Followers

Saturday, June 11, 2011

cerpen: siapa jodohku?

korang nak tau aku siapa? aku rasa tak yah la korang tau. tak penting. apa? nak tau gak? oklah. aku Lutfiyah Raisha. maksudnya? cari sendiri kat internet. google it okey. aku ni berkulit sawo matang. ramai yang kata mata aku cantik. allahualam, aku sendiri pun tak tau. okeylah, perkenalkan diri sudah, meh sini aku ceritakan kisah aku ngan suami aku yang tercinta nih.

"mak ai, hensemnya abang senior tuh. tergoda la aku." ujarku kepada Adilah, rakan baikku.
"mana?" tanyanya.
"itu, yang putih-putih, tinggi-tinggi tuh. ala yang kat tengah-tengah tu." terangku.
"oo.. yang itu. hensem gak. aik, gatai no ko ni. baru form 1 dah dok usya senior." usiknya.
"ala bukan selalu." aku mencuba untuk membela diri.

kring!kring! hah, itu tandanya waktu rehat dah habis, waktu mengorat dah habis dan waktu belajar dah tiba.
"assalamualaikum semua" ujar cikgu harraz asytar. cikgu ni hensem tau. tapi tak boleh lawan senior yang tadi tu lah. hehehe.
"waalaikumsalam, cikgu." balas zafri selaku ketua kelas. kemudian macam biasa kamu pun ikut apa yang c zafri ni cakap.
"oklah, kita mula sesi pembelajaran kita hari ni." ujar cikgu harraz asytar sambil tersenyum.
"ala cikgu, hari ni kita rehat la cikgu. otak kitorang dah jem ni belajar sains tadi. sekarang nak belajar matematik lak. rehatlah cikgu. cikgu kan baik." ampu akif. biasa, c akif ni kalau tak mengampu cikgu tak boleh. tak berwarna harinya tanpa mengampu cikgu.
"tak de tak de. hari ni kita belajar tentang fraction. now open your book page 54." balas cikgu harraz asytar.
then bermulalah sesi pembelajaran kitorang selama 1 jam 20 minit. dua masa je. dah habis cikgu ni pok pek pok pek, dia suruh buat kerja. siapa yang dah siap buat kerja sendiri. ni yang best tentang cikgu harraz ni. sporting giler. i love youlah cikgu harraz.

ala, malas sungguh aku nak tuisyen segala. penat lah. isnin sampai jumaat sekolah. sabtu ahad lak tuisyen. penat tau tak.
aku melangkah masuk ke ruang pembelajaran dengan perasaan yang sungguh malas. tapi perasaan tu hilang lepas aku nampak senior yang hensem tuh. gile you, i study 1 room ngan dia. hahahaha, makin rajinlah aku datang tuisyen nih. walaupun dia tak menyedari kehadiran aku tapi aku tetap suka dia. adakah aku ditakdirkan untuknya? aku harap aku tulang rusuk kirinya yang hilang. aiseh, sempat lagi berangan cik adik nih..
kat sekolah aku selalu perhati dia. aku cuba nak tarik perhatian dia tapi siapalah aku kalau nak dibadingkan dengan dia yang hensem tuh. part yang paling aku suka tentang dia ni ialah matanya. matanya yang kuyu tu mampu memikat para gadis termasuklah aku. kalau ada buat fan club, aku lah orang pertama yang akan join kelab tu. serius hensem gila.. kalah boyfriend korang semua.

waktu rehat tu dia lepak ngan kengkawan dia kat kerusi depan bilik wuduk. perghh, hensem gila waktu dia senyum. aku buatlah muka bodoh konon tak kenal. tapi dalam hati cubalah ko kenal aku.
"eh, aku rasa aku kenal la budak yang kat tengah tu."ujarnya kepada rakannya.
"mana ko kenal dia?"tanya kawannya.
"kalau aku tak silap budak satu tuisyen ngan aku." jawabnya.

"eh sha, dia kata dial kenal ko lah."ujar adilah kepadaku.
"eh, ye ke? sukanya aku." balasku. sukanya hati kalau orang yang kita suka nih suka kat kita.
eh, aku tak perkenalkan dia lagikan? okey. nama dia danish aniq. namanya sehensem orangnya. dia ni form 4 tapi umur 17. sebabnya dia sekolah kat sekolah agama dulu. aiseh, budak alim geng. maklumat ni aku dapat dari kawan aku. dia yang dok cerita ngan aku. aku sukalah kan.

pernah sekali aku duduk betul-betul kat sebelah dia. sebabnya? ada satu budak gendut ni tak muat kalau share tempat. so, akulah yang kena pindah. jadi, teacher kat tempat tuisyen aku suruh aku duduk sebelah dia. kitorang ada maklumat pelajar kat tempat tuisyen aku nih. so, aku dapat lah num dia. tapi tak berani nak call or sms lah. just simpan jak.malulah den kalau perempuan yang dulu mula.

"awak ni budak smk bukit merembang kan?"tanyanya.
"iya." balasku.
"awak kelas apa?" tanyanya lagi.
"1 dikma"jawabku.
"oo.. budak pandai."ujarnya.
"tak de lah. saya biasa-biasa je." balasku.
happynya aku bila dia bercakap dengan aku. aku ingat dia tak kenal aku. pihaaaa... itu lah ayat pertama dan terakhir yang kitorang borak pada tahun ni. tahun depan last year dia kat sini. oh no i will miss you danish.

setahun kemudian.
aku tak sangka yang kelas ku berada di atas bilik mpv dan pengajian. yeyeye. dapatlah aku jumpa dia tiap kali dia ada kelas memasak. gatai no budak sorang nih.
"hai" ujarnya.
aku blurr + speechless. dia cakap ngan aku aku ke? bodoh ah. mana mungkin dia nak cakap ngan aku kan?
"sombongnya."ujarnya lagi.
aik dia betul-betul cakap ngan aku ke? lantas aku berpaling melihatnya. aku senyum sebagai jawapan. kalau nak ukur muka aku waktu merahnya kalah warna merah. hehehe.

apabila dia tamat sekolah, aku mengharungi hari-hariku di sekolah dengan perasaan yang berbaur. rindu, suka, sedih bercampur bila mengenangkan dia. aku pernah couple untuk melupakan dia. tapi aku sedar aku hanya akan melukakan hati kekasihku kerana hatiku tidak pernah ada buatnya. makanya, aku membuat keputusan untuk berpisah dengannya. kenanganku dan danish tetap utuh di hati. cintaku buatnya juga tetap utuh di hati. aku tidak mampu menipu perasaanku bahawa aku sudah tidak suka padanya sedangkan aku menyukainya. kini, aku bakal menduduki spm. no more love. my aim is oversea. university of australia, wait for me.

alhamdulillah, impianku tercapai kini. lusa aku bakal menjejakkan kakiku ke autralia. aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang biomedic. aku ingin mencipta ubat bagi menyembuhkan penyakit yang belum ditemui ubatnya.
minggu orentasi amat membosankan. asyik-asyik kena buli dek senior jek. apalah diriku. tapi yang tidak ku sangka rupa-rupanya senior danish aniq pun menuntut di sana. sukanya aku. tapi luluh hatiku apabila mendapat tahu yang dia sudah mempunyai teman wanita. mungkin memang bukan jodohku dengannya.

+assalamualaikum. awak apa khabar? maaf kalau sms saya mengganggu awak.
'eh, sapa pulak ni. nombor ni aku tak kenallah. kawan aku ke? balas je la.' ujar ku dalam hati.
-waalaikumsalam. awak ni siapa?
+saya danish aniq yang satu tempat tuisyen ngan awak dulu.
-oo... ok. saya ingat.ada apa ya awak sms saya?
+kalau awakizinkan, saya nak berkenalan dengan awak. boleh?
-why not. kata orang berkawan biar seribu.
+ok. kita jumpa kat cafe chris esok jam 10 pagi boleh?
-untuk apa?
+sebagai tanda persahabatan kita. saya belanja.
-ok.

semenjak itu hubunganku dengan bertambah erat. aku tidak pernah menyangka yang hubungan kami akan menjadi rapat. kawanku menasihatiku agar tidak mendekatinya kerana danish merupakan playboy terkemuka di universiti kami. tetapi aku tidak menghiraukan nasihatnya.
"sudikah awak menjadi pendamping hidup saya?" tanyanya ketika kami sedang makan di restoran.
"hah?" tanyaku. iyelah aku takut salah dengar.
"sudikan awak menjadi pendamping hidup saya?" tanyanya sekali lagi.
"awak serius?"tanyaku.
"of course,i am. saya dah lama suka awak. sejak dari sekolah menengah lagi." balasnya.
"Awak tahu kan, saya tak sesempurna awak. saya gelap. awak putih." balasku pulak.
"apa yang ada pada kulit. saya hanya inginkan hati awak. kebaikan awak kelembutan awak telah memikat hati saya." jawabnya yakin.
"baiklah. kalau begitu saya bersetuju." jawabnya tersenyum.

tiga bulan kami menyemai kasih. aku akui yang danish seorang lelaki yang romantik, baik, caring. dia mampu membuat aku berasa senang.
suatu hari dia mengajaknya ke cafe. katanya ada hal penting yang ingin dia beritahu kepadaku.
apabila aku sampai di sana, aku lihat bekas girlfriend danish turut serta di sana. malah rakan-rakannya pun ada di sana.
"hey guys, here she come" ujarnya.
"hohohohooooooooooooooooooooooo!" sorak rakannya.
"what going on, danish? it's not suppose to be out special date?"tanyaku keliru.
"what? date? with girl like you. hell la."balasnya.
aku terkejut mendengarnya.
"ok guy, i think yu should pay me now. it's 3 months already." ujarnya kepada rakan-rakannya.
"apa semua ni danish?" tanyaku keliru.
"look. lutfiyah raisha, you cuma kena main-mainkan oleh danish. dia tak suka pun dengan you. dia cuma betting dengan kawan-kawan dia. kalau dia couple ngan you selama 3 bulan, kawan-kawan dia akan bayar dia 5000 sebagai ganjaran. seronok kan?" terang risya, girlfriend danish.
"sampai hati awak danish. saya betul-betul sayang awak tahu? tak sangka awak awak akan buat saya macam nih." balasku cuba menahan tangis. malang seribu kali malang air mata ku tidak dapat ku tahan. ia mengalir dengan deras sekali. tidak ku sangka yang dia sanggup memperlakukan aku seperti ini.
"hey, why you cry? sepatutnya aku yang menangis. aku yang terseksa selama bersama kau tahu tak? berambus kau dari sini. muak aku tengok muka kau." ayat yang keluar dari mulut danish amat kejam. sungguh ku tak sangka rupa-rupanya perlakuannya begini.

aku berlari tanpa menghirau keadaan sekeliling. aku tidak menyangka yang kehidupanku akan menjadi seperti ini. apa salahku?
"i'm so sorry. i don't mean it" ujarku kepada seorang lelaki yang ku langgar.
"it's ok. eh, bukan awak ni lutfiyah raisha ke?"tanyanya.
"erghhh, ni cikgu harraz ye?" ujarku.
"ye, inilah saya. kenapa awak nangis?" tanyanya prihatin.
"tak de apa-apa. maafkan saya. saya terpaksa pergi sekarang." balasku.

terlalu payah untuk aku mengubati luka yang ditabur oleh danish. 7 bulan aku bersendiri. rakan-rakanku naik risau melihatku. cikgu harraz cuba untuk menceriakan hari-hariku kembali. walaupun tidak mendapat respond yang positif, tetapi dia tetap mencuba untuk mencerikan ku. aku bersyukur kerana mempunyai cikgu yang baik seperti dia. 7 bulan itulah yang membuatkan hubunganku dengan cikgu harraz kian rapat. aku menganggapnya seperti abangku sendiri.

"lutfi, saya nak cakap sesuatu dengan awak." ujar cikgu harraz.
"cakap lah cikgu." balas ku tenang. aku tidak tahu kenapa setiap kali aku bersama dengannya, aku berasa amat tenang.
"errr, sebenarnya saya, errrr nak jadikan awak errrr isteri saya." ucapnya tergagap-gagap.
aku terkejut mendengar kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh cikgu harraz. aku sama sekali tidak menyangkan bahawa dia akan berkata seperti itu kepadaku.
"cikgu, cikgu dah fikir masak-masak? cikgu tahukan siapa saya? hati saya masih belum sembuh cikgu. saya masih mencintai danish walaupun dia banyak menyakiti hati saya." balasku.
"saya tak kisah semua itu. awak boleh belajar mencintai saya. saya akan menjadi suami serta ayah yang baik untuk anak-anak kita kelak." balasnya tenang.
"berikanlah saya masa untuk berfikir cikgu." jawabku.
"kalau boleh, hilangkanlah panggilan cikgu tu. saya nampak  macam tua je bila awak cakap macam tu." cikgu harraz cuba berlawak..
"baiklah." ucapku.

seminggu aku berfikir. sembahyang istiqarah sudah kulakukan. kini aku yakin dengan keputusan yang bakal ku ambil. semoga allah merahmatinya.
"err, harraz, boleh kita jumpa?" tanyaku sebaik sahaj dia mengangkat panggilanku.
"boleh. dimana?" tanyanya.
"dekat tasik tepat hari tu jam 4 petang ni." jawabku.
"baiklah. kita jumpa di sana." balasnya.

tenang wajah cikgu harraz ketika menemui ku. aku berharap agar keputusanku ini dapat diterimanya dengan hati yang terbuka.
"harraz, saya tak tau macammana nak cakap." aku memulakan bicara.
"cakap je. saya terima keputusan awak dengan hati yang terbuka." balasnya tenang.
"seminggu saya melakukan solat istiqarah untuk meminta petunjuk daripada allah. alhamdulillah allah telah memberikan saya petunjuk. saya terima lamaran awak." ujarku.
"alhamdulillah. terima kasih ya allah. terima kasih lutfi kerana sudi menjadi isteri saya." balasnya. kegembiraannya terpancar di matanya. aku berharap agar keputusan yang ku ambil ini betul.
"tapi, kita kawin lepas saya habis study ye. tak lama 3 bulan lagi." ujarku meminta pengertian daripadanya.
"saya ikut je." balasnya.

pejam celik pejam celik 3 bulan dah berlalu. hari ni aku akan mnjadi isteri harraz asytar. alhamdulillah kedua orang tua kami menyetujui hubungan kami.
"aku terima nikahnya lutfiyah raisha dengan mas kawin RM 70." kini. sahlah aku menjadi isteri kepada harraz asytar bin ahmad.

itulah kisahku dengan suamiku. cinta berdasarkan allah lebih baik. kini aku bahagia dengan suamiku tercinta beserta dua orang putera ku.

3 comments:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:24 AM

    lumayan baik dari kisah ini,jodoh ada di tangan...sukses saja...

    ReplyDelete
  2. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:26 AM

    lumayan baik dari kisah ini ,soal jodoh ada di tangan tuhan.....sukses saja...

    ReplyDelete
  3. Casinos in Las Vegas (December 2021) | JMT Hub
    What does the Casinos in Las Vegas look like? The casino is located near the Wynn Hotel 파주 출장샵 and 경산 출장안마 Casino, just 구미 출장샵 north 통영 출장샵 of the Las Vegas Strip. 경주 출장마사지 The casino has

    ReplyDelete