Followers

Friday, December 16, 2011

cerpen: kerana salah faham, aku kehilanganmu wahai sahabat

“hoi, syika. Cuba kau tengok c imran tu. Cute kan dia?” see, mata aku dah bersinar-sinar bila aku nampak mamat yang aku suka tuh.
“azri imran tu? Buta kali mata kau tu. Tak hensem pun. Hensem lagi tuyu aku.” Balasnya tanpa perasaan. Minah ni memang. Dari dulu lagi hati dia dah ada kat si tuyu tu. Apa entah yang hensem nya kat mamat tu sampai dia tak padang lelaki lain lagi. Tapikan, memang hensem pun si tuyu tu. Putih, mata sepet, muka tuyu. Pendek kata cukup pakej la untuk jadi lelaki idaman bagi seorang gadis. Tapi, hensem lagi mamat pujaan ku aka azri imran ni. Walaupun dia tak seputih tuyu si syika, tapi dia hensem, pandai dan banyak lagilah keistimewaan dia. Tapi kan, dia macam suka kawan aku yang sorang ni. Maybe sebab aku ni tak kurus macam dia kot. Huhu. Sedihnya.
“eh, mata kau kot yang buta. Asyik tuyu je. Dia dah tak de. Dah jauh dah. Entah dia mana dia sekarang ni.” Balasku tidak berpuas hati apibila dia mengutuk jejaka idamanku.
“huh? Mata aku menang dah dibutakan dengan dia. Hanya dia yang mampu menggetarkan hatiku ini. Aku belum jumpa lelaki lain yang boleh buat hati aku berdebar-debar macam yang dia buat.”syika  cuba menegakkan keadilan.
“iyelah tu. Hidup kau jugak. AAK* ada aku kesah?” balasku apabila aku merasakan aku tak mampu melawan kata-katanya. Biasalah. Orang bahas kan. Eh, aku pun budak bahas, ok.
“eh, syaza. Aku nak jumpa ustazah la. Kau nak ikut ke?” tanya liza kepadaku.
“tak nak. Malas aku nak jalan-jalan.” Balasku malas.
“kau memang. Pemalas. Sayang sangat dengan lemak kau tu.” Sinis sungguh kata-kata syika ni. Sedih den.
“biarlah. Asal hidup aku senang. Tak de kacau kau pun. Dah pergi jauh-jauh. Aku nak menatap wajah insan yang kuminati ni” kalau aku ngan syika ni,  tak yah beradab sangat. Buang sel-sel dalam badan je. Hahaha.
Eh, aku tak perkenalkan diri lagi. Aku syaza.  Nama aku bermaksud kelembuatan .Lembut?? Lembutlah sangat. Eww, lembut  lembut tak main ek. Aku ni brutal lagi. Sebab tu insan yang duduk sebelah aku tak pernah gemuk. Sebab selalu kena sekeh ngan aku. Aku minat azri imran tu sejak form 1 lagi. Lama kan. Sekarang aku dah form 5. Dah 4 tahun dah. Tabik spring-spring la sama aku.
“syaza, syaza.” Bagai sayup-sayup kedengan orang memanggil namaku. Aik, imranlah. Secara automatiknya, mata aku membulat dan air liur ku meleleh. Macam tak pernah tengok anak teruna orang la ko ni syaza. Lantas aku menyeka air liur yang meleleh menggunakan tisu. Si feeza apalagi, macam nak tunggang langgang dia ketawakan aku. Kureng punya kawan.
“iye. Ada apa-apa yang boleh aku bantu ke imran?” tanyaku penuh skema. Haha, kalau syika ada kat sini ni, comfirm tujuh hari tujuh malam dia ketawakan aku. Ni pun feeza bagai nak rak ketawakan aku. Apa-apa je lah.
“err,  sebenarnya aku cakap ngan feeza bukan ngan kau.” Ujarnya sambil menggaru-garu kepalanya yang penuh kelemumur tu. Tipu je, tak de kelemumur pun. Saja nak buat saspen.
“aik, salah dengar pulak. Maaf” balasku malu-malu. Err, malunya. Kenapa aku selalu malukan diriku depan dia ni. Ya Allah, malunya.
“tak pe. Asyik sangat kau berangan tadi. Siap sengih-sengih lagi plus keluar air liur lagi. Apa yang kau menungkan?” tanya bagi menutup maluku. Tapi sebenarnya soalan nya tu menambahkan lagi perasaan maluku kepadanya. Dia ni.. merah dah muka aku. Malunya.
“oi syaza. Asal muka kau merah? Panas sangat ke cuaca hari ni?” tu dia. syika dah balik. Habislah aku kena sakat ni kalau dia tau kesah sebenarnya.feeza yag tidak mampu menahan ketawanya lantas ketawa. Mak aih, sampai keluar air mata ketawakan aku.
“hai, syika.” Tegur imran.
“emm.” syika ni memang. Tak de perasaan langsung. Boleh dia buat acuh tak acuh je ngan imran. Geramnya.
“eh, dah rehatlah. Jom kita turun kantin. Aku lapar gila ni.” Ujar syika kepada aku dan feeza. Aku, syika dan feeza ni memang kawan baik. Kami sentiasa bertiga kalau disekolah. Tapi syika ni macam alah gila ngan imran. Tak tau kenapa.
“eh syika, napa kau layan imran macam tu? Kesian dia.” Ujarku tidak berpuas hati dengan kelakuan syika.
“jadi? Ada aku kesah? Biarlah.”syika ni kalau diajak bercakap dan dia malas nak berfikir, hah begitulah jawapannya.
“eh, macammana rancangan kita. Kan nak pi kl. Dorang semua setuju ke?” tanya feeza.
“entahlah. Aku pun tak tau. Cuba tanya budak kelas kita yang lain.” Balasku.
“eh syika, kenapa kau termenung ni? Kau ada masalah ke?” tanyaku penuh prihatin.
“err. Tak de apa-apa. Cuma penat sikit sebab banyak homework semalam.” Tapi aku ragu-ragu dengan jawapannya. Mesti ada masalah ni. Tapi dia tak nak cerita. Tapi nanti bila dia dah bersedia mesti dia cerita ngan kitorang tu.
*************************************
Hari rabu tu kitorang balik awal. Tapi syika tak balik ngan kitorang sebab dia nak jumpa cikgu. Tinggallah aku ngan feeza.
“alamak, buku teks aku tinggal kat dalam kelas la feeza.”
“tulah ko syaza. Kan aku dah kata sebelum balik kemas, pastikan tak de barang yang tinggal.” Itu dia. Feeza ni kalau diberi peluang untuk membebel, hah membebel la dia.
“aku terlupalah. Aku ingat aku dah masukkan tadi.”
“jadi, kita nak kena patah balik la ni?”
“kau jalan dululah. Aku naik kelas sekejap. Kejap je.”
“ok”
Ketika aku berada di tingkat 2, aku terdengar suara orang marah-marah. Macam suara syika je. Dan berselang- seli dengan suara orang merayu. Macam suara imran. Jantungku mula berdegup kencang. Apakah semua ini? Lalu, aku pun berhati-hati menaiki anak tangga untuk ke tingkat tiga.
“kau jangan nak rosakkan hubungan aku dengan syaza gara-gara perasaan bodoh kau tu. Aku takkan pernah suka dengan kau.” Bentak syika kepada imran.
“tapi, kau taukan aku suka kat kau. Sejak dulu lagi. Please, bagi aku peluang. Aku janji aku akan bahagiakan kau.” Rayu imran.
“diam. Aku tak nak dengar kata-kata kau lagi. Jangan mentang-mentang kau kaya, kau boleh cakap sesuka hati. Aku benci ngan kau. Baik kau berambus dari hidup aku. Lebih baik kau bunuh perasaan bodoh kau kat aku. Aku tak dan tak akan cinta kat kau.” Bentak syika lagi.
“tapi....”
“tak de tapi-tapi. Kau mesti bunuh perasaan bodoh kau tu.” Marah syika lantas berlari keluar dari kelas.
“eh, syaza... err, apa kau buat kat sini?” aku dapat merasakan kugugupan daripada suaranya.
“aku nak ambil buku tadi. Tapi terdengar pergaduhan  kau. Maaf aku bukan sengaja nak dengar. Err, aku balik dululah.” Balas ku dingin.
“tunggu kejap. Biar aku jelaskan perkara yang sebenarnya.”
“tak pe. Aku faham.” Sejurus selepas aku  mengucapkan kata-kata itu, aku berlari. Aku tak mampu menahan perasaan ini lagi. Aku tak sangka kawan yang aku sayang selama ni khianati aku.
“syaza! syaza! Tunggulah dulu. syaza!” laung syika.
“kerana kaulah persahabatan aku ngan syaza hancur. Aku benci kau azri imran. Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Teriak syika lalu berlari.
************
Keesokan hari nya, aku tidak melihat syika lagi disekolah. Mungkin dia tak hadir kot. Tapi aku mendengar ada desas-desus mengatakan yang  syika dah berpindah ke sekolah lain. Kenapa kau nak kisah tentang pengkhianat macam dia. Buang karen jek.
Aku yang selama ini happy go lucky pun dah berubah. Hebat sungguh penanganmu, syika. Aku benci kau, syika. Kau pengkhianat.
“eh, syaza, kenapa kau muram ni?” tanya feeza.
“tak de apa-apa.”
“kau dengar tak cerita yang syika dah pindah sekolah. Kenapa dia tak bagi tau kita ah?”
“biarlah dia. Aku malas nak fikir pasal pengkhianat tu.”
“pengkhianat? Syika? Aku tak faham la.”
“satu hari nanti kau bakal ketahuinya.”
**************
“syaza, ada kawan nak jumpa kamu.”
“siapa ma?”
“kawan kamu. Pergilah jumpa dia.”
................
“apa kau nak lagi hah pengkhianat? Pergi kau dari rumah aku. Aku tak de kawan macam kau. Aku benci kau.”
“syaza, aku tak bermaksud macam tu. Maafkan aku. Dengarlah dulu penjelasan aku. aku merayu kat kau. danagarlah dulu.” Bagai nak menitis air mata ku mendengar kata-katanya ditambah lagi badannya yang susut . menurut pengiraanku, dah 3 bulan kami tidak bertemu.
“apa lagi yang nak kau perkatakan. Semuanya dah jelas. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Malah, aku dengar dengan telinga aku sendiri. Apa lagi yang kau nak nafikan. Sudahlah. Hentikanlah lakonan kau. Pergi dari rumah aku sekarang!” teriak ku apabila aku tidak mampu menahan perasaan marah yang kian membakar hatiku.
“seandainya suatu hati nanti kebenarannya muncul, aku maafkan kau. Maafkan semua kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang persahabatan kita. Kalau kita tak dapat bertemu di alam nyata lagi, semoga kita dapat bertemu di alam sana. Selamat tinggal sahabat.” Aku bagai terkedu. Apa maksud dia.
***************
Kini sudah setahun peristiwa hitam yang melanda diriku. Kini, aku sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan. Insyaallah, lagi 4 tahun aku bakal bergelar seorang doktor.
Tiba-tiba aku didatangi oleh sorang pemuda. Apakah tujuan pemuda ini ingin bertemu denganku?
“ada apa yang ingin saudara katakan kepada saya?” tanyaku penuh dengan tanda tanya.
“awak tentu kenal syika kan. Saya abang syika. Syika menyuruh saya memberikan surat ini kepada awak.” Ujar lelaki yang mengakui dirinya sebagai abang syika.
“hah? Dia? Terima kasih ajelah.” Balasku penuh angkuh.
“awak baca dulu, baru awak fikir tindakan yang sepatutya awak lakukan. Jangan menilai sesuatu perkara dengan hanya melihat sesuatu yang belum tentu adalah kebenaran.” Ujarnya tenang.
“kebenaran? Dah lama kebenaran itu muncul. Maaf, saya tak de masa nak bincang perkara bodoh macam ni. Maafkan saya, saya terpaksa pergi sekarang.”
“sekurang-kurangnya bacalah dulu surat ni.”
Setelah aku mengambil surat itu, aku pun balik semula ke hostel. Dalam perjalanan, aku memikirkan semula kata-kata pemuda tadi. Apa maksud dia?
Sebaik sahaja melabuhkan diri di atas tilam, aku mula membuka surat itu.

Assalamualaikum wahai sahabat.
                Semoga kau sihat-sihat saja wahai sahabat. Apabila kau menerima surat ini, aku dah pergi jauh. Jauh dari kamu semua.Tujuan aku mengutuskan surat ni bukan untuk mengganggu ketenteraman hidupmu, jauh sekali untuk membuat kau rasa bersalah. Maafkan aku kerana tidak berterus terang dengan kau. Syaza, aku sayang sangat kat kau. Begitu juga feeza. Kalian berdua merupakan sahabat terbaik yang pernah hadir dalam hidupku.
                Aku akui memang imran menyukai aku. Tetapi aku tak pernah menyukai dia kerana hatiku telah dibawa pergi oleh hakimi aka tuyu. Kerana itulah aku menolak cintanya. Lagipun aku tahu yang kau mencintai dia. Aku tak ingin mengkhianatimu, sahabat. Aku rela kehilangan cinta tetapi bukan sahabat. Maafkan aku wahai sahabat.
                Sebenarnya, aku telah disahkan menghidapi barah paru-paru. Doktor mengatakan bahawa aku telah berada ditahap yang paling bahaya. Aku tidak mungkin dapat diselamatkan lagi. Tetapi, aku tetap tabah disebabkan oleh kehadiran kalian berdua.kalian merupakan kekuatanku selain ahli keluargaku. Aku amat menyayangi kalian.maafkan aku sekiranya aku ada melakukan kesalahan kepadamu wahai sahabat. Halalkan makan minumku. Semoga kita dapat bertemu di alam sana. Sayang kamu berdua, wahai syaza dan feeza
Yang sentiasa menyayangi kalian,
Syika
Air mataku menitis saat aku menerima warkah ni. Ya allah, betapa mulianya hati sahabatku. Maafkan aku wahai sahabat. Kerana salah faham, aku kehilanganmu wahai sahabat. Aku berjanji untuk menjadi seorang doktor yang baik agar aku boleh mengubati pesakit seperti dirimu.
************
Sudah 7 tahun peristiwa itu berlaku. Kini, aku sudah selamat dinikahkan dengan abang syika aka mohd aqqil. Kehadiran cahaya mata yang kami namakan syika nadrah binti mohd aqqil sempena nama syiak melengkapkan hidup kami sekeluarga. Semoga kau bahagia di sana wahai sahabat. Aku akan sentiasa menyayangi dirimu.

1 comment:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:21 AM

    cerita yg cukup menarik buat saya...sukses saja....

    ReplyDelete