menuturkan kata-kata itu, aku mengorak langkah meninggalkannya. Maafkan rissa, wan! Rissa harap wan akan faham keadaan rissa suatu ketika nanti.

Tidak dapat ku tahan lagi air mataku. Empangan air mataku bocor. Sebocornya. Aku menangis tanpa henti. Aku telah melukakan insan yang kucintai. Kejamnya kau azzalea rissa. Tetapi siapa aku kalau nak dibandingkan dengan ibu yang telah melahirkan,menyusukan dan membelainya sejak kecil.

Berlainan pula dengan ikhwan fahim, sampai sahaja di rumah, habis semua barangnya di dalam bilik dilontarnya.

“aku benci kau rissa! Kau telah khianati cintaku! Kau akan terima balasannya nanti!” dendam mula menjalar dalam diri ikhwan fahim. Kerana cinta, seorang lelaki yang yang tenang, baik telah berubah.

********************************
Dua bulan sudah perkara hitam itu berlaku. Aku tidak pernah mendengar khabar daripada wan lagi. Mungkin dia sudah mula belajar melupakannya. Harap-haraplah.

“kau tau, bulan depan wan nak kahwin dengan qairina.” Ucapan yang keluar daripada mulut badriah membuatku hatiku tersentap. Akhirnya, engkau kahwin juga ikhwan. Aku mendoakan yang terbaik untukmu.

“alhamdulilah. Kahwin juga dia akhirnya dengan qairina. Aku bersyukur sangat.” Ujarku sambil cuba menahan air mataku daripada menitis. Aku harus kuat.

“kau tak apa-apa ke, rissa?”

“Aku tak apa-apa. Janganlah kau risau.”

“Nangislah rissa kalau itu dapat meredakan kesedihanmu. Nangislah wahai teman.”  Sejurus selepas itu, air mataku menitis. Aku sedih sangat.

“aku sayang sangat dengan dia, ria. Tetapi siapa aku nak dibandingkan dengan ibunya.” Luahku sambil menangis.

“sabarlah wahai teman. Aku tau kau kuat.” Badriah mula mengusap rambutku bagi menenangkan aku.

“iya, aku mesti kuat.” Balasku lantas menyeka air mata yang gugur. Lagipun tak lama lagi aku juga bakal bernikah dengan pilihan orang tuaku. Aku harus belajar melupakan ikhwan. Jika dia boleh melupakakn aku, kenapa tidak aku?

Keesokannya aku menemui ikhwan untuk mengucapkan tahniah. Tetapi, dia malah memakiku. Ternyata, dia telah membenciku. Tak apalah kalau macam tu. Aku tetap menjemputnya ke majlis perkahwinan ku. Tetapi aku tahu dia  tak akan dapat datang kerana dia juga berkahwin pada hari yang sama denganku walaupun berbeza masa.

***********************************
“Terima kasih kerana sudi berpisah dengan ikhwan.” Ujar mama ikhwan datin sharifah khadijah.

“tak pe aunt. Apa yang saya buat tak de makna langsung.” Balasku.

“berapa yang awak nak kerana sudi melepaskan ikhwan?”  aku terkedu. Berapakah harga perpisahan kami? Bagiku perhubungan kami terlalu bernilai.

“saya tak tahu.”

“ cakap je. Saya akan bayar berapa pun yang awak nak.” Angguh sungguh kata-katanya itu.

“oh jadi selama ni kau hanya berpura-pura mencintai aku. Kau hanya mencintai wang ringgitku sahaja. Menyesal aku jatuh cinta dengan perempuan semurah kau, azzalea arissa.!” Aku terkejut dengan kedatangan ikhwan.

“errr...” aku tidak dapat berkata apa-apa.

“dah mummy. Kita pergi sekarang. Jangan harap kau akan dapat satu sen pun duit aku.! “ bentaknya lagi. Datin sharifah khadijah tersenyum sinis memandangku. Berat sungguh dugaanmu ya Allah. Rupa-rupanya itu semua rancangan mummy ikhwan supaya ikhwan menbenciku.

Menitis lagi air mataku. Tidak ku hiraukan padangan pengunjung restoran mewah itu. Kesedihan yang kualami menghilangkan semua perasaan maluku.  Murah sungguh air mataku semenjak dua menjak ni. Jangan sedih lagi rissa. Kuatkan dirimu.

********************
Sejam lagi aku bakal bernikah dengan lelaki pilihan keluargaku. Ikhwan juga pasti sudah bernikah dengan qairina kerana majlisnya pagi tadi. Ikhwan fahim. Kenapa sukar sungguh untuk aku melupakanmu. Berhentilah mengingatinya, rissa. Tidak lama lagi kau bakal berkahwin. Lupakan semua kenangan kalian. Simpanlah ia dilubuk hatimu yang paling dalam. Jangan engkau lukakan hati bakal suamimu. Aku cuba mengingatkan diriku.

“aku terima nikahnya azzalea arissa dengan mas kahwin sebanyak RM 200 tunai.”

“sah! Sah! Sah!”

Kinilah gelaranku telah berubah. Daripada cik kepada puan. Suamiku menghampiriku untuk upacara membatalkan wuduk. Selepas dia menyarungkan cincin ke jariku, aku pantas mengucup tangannya. Sentuhan yang halal. Dia membalasnya dengan mencium dahiku. Menitis air mataku disaat itu. Selamat tinggal kenangan.

Ibu dan ayah mengucapkan tahniah kepadaku. Tidak lupa juga papa dan mama mertuaku. Nampaknya keluarganya menerimaku dengan baik. Arman aryan, itulah suamiku. Seorang pensyarah di USM.

Malamnya, kami sekeluarga berborak di ruang tamu. Rupa-rupanya suamiku ni seorang yang lucu. Aku senang dengannya. Mulutku mula menguap tanda mengantuk. Kepenatan akibat majlis perkahwinan tadi amat terasa. Aku lantas meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Kepenatan yang terasa tidak dapat kutahan lagi. Abang longku mula menggiat apabila aku meminta diri ke kamar.

“maklumlah pangantin barulah katakan. Mestilah nak masuk bilik awal.” Giatnya. Merah mukaku menahan malu. Gamat suasana di ruang tamu apabila adik beradik, ipar duai mengetawakanku. Suamiku hanya tersenyum. Tidak mampu menahan malu ya amat, aku lantas beredar ke bilik. Sampai sahaja di bilik ,aku pantas membersihkan diri kerana aku belum menunaikan solat isyak lagi.

Terkejut! Itulah perasaan aku apabila aku keluar dari bilik mandi. Suamiku sudah duduk santai di atas katil. Setelah melihat aku keluar dari bilik mandi, dia menghampiriku. Jantungku berdegup kencang.

“sayang, minta tuala, abang nak mandilah. Abang belum solat lagi.” Kata-katanya itu membuat hatiku sedikit tenang.

Aku pantas mengorak langkah ke almari untuk mengambilkannya tuala. Selepas aku menyerahkan tuala kepadanya, dia masuk ke bilik mandi dan sempat berpesan agar menunggunya supaya kami dapat mengerjakan solat isyak secara berjemaah. Aku menyediakan baju untuknya. Dan itulah kali kedua kami solat secara berjemaah selepas solat sunat petang tadi.

Apabila tangannya mengusap ubun-ubunku, aku mula gementar. Tanganku menjadi sejuk. Dengan lafaz doa, lampu bilik dimatikan.

*********************************
Rupa-rupanya tidak susah untuk mencintai suamiku. Aku amat mencintainya sekarang. Ikawan? Aku sudah melupakannya. Setahun melayari bahtera rumah tangga dengan arman, kami dikurniakan seorang putera yang comel yang diberikan nama mohd. Asfa  asyraaf. Belaian dan gurauan arman menceriakan hari-hariku. Selepas melahirkan putera kami, aku telah berhenti bekerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anak kami.

Hari ni arman mengajakku keluar berdua. Katanya sudah lama kami tidak meluangkan masa berdua. Asfa kami hantar ke rumah mama dan papa. Kami dating seperti pasangan kekasih. Pautan tangannya memberikanku kebahagiaan. Aku bahagia hidup di sampingnya.

Ketika aku hendak melintas jalan, sebuah kereta yang bergerak laju menuju ke arahku. Aku tergamam. Kakiku bagaikan digam. Teriakkan arman bagaikan angin yang melintas ditelingaku. Apabila aku terasa diriku ditolak ke tepi jalan, aku masih lagi tergamam.

BAM! Bunyi dentuman yang kuat menyedarkanku. Aku pantas berlari menuju ke arah kawasan kemalangan. Suamiku terlantar dengan darah yang banyak. Aku terduduk disisinya. Suara-suara disekelilingku tidak dapatku dengar. Aku bagaikan di duniaku sendiri.

Kini, suamiku terlantar koma di hospital. Sudah 10 bulan dia koma. Aku tidak henti-henti berdoa untuk kesembuhannya. Kedatangan ikhwan dan mummnya 9 bulan yang lalu untuk meminta  maaf kepadaku membuat hatiku berasa benci. Tetapi aku sedar benci itu tidak akan menyembuhkan suamiku. Malah, suamiku pernah mengajar ku untuk tidak membenci seseorang.

“pergilah. Permohonan maaf kalian tidak akan dapat menyembuhkan suami saya. Dan saya juga telah maakan kalian. Pergilah.” Aku tidak mampu menahan perasaan. Tangisanku mula kedengaran. Mungkin ini balasanku kerana telah melukakan hati orang lain. Tetapi kenapa suamiku? Kenapa bukan aku? Kenapa aku diuji sedemikian rupa?

*****************************
“Abang, bangunlah. Dah lama sangat abang tidur. Abang tak rindu dekat azza dan asfa? Azza rindu sangat dekat abang. Asfa pun selali demam sebab rindu dekat abang. Abang bangunlah.” Rintihku. Suamiku lebih suka menggelar diriku azza kerana baginya nama itu istimewa. Satu persatu kenanganku bersamanya  mula terpapar. Aku rindukan dirinya. Aku tidak pernah jemu bercakap dengannya walaupun aku sedar dia tidak membalasnya.

Suatu malam ketika aku dibuai mimpi, aku merasakan ada usapan dikepalaku. Ianya amat menganggu tidurku. Lantas aku bangun untuk melihat insan yang mengusap kepala. Aku kerkejut. Rupa-rupanya suamiku sudah sedar. Air mata gembira menitis. Senyuman yang amat kurindui mula terukir dibibirnya. Aku memanggil doktor.

Seminggu kemudian, suamiku dibenarkan keluar. Aku berasa senang sekali. Dia juga bertambah sihat. Asfa juga enggan berenggang dengannya. Mungkin rindu dengan papanya. Aku bahagia kini. Ikhwan? Dia bahagia dengan hidupnya sekarang. Yang lepas, biarlah berlalu.

novel: awak pencuri hatiku 4


Ketika makan malam, abang firas memberitahu kat papa ngan mama yang aku setuju dengan tawaran yang diberikannya. Mama ngan papa mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tersenyum senang.

“hah! Belajar nanti jangan pulak lalai. Nanti belajar ke mana, diri kemana” nasihat ikhlas tajaan daripada papa. Aku menggangguk. Bukan aku je, mama juga. Abang firas memandangku dalam. Aku tidak mengerti pandangan. Sebenarnya aku rasa tahu pandangannya tapi aku buat tak peduli. Abang firas hanyaku anggap sebagai seorang abang. Tidak lebih daripada itu.

“nanti kat KL tu, jangan nak jadi liar pulak. Ikut cakap abang firas. Firas, nanti kat KL tengok-tengokkan ikha ni. Bukan boleh percaya dia ni.” Mama pulak mula bersyarah.

“iyalah. Nanti firas tengok-tengokkan ikha.” Balas abang firas.

“ala mama ngan papa ni. Ikha bukan budak kecil lagilah nak kena jaga macam tu. Abang firas tu pun ada kerja dia sendiri. Takkan 24 jam ngan ikha je.” Luahku apabila aku merasakan papa ngan mama menganggapku sebagai anak kecil.

“awak tu perempuan, cik ikha sayang. Satu-satunya anak kami. Mestilah kami risau.” Ujar mama. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Nanti kalau aku balas, melarat pulak.

Keesokkannya abang firas pulang semula ke KL kerana tuntutan pekerjaan. Tidak lupa juga, dia hendak menguruskan semua hal tentang kemasukan aku ke UPM nanti. Wahai kampung halaman ku, aku bakal menginggalkanmu sebentar lagi. Pasti aku rindu dengan kampung, mama dan papa.

************************
Hari ni abang firas kembali semua ke terengganu. Ye, itulah kampung halamanku. Abang firas membawaku membeli barang keperluan. Hampir seribu ringgit juga duit dia terbang untuk membeli barang keperluanku. Aku ingin membayarnya tapi ditegah oleh abang firas. Alasannya sebab aku ni berada di bawah tanggungjawabnya. Aku tidak berani mengatakan apa-apa jika itu sudah kemahuannya.

Malamnya, aku sibuk berkemas barang-barang yang hendak ku bawa ke KL. Abang firas kata kami bakal bermalam di rumah keluarganya semalam dulu barulah dia akan menghantarku ke UPM keesokkannya kerana ayah dan ibu abang firas ingin berjumpa denganku. Apa agaknya rupa ayah dan ibu ye? Dah lama aku tak jumpa dorang. Rindunya.

Hari yang dinanti telah pun tiba. Aku bakal mengikut abang iras ke KL hari ni. Bestnya.tetapi aku rasa sedih apabila melihat mama mengalirkan air matanya. Iyelah, aku bukannya pernah berpisah ngan mama. Anak mak lah katakan.
“dah la tu Yah. Jangan nangis lagi. Budak ni nak pi belajar bukannya nak pi berperang.” Papa cuba memujuk mama.

“betul tu mama. Firas janji firas akan jaga ikha kat sana nanti. Mama janganlah risau ye.” Abang firas pulak cuba menyakinkan mama. Aku? Macam nak banjir dah rumah kitorang ni.. aku tidak dapat menahan sebak apabila mamaku mengalirkan air matanya. Aku tak sanggup.

“kalau macam ni, ikha tak payahlah pi belajar. Ikha tak sanggup tengok mama nangis. Ikha sedih jugak.” Ujarku.

“ikha jangan nak mengada eh. Mama sedih je sebab selepas ni mama dah tak de kawan nak ajak berbual.” 
Ujar mama pulak.

“eh, abang kan ada. Kita boleh bergurau senda. Manalah tahu nanti ikha dapat adik lagi kalau kita berdua-duaan. Maklumlah, suasana dah romantik macam masa muda-muda dulu” usik papa cuba menceriakan suasana yang diseliputi kesedihan.

“abang ni. Gatalnya. Dah tua-tua pun masih nak miang. Tak de maknanya nak ada anak lagi. Ingat umur tu papanya.” Marah mama pulak. Itulah dia papa ngan mama aku. Penuh dengan senda gurau.

“kalau yah tak nak, abang kawin lainlah. Dapat juga yah madu ikha pun dapat juga adik. Tu janda kiah kat hujung kampung tu single masih.” Giat papa lagi.

“siaplah abang kalau abang kahwin lain. Saya bawa kain baju balik rumah mak ayah saya.” Mama sudah mula merajuk. Mama ni paling pantang kalau papa sebut perkataan KAHWIN LAIN. Haha. Lucu sungguh mama dan papaku ni.

“saja je. Nak usik isteri kesayangan abang ni.” Ujar papa lantas mencuit pipi mama. Aku senang melihat kemesraan papa dan mama. Aku berpandangan dengan abang firas. Abang firas pantas menyeka air mataku. Aku terkedu. Mama dan papa sudah berdehem. Aku kelam-kabut membetulkan wajahku. Mukaku yang merah tidak dapat disembunyikan lagi.

“hah. Nanti jaga diri baik-baik kat sana.  Jangan lupa makan ikut masa. Awak tu ada gastrik. Nanti sakit pulak perut tu. Bla bla bla.” Aku mengangguk bagai burung belatuk.

“dah la tu. Dorang tu nak jalan jauh. Hah, dah siap semuanya. Kalau dah siap, bolehlah kamu bergerak sekarang. Nanti lewat pulak sampai.” Ujar papa.

“kalau macam tu, kami gerak dululah papa.” Ujar abang firas.

“emm.. hati-hati memandu tu firas. Nanti dah sampai jangan lupa telefon rumah tau. Jaga diri baik-baik ye ikha. Ingat papa dan mama akan sentiasa menyayangi ikha.” Ujar paoa.

“papa janganlah cakap macam ni. Ikha jadi sedih.” Murah sungguh air mataku hari ni. Asyik nak keluar je.
Aku dan abang firas bergandingan menuju ke keretanya.  Papa dan mama melambai kami. Lambaian mereka hanya dapat ku balas dari dalam kereta. Air mataku menitis lagi. Sedihnya.

“dahlah tu. Janganlah nangis lagi.” Pujuknya sambil mengusap bahuku.

“air mata ni yang tak nak berhenti, ikha dah suruh berhenti tapi dia tak nak. Degil sangat.” Ujarku.

“paksa lah biar dia berhenti. Nanti kita sampai KL, abang bawa ikha pi MPH na. Abang belanja ikha novel. Pujuknya lagi. Abang firas memang tahu yag aku ni hantu novel. Dah banyak novel aku kat dalam bilik tu. Mama pun dah naik bising.

“betul ke?” see. Berhenti terus air mataku.

“iye. Dah jangan nangis lagi.” Pujuk abang firas.

“abang janji tu. Lepas tu, tangan tu alih sikit. Jangan bawa kereta sebelah tangan je. Nanti bukannya kenduri kesyukuran tetapi kenduri arwah pulak. Maklumlah, ibu dan ayah nak buat kenduri kesyukuran esok. Katanya sebab dah jumpa balik ngan aku dan juga sebab aku dapat sambung belajar.

Dia hanya ketawa. Dia ni, semua benda dia anggap gurauan. Tak pernah nak serius.

“abang ketawa ni kenapa? Tak betul ke apa yang ikha cakap?” tanyaku sambil menahan geram.
“saja je nak ketawa. Tak salahkan?” lain yang ditanya lain pulak yang dijawab walaupun itu salah satu soalan aku tadi. Aku merapu apa ni. Dah la hang ikha, melalut je.

“abang tolong drive baik-baik eh. Kalau abang nak mati sangat jangan bawa ikha sekali. Ikha ni masih muda, baru nak rasa kenikmatan hidup.” Ujarku serius.

“hush, mulut! Abang pun tak nak mati dululah. Abang belum kahwin lagi. Belum jadi ayah. Nak merasa juga dulu semua tu baru boleh mati. Walaupun kita tahu mati itu satu kepastian.” Balasnya.

“tahu pun. Dah tu, drive la elok-elok.”

“baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah.” Balasnya.

Kebosanan mula mencengkam diri ku. Aku pantas membuka PSP hadiah darinya beberapa bulan yang lalu. Aku bermain game untuk menghilangkan kebosanan. Dia masih lagi steady. Tak de apa-apa perubahan pada wajahnya.

“ikha kenapa pandang muka abang? Abang tahulah abang ni hensem.”  Ujarnya apabila dia mendapati aku menatap wajahnya tadi. Ingatkan tak nampak. Iyelah dah pakai cermin mata hitam.

“perasannya abang ni. Ikha saja je nak tengok reaksi muka abang. Penat ke tak.” Balasku.

“jadi kesimpulannya?” tanyanya pulak. Kerutan mula terbit di dahiku.

“kesimpulan apa pulak?” balasku apabila aku tidak mengerti maksudnya.

“iylah. Kesimpulan yang ikha dapat lepas tengok muka abang.” Tanya pulak. Adeh, apasal la slow sangat aku pagi-pagi ni.

“emm, muka abang nak nampak biasa je. Tak de muka penat pun.” Balasku. Sekali aku pandang ke skrin PSP, game over terpapar. Aku kalah. Semua ni sebab abang firas.

“ala, ikha dah kalah. Semua ni sebab abang. Kacau ikha main game.” Balasku manja.

“abang tak suruh pun ikha layan abang.” Balasnya sambil ketawa. Geramnya. Aku berpaling ke tempat lain. Merajuk lah dengan dia ni.

“ala, sayang abang ni. Merajuk pulak dia.” Giatnya lagi.

“hemmm, jangan kacaulah.” Balasku sambil menepis tangannya apabila dia mengusap pipiku.

“abang tarik balik nanti janji nak bawa pi MPH baru tahu.” Ugutnya pulak. Tak acilah dia ni. Main ugut-ugut pulak. Benci.

“ok ok. Ikha tak merajuk lagi.” Akhirnya aku mengalah. Tak nak aku lepaskan peluang pi MPH.

Monday, December 19, 2011

cerpen: kerana pertaruhan, kita bersatu

KLIK! Naik silau mata aku. Siapa yang ambil gambar aku ni? Nak minta kena kuntau ni. Suka hati mak bapa tiri dia je nak ambil gambar aku yang comel ni. Okey, mood perasan kejap. Aku melilau mencari insan ‘bijak’ yang mengambil gambarku tadi. Hah! Itu dia. Jaga kau, ni anak pak samad nak serang. Haha

“eh saudara, suka hati saudara je nak ambil gambar saya.! Tak hahal tahu.” Bentakku.
Kerutan dimukanya membuat hatiku makin mendidih. Pura-pura pulak dia.

“eleh, macam saya tak tau. Tadi saudara ambil gambar saya kan?” ucapku masih berlembut.

“kalau iya, kenapa?” tanya pulak. Aik, soalanku dibalas ngan soalan pulak.

“tolong delete eh. Saya tak sudi.” Balasku sedikit angkuh. Sebenarnya bukan sedikit tapi banyak.

“saya cuma mengagumi keindahan di depan mata. Tak salah kan?” apa-apa entah mamat ni. Pelik la dia ni.

“memanglah tak salah. Tapi...” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia dah menyampuk..

“see. Awak sendiri kata tak salah.”

“eh kau ni. Aku belum habis cakap kau dah potong. Awak nak delete sendiri atau saya yang delete.?” Ambik kau. Aku dah pakai gelaran aku-kau. Tandanya aku betul-betul dah marah.

“kalau saya tak delete awak nak buat apa?” dia mengangkatkan keningnya. Macam ziana zain konon. Peranan lah kau mamat.  Bagaikan tercabar, aku lantas merebut kamera dari tangannya. Maka, berlakulah pergelutan antara kami.

Tanpa disangka, dia kehilangan keseimbangan badan. Dan BAM! Tu dia. Dia terjatuh dan aku? Landing kat atas badan dia. Merah mukaku menahan malu. Aku segera bangun dari atas badannya. Tanpa membantunya. Kejamnya aku ni.

“ ok ok. Kita deal la. Kalau saya dapat pikat awak dalam masa 2 bulan, gambar ni saya simpan. Kalau tak, saya delete semua gambar kat kamera ni. Setuju?” tanyanya.

“apa kaitannya nya pulak dengan gambar ni?” tanya ku pelik.

“em. Saya suka kat awak.” Kerutan mula terbit di dahiku. Tapi tak nampak lah sebab aku masih muda. Haha.
Aku berfikir seketika. Kenapa aku tak cuba eh? Bukan rugi pun. Aku kan hati batu. Mana mudah nak tergoda. Aku memandangnya  dari atas ke bawah. Selekehnya dia. Dengan t-shirt hitam, jean lusuh, rambut kusut masai macam tak pernah sikat setahun, jambang tumbuh meliar di wajahnya. Ewww, bukan taste aku lah. Rasanya tak rugipun kalau aku setuju ngan cadangan bodoh dia tu.

“ok, fine. Kita bet. Kalau awak tak dapat buat saya jatuh cinta kat awak dalam masa 2 bulan, awak kena delete semua gambar kat dalam kamera awak tu. Jangan pulak awak tipu saya.

“ok. No hallah. Ok mari kita mulakan sesi perkenalan kita. Saya ukail hadif. Saya pelajar tahun 3 U ni. Awak?”

"Saya  zara luthfiyah. Pelajar tahun 2 U ni.”

“okey. Kita dari U yang sama. Esok iawak habis kuliah jam berapa dan kat mana?” keningku berkerut.

“awak nak buat apa?” tanyaku.

“iyalah. Lepas awak habis kuliah, kita pi dating.” Ujarnya selamba.

“ok. Saya habis kuliah jam 2. Kelas saya dekat bilik toturial 2.”

“ok fine. Esok kita jumpa ye. Mari saya hantar awak balik hostel.”

“ok”

Lepas habis kelas, leherku mula jadi macam leher zirafah. Ni semua pasal ukail. Mana entah. Penat leher aku dok pusing sana sini cari dia.

“hai, awak cari saya ke?” siapa pulak mamat ni. Bila pulak aku cari dia. Aku tengah cari ukail ni. Tapi kan, hensem gila mamat ni.

“hah. Cari awak? Buat apa cari awak? Bukan saya kenal pun. Saya cari kawan sayalah.” Balasku pelik. Kalau korang pun, mesti korang pelik kan bila tiba-tiba stranger datang kata yang korang cari dia padahal korang tak kenal pun.

“awak cari ukail hadif kan?” mana lagi dia tau aku cari ukail ni. Nujum ke apa.

“emm. Awak kawan dia ke?” Korang agak apa jawapan dia. Boleh-boleh dia ketawakan aku. Geramnya. Ni yang buat wa hangin ni.

“awak gelak kenapa? Lucu ke pertanyaan saya tu?”

“cuba awak tengok baik-baik muka saya ni.” Balasnya pulak. Aku pun buatlah macam apa yang dia suruh. Aku telek la muka dia. Kenapa macam familiar ek?

“awak ni ukail ke?” tanyaku inginkan kepastian.

“correct. Tepat. Saya ukail.” Balasnya sambil tersenyum. Perghh, sweet gila senyuman dia. Sekali aku pandang belakang, ramai gila minah-minah yang pengsan. Korang agak sebab apa? Sebab senyuman maut dia tu lah.. kalah senyuman si elman playboy terkemuka U kitorang.

“tapi.. kemarin awak nampak lain sangat. Mana perginya  jambang dan rambut kusut awak?” tanyaku.

“jambang.. saya dah potonglah. Rambut pulak, saya letak gel hari ni. Semua ni special untuk date kita yang pertama. Alamak. Jatuh cinta terus aku. Tak  payah sampai 2 bulan. Sehari pun dah cukup untuk aku jatuh cinta kat dia.

“kenapa? Jatuh cinta kat saya ke?” tanyanya sambil mengangkat-ngangkat keningnya. Suka sangat dia buat macam tu.

“saya? Jatuh cinta kat awak? Malam sikit.” Aku masih cuba untuk mempertahankan egoku. Jangan lupa tunang kau zara. Sebenarnya aku dah kena tunangkan sejak kecil lagi. Tapi aku tak kenal pun ngan tunangku. Atau lebih tepat, aku tak nak kenal pun. Mama kata lepas je aku habis study nanti, kitorang akan dinikahkan. Korang percaya masih ada perjodohan oleh orang tua pada zaman yang serba canggih-manggih ni? Emm, percayalah. Aku salah seorang daripadanya.

“tipu. Kalau tak kenapa muka awak merah?” sakatnya. Aku pantas meraba wajahku.

“dahlah. Awak nak pi date ke tak ni? Kalau tak saya nak balik hostel tidur.” Aku cuba menghilangkan kegugupanku.

“baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah.” Sambil menggayakan gaya seorang pelayan, dia mempersilakan aku. Emm, sajalah tu nak buat aku berada di awangan.

Kami beriringan menuju ke keretanya. Mak aih, terkejut beruk aku tengok kereta dia ni. Macam kereta bella dalam breaking dawn la. Bangga kejap jadi girlfriend dia. Apa-apa jak la zara. Berangan tak tentu pasal. Eh kejap. Dia ni anak orang kaya la kan? Dah ada kereta mewah macam ni.

“kereta awak ke?” tanyaku.

“tak la. Kereta pak guard tu. Iyelah kereta saya. Bonus sangat soalan awak tu.”

“awak anak orang kaya ke?”

“emmm.. dah la. Malas nak cakap pasal topik ni. Jom pi dating. Kita pi midvalley la ek. Saya nak pi MPH cari buku.”

“ok.” Hehe. Dapatlah aku beli novel. Dah lama aku tak beli novel. MPH, here i come.

**************************************************
Sampai je kat MPH, kitorang berpisah. Maksud aku dia pi area buku yang dia nak dan aku pi area buku yang aku nak. Banyak nya novel. Rambang mata aku. Setelah memilih 7 buah novel, aku pun pergi kat area dia. Dia masih lagi memilih buku.

“lama lagi ke?” tanyaku.

“kejap. Kejap je lagi. “ balasnya tanpa memandangku.

“cepatlah. Berat ni.” Rungutku. Rungutan ku berjaya membuatkan dia berpaling kepadaku. Terbeliak matanya melihat buku yangku pilih. Nasib baik tak keluar mata dia. Kalau terkeluar, payah pulak nak masukkan balik nanti.

“banyaknya. Awak nak buat apa beli banyak-banyak ni?” tanyanya.

“nak bacalah. Takkan nak buang.” Apa punya soalan lah tu.

“habis ke tu?” dia ingat aku ni apa. Perkara biasa je tu. Setakat 7 buah novel, tak ada erti. Kalau tak mengenangkan duit yang kubawa tak banyak, dah lama aku borong lagi.

“habislah. Dah cepatlah pilih buku. Saya nak bayar dah ni.”

“ok. Mari kita pi kaunter.” Ujarnya selepas mengambil buku yang dikehendakinya.
Baru je aku nak keluarkan duit, dia dah bagi kat kredit dia. Maknanya, dia tolong bayarkanlah tu. Aku menolak tapi dia tetap memaksa untuk membayarkan buku-bukuku. Alasannya sebab dia tu boyfriend aku. Rezeki jangan di cari, bala jangan ditolak. Eh silap,bala jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Selepas dia membayar buku-buku kitorang, kitorang pun lepaklah kat KFC. Malas nak cari port lain. Tu la tempat yang paling senang.

“awak, kita tukar gelaran kita nak?” tanyanya.

“buat apa?” tanyaku semula.

“barulah sweet. Saya panggil awak fie, awak pulak panggil saya abang. Setuju?” tersembur air dari mulutku. Apa yang dia merepek ni?

“apa ni? Habis muka saya.” Marahnya. Tapi tak banyaklah.

“sorry, sorry. Awak tu merepek waktu saya minum air kenapa? Fie-abang. Orang panggil saya zara je. Lagipun meremanglah bulu roma saya nak panggil awak abang.” Balasku.

“aish. Macammana nak rapat hubungan kalau macam ni? Saya nak pikat awak la. Sekarang ni kita couple walaupun tak rasmi, jadi kita kenalah tukar gelaran sikit. Biar sweet gitu.”

“tak nak lah. Abang saya dah berlambak kat rumah. Tak naklah saya tambah abang.” Bantahku.

“fie sayang. Abang untuk saya tu bererti panggilan manja. Faham tak?” dia menerangkan kepadaku.

“perlu ke?”

“perlulah.” Air liur yang ku telan pahit gila. Aku tak terbayang la.. eww,,

*************************************************
Dah sebulan dia cuba memikat aku. Dan hatiku sudah terpaut padanya. Tetapi kata-kata mama semalam membuatkan hatiku pedih. Aku dah start cinta dekat ukail, tetapi mama mengkhabarkan kepadaku bahawa tunangku ingin mempercepatkan majlis perkahwinan kami kerana dia akan menguruskan syarikat bapanya di london.  Pening kepalaku memikirkan masalah ni.

“sayang, kenapa ni? Tak sihat ke?” tanyanya apabila kami keluar lunch bersama.

“taklah. Saya sihat je.”

“habis, kenapa makan sikit je?” sikapnya yang prihatin menambahkan lagi perasaan sayangku padanya. Macammana aku nak hakis perasaan ni kalau dia caring sangat kat aku?

“saya tak de selera. Awak dah siap makan? Kalau dah siap, jom kita balik.” Kami beriringan menuju ke keretanya. Dipertengahan jalan, kami bertemu dengan elman. Elman memandangku dengan pandangan tajam. GLUPP! Habislah, dulu aku jual mahal kat dia, kononya tak nak ada boyfriend waktu study, tapi sekarang ni aku berjalan pulak  ngan ukail.

“hai, zara. Awak buat apa kat sini?” tanya elman mesra. Aku faham senyumannya tu. Senyuman yang dibuat-buat.

“makanlah, takkan tidur kot.” Balasku cuba menghilangkan rasa takut. Aku memaut lengan ukail kuat untuk mendapatkan sedikit kekuatan.

“ye ke? Ni siapa pulak? Waktu aku ajak kau, banyak alasan yang kau berikan. Hah! Siapa dia ni?” bentaknya.

“saya tunang zara.” Kata-kata ukail bagaikan penyelamat bagiku. Tetapi pada masa yang sama, aku terkedu dan terkejut.

“betul tu. Ukail ni tunang zara.” Aku menyokong kata-kata ukail.

“tunang betul ke tunang tipu?” elman bagai dapat menebak penipuan kami. Jantungku berdegup laju. Kalau tak kena anginnya, elman tentu akan mengamuk. Dan amukannya tu bukan sebarang amukan.

“saya tunang betul dia. Kami akan kawin 4 bulan lagi. Jemputlah datang. Oklah, kami nak jalan dulu. Assalamualaikum.” Ujarnya lantas menarik tanganku ke keretanya.

Ketika di kereta ukail bertanya kenapa aku takut sangat kat elman. Aku menceritakan satu-persatu peristiwa lalu antara aku dan elman. Air mataku tumpah dia saat itu. Dan ukail memujuk bagai memujuk anak kecil. Bahagianya hati bila orang tersayang memujuk.

************************************************
Semenjak kejadian hari tu, ukail menghilang. Kemana agaknya dia. Mungkin dia dah putus asa memikat hatiku. Sanggup kau ukail. Setelahku serahkan hatiku, kau tinggalkan  aku. Esok aku akan pulang ke kampung kerana pernikahan aku akan berlangsung seminggu lagi. Selamat tinggal ukail. Terima kasih kerana meninggalkan luka yang belum tentu akan sembuh.

Orang pertama yang aku ketemui selepas pulang ke kampung adalah saidah, teman baikku. Aku meluahkan segala masalah yang kuhadapi. Tangisanku tidak dapat kuhentikan. Air mata mengalir bagaikan sungai. Au kecewa. Hatiku sakit. Hebat sungguh penanganmu, ukail hadif. Saidah menasihatkan aku agar melupakannya kerana tidak lama lagi aku bakal bernikah. 

Hari yang bakal mengubah statusku telah menjelang. Inai merah yang melekat indah di jemari ku tatap lama. Lagi sejam gelaranku bakal berkukar. Puan zara luthfiyah. Saidah menemaniku sepanjangku di dalam bilik. Aku bangga ada sahabat seperti dia. Wahai zara luthfiyah, ingatlah engkau bahawa ukail itu hanya sejarah dan bakal suami itu adalah realiti. Belajarlah mencinta bakal suamimu dan lupakanlah ukail. Aku cuba untuk memaksa hatiku agar menerima hakikat. Mungkin memang bukan jodohku dengannya.
Apabila aku mendengar suara bising di luar, aku tahu bahawa aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah kukenali. Air mataku mengalir. Bukan air mata gembira, tetapi air mata kesedihan. Kecewa hatiku.

“assalamualaikum fie. Isteri yang kucintai.” Suara tu menggamit perasaanku untuk mendongak memandang suamiku. Air mataku menitis saat aku melihat wajahnya. Ukail hadif, suamiku. Aku tidak menyangka bahawa suamiku adalah ukail hadif, insan yang amatku cinta.

Air matanya mengalir tanpa henti. Kini air mata gembira. Ukail memujukku. Agak lama juga dia memujukku barulah aku berhenti menangis. Sadis sungguh suasana ketika itu. Selesai juga akhirnya majlis perkahwinan kami. Perasaan penat tidak dapat diluahkan. Selepas sahaja selesai mengemas barangan yang digunakan ketika majlis perkahwinan kami, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik air, aku melihat ukail sudah membaringkan dirinya. Mungkin kepenatan. Orang kaya mana pernah buat kerja berat macam ni. Kesian suamiku. Aku membangunkannya untuk menyuruhnya mandi agar kami boleh solat isyak secara berjemaah. Dia bangun dengan kaki yang terhuyung-hayang. Aku menggelengkan kepala melihat gelagatnya.
Selapas selesai mengerjakan solat isyak, ukail meggamitku agar duduk disisinya. Aku turuti kemahuannya walaupun perasaan malu mula berkampung di dalam diri.

“sayang, sayang ingat tak pasal kamera yang abang guna dulu?” tanyanya.

“ingat. Abang dah delete ke gambar-gambar tu?” tanyaku.

“emm. Abang dah delete semuanya.”

“kenapa?”

“sebab tak de benda yang menarik pun dalam kamera tu. Jadi abang buanglah.” Tak de yang menarik, habis gambar aku? Aku mula menjauhkan diriku. Tetapi ukail merapatiku.

“kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” tanyanya lebut.

“abang buanglah tu kan gambar fie?”

“taklah. Sebenarnya abang tak ambil pun gambar fie. Saja je waktu tu.” Ujarnya sambil ketawa. Bulat mataku memandangnya. Dia mempermainkan aku rupa-rupanya. Sabar je lah.

Malam tu kami habisi dengan bercerita. Aku bertanya kepanya kenapa dia meninggalkan aku. Emm, katanya sebab dia kena uruskan projek dekat london. Sekali lagi aku tertipu. Rupa-rupanya dia tu bukan pelajar U tapi mengaku sebagai pelajar untuk mendekatiku. Tak kusangka suamiku ni seorang yang nakal. Sayang, abang!

Saturday, December 17, 2011

novel: awak pencuri hatiku 3


Sekarang dah panggil abang. Kalau dulu, panggil mamat tiga suku. Nasib baik abang firas tak tahu. Kalau abang firas tahu, kena sekeh la aku ni. So, korang jangan bocor rahsia kita pulak. Rahsia antara kita jek ek?? Sayang kamu semua. Hahaha.. perasannya aku ni.. hehehe.. bukan selalu kan.
Oh ya, sekarang ni aku mula kerja kat kedai bunga. Iyelah sapalah nak ambil aku kerja. Dahlah kelulusan setakat SPM jek. Tapi aku bersyukur sebab dengan pekerjaan ni, aku boleh ringankan beban keluarga aku. Jangan korang tak tahu, abang firas la pelanggan tetap kedai bunga tempat aku kerja tu. Kalau nak beli bunga tak pe jugak, ni kerjanya nak menyakat orang je. Menyampah aku dengan abang firas tu. Aku teringat pulak perbualanku kak mariah hari tu.....

“entah-entah firas tu suka kau tak? Selalu je muka dia tu muncul kat kedai ni?” itu dia. Kak mariah sudah mula menyiasat yang tak patut-patut.

“mana ada. Abang firas tu macam abang ikha je. Ikha rasa abang firas lagi sesuai ngan kak mariah. Sweet gitu.” Aku pulak cuba menyekat kak mariah. Merah padam mukanya menahan malu. Apalagi, meletup la ketawaku.

“eh, budak ni. Dia kenakan kita pulak. Dahlah malas nak layan ikha. Lebih baik kak mariah gubah bunga kat sana tu.” Nak mengelat la tu. Aku tahu yang kak mariah tu suka kat abang firas. Macammana nak satukan mereka ek? Hohoho, aku dah ada job baru ni. TUKANG JODOH.. hehehe..
Tersentak aku dari lamunan tadi apabila abang firas menepuk bahuku. Dia ni potong stim betullah. Orang baru nak berangan-angan nak jadi tukang jodoh. Spoil sungguh.

“apa termenung tu? Ingat kat siapa? Abang eh?” tu dia. Keluar dah sikap perasannya tu.

“perasanlah abang ni. Buat apa nak ingat kat abang. Lebih ikha ingat kat kambing pak abu.” Dia ni mcam tahu-tahu je aku fikir tentang dia. Eh silap dia dan kak mariah, okey.

“buat apa ingat kat kambing pak abu. Tak hensem pun. Abang lagi hensem.” Kembang kempis hidungnya. Banggalah tu. Nasib baik tak da lalat. Kalau ada lalat, dah lama masuk. Mana taknya, mesti lalat tu ingat tu tempat tinggal dia.. aku ketawa sendiri.

“kenapa ketawa ni? Ikha fikir apa? Bagi tau abang. Share la sikit”

“tak de apa-apa la. Saja nak ketawa. “
“Tipu, abang tau ikha ada fikir something. Sebab tu ikha ketawa. Kutuk abang eh?” nujum ke apa mamat ni. Tau je apa yang aku fikir.

“tak delah. Ikha tengah imagine lalat masuk dalam hidung abang tu.” Sebelum dia buat apa-apa, aku membuat langkah seribu sambil ketawa.

“IKHA!!!!!!!!!!!!!!” jangan lari.” Marahnya. Hah, apa lagi berkejaran la kami didalam kedai tu.

******************************************
“ikha, ikha tak terfikir ke nak sambung belajar? Ikha bukan tak pandai. Result ikha pun bagus.” Ujar abang firas ketika kami bersantai kat pantai.

“memang la ikha nak sambung belajar. Tapi, abang pun tahukan ikha ada masalah kewangan. Mana mungkin ikha dapat sambung pelajaran ikha.”

“macammana kalau abang support perbelanjaan untuk pelajaran  ikha?” pertanyaan itu membuatku terkedu.

“tak payah la abang. Ikha akan usahakan sendiri. Lagipun tentu papa ngan mama tak setuju.” Balasku. Bukan niatku untuk menolak tawarannya, tetapi bila memikirkan kedua orang tuaku, aku tahu mereka tak mungkin akan menerimanya.

“abang dah bincang ngan papa dan mama. Dorang setuju. Kalau ikha setuju, abang akan uruskan semuanya. Kebetulan kawan abang pengarah kat UPM tu. “ aku terkejut. Dia dah bincang ngan papa dan mama? Teliti sungguh abangku seorang ni.
Aku lantas berpaling menghadapnya. Sukar untuk aku percaya. Mimpi ke realiti ni? Aku mencubit pahanya. Apabila dia mengaduh kesakitan, aku tahu ianya adalah realiti.

“eh napa ikha cubit paha abang yang cun ni?” tanyanya.

“nak pastikan samaada ini adalah realiti atau pun mimpi.” Balasku selamba tanpa berasa bersalah. Ala, bukan sakit pun. Aku tahu.

“orang biasanya cubit pipi atau paha sendiri, ni ikha cubit abang pulak.” Ujarnya tidak berpuas hati apabila aku mencubitnya.

“kalau ikha cubit pipi ikha, hilanglah kegebuan pipi ikha. Lapipun kalau ikha cubit diri ikha, sakitlah. Untuk mengurangkan impak kesakitannya, ikha cubitlah abang.” Jawapan ku berjaya membuat abang firas terlopong. Aku tahu dia tidak menyangka bahawa aku akan berkata seperti itu.
Merah pipiku apabila abang firas mencubit pipiku. Dia ni.. tak dah kalau tak cubit pipi gebu aku ni.

“eh abang ni, dah tak gebulah pipi ikha. Nanti tak de orang nak kat ikha lagi.” Balasku sambil menggosok pipiku. Kononnya untuk mengurangkan kemerahan pipiku akibat cubitannya tadi. Konon jek la.

“habis, abang geram sangat. Tapikan, kalau tak de orang nak kat ikha, tak pe. Abang ada. Abang akan kahwin ngan ikha.” Ujarnya serius.

“eh, abang ni. Merapulah pulak dia. Dah la, nak malam dah ni. Tentu mama ngan papa risau sebab anak kesayangannya ni belum balik la.” Aku cuba menghilangkan rasa terkejutku.. tak mungkin abang berperasaan lain pada aku. Aku ni Cuma adik dia je.

“ok. Mari kita balik. Lagipun tadi mama kata nak masakkan makanan favourite abang. Nak harap ikha, kalau gugur semua bulu ketiak abang pun belum tentu dapat rasa masakan ikha.” Ujarnya selamba badak. Badak pun tak selamba macam dia tau.

“hah? Kotorlah abang ni. Cakap macam tu kat budak bawah umur.” Bawah umur? Bukan aku ni dah 18 tahun ke? Masih boleh dikira bawah umur ke tu? Tu pun kau nak peningkan ikha.

“dah dah. Layan ikha ni sampai malam pun tak habis. Marilah kita balik. Tadi kata takut mama ngan papa risau.”

Lalu, kami beiringan menuju ke keretanya. Sampai je kat rumah, mama dah membebel. Papa dah angkat bendera putih. Sanggup papa tinggalkan anak kesayangannya ni mendengar bebelan isteri nya.. huhu sedihnya hati, bila papa tinggalkan aku. Terkulat-kulat aku ngan abang firas di situ. Bebelan mama bagaikan alunan muzik yang sumbang. Haha, jangan marah ek, mama.

Aku memberikan isyarat mata kepada abang firas agar dia memujuk mama untuk menghentikan bebelannya. Tetapi abang firas suruh aku pulak. Tak gentlemen langsung la abang firas ni.

“hah, apa saling pandang-pandang tu? Mengutuk mama la tu? Korek nanti mata kamu dua,baru tahu” marah mama.
Aku berjalan merapati mama untuk memujuknya. Berani mati nya aku. Abang firas sepatutnya tabik ngan adik dia ni. Perasan sungguh kau ikha. Dalam keadaan genting ni pun masih boleh bangga diri.

“ala mama. Kitorang bukan sengaja, kitorang terlebih menghayati keindahan alam je. Janganlah marah. Lapipun kalau mama korek mata kitorang, kitorang nak tengok pakai apa? Pakai mata mama ke?” aku cuba bergurau ngan mama. Abang firas dah ketawa kecil di tempatnya. Aku membeliakkan mata sebagai isyarat untuk dia diam.

“hayati keindahan alam konon! Macam mama tak tau kamu tu tak suka menghayati alam. Jangan nak kelentong mama la.” Mama ni macam tau-tau je aku nak kelentong dia. Duduk kat pantai tu bukan menghayati keindahan alam ke? Apa-apalah.

“mamanya. Dah la tu. Bagilah budak-budak tu masuk. Kan dorang tak solat lagi tu. Nanti terlepas pulak maghrib dorang” sayang papa. Papalah penyelamat kami. Nak harap abang firas, sampai ke esoklah kami berdiri depan pintu ni.

“hah, masuk cepat. Mandi lepas tu sembanhyang.” Selepas je dengar arahan mama, lintang pukanglah aku ngan abang firas masuk bilik kami masing-masing. Jangan krang tak tahu, abang firas ada bilik dia sendiri kat rumah ni. Kalau dia datang atau bermalam kat sini, dia gunalah bilik dia tu. Sayang sangat paap ngan mama kat abang firas tu.