Followers

Tuesday, December 20, 2011

novel: awak pencuri hatiku 4


Ketika makan malam, abang firas memberitahu kat papa ngan mama yang aku setuju dengan tawaran yang diberikannya. Mama ngan papa mengucapkan tahniah kepadaku. Aku tersenyum senang.

“hah! Belajar nanti jangan pulak lalai. Nanti belajar ke mana, diri kemana” nasihat ikhlas tajaan daripada papa. Aku menggangguk. Bukan aku je, mama juga. Abang firas memandangku dalam. Aku tidak mengerti pandangan. Sebenarnya aku rasa tahu pandangannya tapi aku buat tak peduli. Abang firas hanyaku anggap sebagai seorang abang. Tidak lebih daripada itu.

“nanti kat KL tu, jangan nak jadi liar pulak. Ikut cakap abang firas. Firas, nanti kat KL tengok-tengokkan ikha ni. Bukan boleh percaya dia ni.” Mama pulak mula bersyarah.

“iyalah. Nanti firas tengok-tengokkan ikha.” Balas abang firas.

“ala mama ngan papa ni. Ikha bukan budak kecil lagilah nak kena jaga macam tu. Abang firas tu pun ada kerja dia sendiri. Takkan 24 jam ngan ikha je.” Luahku apabila aku merasakan papa ngan mama menganggapku sebagai anak kecil.

“awak tu perempuan, cik ikha sayang. Satu-satunya anak kami. Mestilah kami risau.” Ujar mama. Aku hanya menganggukkan kepalaku. Nanti kalau aku balas, melarat pulak.

Keesokkannya abang firas pulang semula ke KL kerana tuntutan pekerjaan. Tidak lupa juga, dia hendak menguruskan semua hal tentang kemasukan aku ke UPM nanti. Wahai kampung halaman ku, aku bakal menginggalkanmu sebentar lagi. Pasti aku rindu dengan kampung, mama dan papa.

************************
Hari ni abang firas kembali semua ke terengganu. Ye, itulah kampung halamanku. Abang firas membawaku membeli barang keperluan. Hampir seribu ringgit juga duit dia terbang untuk membeli barang keperluanku. Aku ingin membayarnya tapi ditegah oleh abang firas. Alasannya sebab aku ni berada di bawah tanggungjawabnya. Aku tidak berani mengatakan apa-apa jika itu sudah kemahuannya.

Malamnya, aku sibuk berkemas barang-barang yang hendak ku bawa ke KL. Abang firas kata kami bakal bermalam di rumah keluarganya semalam dulu barulah dia akan menghantarku ke UPM keesokkannya kerana ayah dan ibu abang firas ingin berjumpa denganku. Apa agaknya rupa ayah dan ibu ye? Dah lama aku tak jumpa dorang. Rindunya.

Hari yang dinanti telah pun tiba. Aku bakal mengikut abang iras ke KL hari ni. Bestnya.tetapi aku rasa sedih apabila melihat mama mengalirkan air matanya. Iyelah, aku bukannya pernah berpisah ngan mama. Anak mak lah katakan.
“dah la tu Yah. Jangan nangis lagi. Budak ni nak pi belajar bukannya nak pi berperang.” Papa cuba memujuk mama.

“betul tu mama. Firas janji firas akan jaga ikha kat sana nanti. Mama janganlah risau ye.” Abang firas pulak cuba menyakinkan mama. Aku? Macam nak banjir dah rumah kitorang ni.. aku tidak dapat menahan sebak apabila mamaku mengalirkan air matanya. Aku tak sanggup.

“kalau macam ni, ikha tak payahlah pi belajar. Ikha tak sanggup tengok mama nangis. Ikha sedih jugak.” Ujarku.

“ikha jangan nak mengada eh. Mama sedih je sebab selepas ni mama dah tak de kawan nak ajak berbual.” 
Ujar mama pulak.

“eh, abang kan ada. Kita boleh bergurau senda. Manalah tahu nanti ikha dapat adik lagi kalau kita berdua-duaan. Maklumlah, suasana dah romantik macam masa muda-muda dulu” usik papa cuba menceriakan suasana yang diseliputi kesedihan.

“abang ni. Gatalnya. Dah tua-tua pun masih nak miang. Tak de maknanya nak ada anak lagi. Ingat umur tu papanya.” Marah mama pulak. Itulah dia papa ngan mama aku. Penuh dengan senda gurau.

“kalau yah tak nak, abang kawin lainlah. Dapat juga yah madu ikha pun dapat juga adik. Tu janda kiah kat hujung kampung tu single masih.” Giat papa lagi.

“siaplah abang kalau abang kahwin lain. Saya bawa kain baju balik rumah mak ayah saya.” Mama sudah mula merajuk. Mama ni paling pantang kalau papa sebut perkataan KAHWIN LAIN. Haha. Lucu sungguh mama dan papaku ni.

“saja je. Nak usik isteri kesayangan abang ni.” Ujar papa lantas mencuit pipi mama. Aku senang melihat kemesraan papa dan mama. Aku berpandangan dengan abang firas. Abang firas pantas menyeka air mataku. Aku terkedu. Mama dan papa sudah berdehem. Aku kelam-kabut membetulkan wajahku. Mukaku yang merah tidak dapat disembunyikan lagi.

“hah. Nanti jaga diri baik-baik kat sana.  Jangan lupa makan ikut masa. Awak tu ada gastrik. Nanti sakit pulak perut tu. Bla bla bla.” Aku mengangguk bagai burung belatuk.

“dah la tu. Dorang tu nak jalan jauh. Hah, dah siap semuanya. Kalau dah siap, bolehlah kamu bergerak sekarang. Nanti lewat pulak sampai.” Ujar papa.

“kalau macam tu, kami gerak dululah papa.” Ujar abang firas.

“emm.. hati-hati memandu tu firas. Nanti dah sampai jangan lupa telefon rumah tau. Jaga diri baik-baik ye ikha. Ingat papa dan mama akan sentiasa menyayangi ikha.” Ujar paoa.

“papa janganlah cakap macam ni. Ikha jadi sedih.” Murah sungguh air mataku hari ni. Asyik nak keluar je.
Aku dan abang firas bergandingan menuju ke keretanya.  Papa dan mama melambai kami. Lambaian mereka hanya dapat ku balas dari dalam kereta. Air mataku menitis lagi. Sedihnya.

“dahlah tu. Janganlah nangis lagi.” Pujuknya sambil mengusap bahuku.

“air mata ni yang tak nak berhenti, ikha dah suruh berhenti tapi dia tak nak. Degil sangat.” Ujarku.

“paksa lah biar dia berhenti. Nanti kita sampai KL, abang bawa ikha pi MPH na. Abang belanja ikha novel. Pujuknya lagi. Abang firas memang tahu yag aku ni hantu novel. Dah banyak novel aku kat dalam bilik tu. Mama pun dah naik bising.

“betul ke?” see. Berhenti terus air mataku.

“iye. Dah jangan nangis lagi.” Pujuk abang firas.

“abang janji tu. Lepas tu, tangan tu alih sikit. Jangan bawa kereta sebelah tangan je. Nanti bukannya kenduri kesyukuran tetapi kenduri arwah pulak. Maklumlah, ibu dan ayah nak buat kenduri kesyukuran esok. Katanya sebab dah jumpa balik ngan aku dan juga sebab aku dapat sambung belajar.

Dia hanya ketawa. Dia ni, semua benda dia anggap gurauan. Tak pernah nak serius.

“abang ketawa ni kenapa? Tak betul ke apa yang ikha cakap?” tanyaku sambil menahan geram.
“saja je nak ketawa. Tak salahkan?” lain yang ditanya lain pulak yang dijawab walaupun itu salah satu soalan aku tadi. Aku merapu apa ni. Dah la hang ikha, melalut je.

“abang tolong drive baik-baik eh. Kalau abang nak mati sangat jangan bawa ikha sekali. Ikha ni masih muda, baru nak rasa kenikmatan hidup.” Ujarku serius.

“hush, mulut! Abang pun tak nak mati dululah. Abang belum kahwin lagi. Belum jadi ayah. Nak merasa juga dulu semua tu baru boleh mati. Walaupun kita tahu mati itu satu kepastian.” Balasnya.

“tahu pun. Dah tu, drive la elok-elok.”

“baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah.” Balasnya.

Kebosanan mula mencengkam diri ku. Aku pantas membuka PSP hadiah darinya beberapa bulan yang lalu. Aku bermain game untuk menghilangkan kebosanan. Dia masih lagi steady. Tak de apa-apa perubahan pada wajahnya.

“ikha kenapa pandang muka abang? Abang tahulah abang ni hensem.”  Ujarnya apabila dia mendapati aku menatap wajahnya tadi. Ingatkan tak nampak. Iyelah dah pakai cermin mata hitam.

“perasannya abang ni. Ikha saja je nak tengok reaksi muka abang. Penat ke tak.” Balasku.

“jadi kesimpulannya?” tanyanya pulak. Kerutan mula terbit di dahiku.

“kesimpulan apa pulak?” balasku apabila aku tidak mengerti maksudnya.

“iylah. Kesimpulan yang ikha dapat lepas tengok muka abang.” Tanya pulak. Adeh, apasal la slow sangat aku pagi-pagi ni.

“emm, muka abang nak nampak biasa je. Tak de muka penat pun.” Balasku. Sekali aku pandang ke skrin PSP, game over terpapar. Aku kalah. Semua ni sebab abang firas.

“ala, ikha dah kalah. Semua ni sebab abang. Kacau ikha main game.” Balasku manja.

“abang tak suruh pun ikha layan abang.” Balasnya sambil ketawa. Geramnya. Aku berpaling ke tempat lain. Merajuk lah dengan dia ni.

“ala, sayang abang ni. Merajuk pulak dia.” Giatnya lagi.

“hemmm, jangan kacaulah.” Balasku sambil menepis tangannya apabila dia mengusap pipiku.

“abang tarik balik nanti janji nak bawa pi MPH baru tahu.” Ugutnya pulak. Tak acilah dia ni. Main ugut-ugut pulak. Benci.

“ok ok. Ikha tak merajuk lagi.” Akhirnya aku mengalah. Tak nak aku lepaskan peluang pi MPH.

No comments:

Post a Comment