Followers

Monday, December 19, 2011

cerpen: kerana pertaruhan, kita bersatu

KLIK! Naik silau mata aku. Siapa yang ambil gambar aku ni? Nak minta kena kuntau ni. Suka hati mak bapa tiri dia je nak ambil gambar aku yang comel ni. Okey, mood perasan kejap. Aku melilau mencari insan ‘bijak’ yang mengambil gambarku tadi. Hah! Itu dia. Jaga kau, ni anak pak samad nak serang. Haha

“eh saudara, suka hati saudara je nak ambil gambar saya.! Tak hahal tahu.” Bentakku.
Kerutan dimukanya membuat hatiku makin mendidih. Pura-pura pulak dia.

“eleh, macam saya tak tau. Tadi saudara ambil gambar saya kan?” ucapku masih berlembut.

“kalau iya, kenapa?” tanya pulak. Aik, soalanku dibalas ngan soalan pulak.

“tolong delete eh. Saya tak sudi.” Balasku sedikit angkuh. Sebenarnya bukan sedikit tapi banyak.

“saya cuma mengagumi keindahan di depan mata. Tak salah kan?” apa-apa entah mamat ni. Pelik la dia ni.

“memanglah tak salah. Tapi...” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia dah menyampuk..

“see. Awak sendiri kata tak salah.”

“eh kau ni. Aku belum habis cakap kau dah potong. Awak nak delete sendiri atau saya yang delete.?” Ambik kau. Aku dah pakai gelaran aku-kau. Tandanya aku betul-betul dah marah.

“kalau saya tak delete awak nak buat apa?” dia mengangkatkan keningnya. Macam ziana zain konon. Peranan lah kau mamat.  Bagaikan tercabar, aku lantas merebut kamera dari tangannya. Maka, berlakulah pergelutan antara kami.

Tanpa disangka, dia kehilangan keseimbangan badan. Dan BAM! Tu dia. Dia terjatuh dan aku? Landing kat atas badan dia. Merah mukaku menahan malu. Aku segera bangun dari atas badannya. Tanpa membantunya. Kejamnya aku ni.

“ ok ok. Kita deal la. Kalau saya dapat pikat awak dalam masa 2 bulan, gambar ni saya simpan. Kalau tak, saya delete semua gambar kat kamera ni. Setuju?” tanyanya.

“apa kaitannya nya pulak dengan gambar ni?” tanya ku pelik.

“em. Saya suka kat awak.” Kerutan mula terbit di dahiku. Tapi tak nampak lah sebab aku masih muda. Haha.
Aku berfikir seketika. Kenapa aku tak cuba eh? Bukan rugi pun. Aku kan hati batu. Mana mudah nak tergoda. Aku memandangnya  dari atas ke bawah. Selekehnya dia. Dengan t-shirt hitam, jean lusuh, rambut kusut masai macam tak pernah sikat setahun, jambang tumbuh meliar di wajahnya. Ewww, bukan taste aku lah. Rasanya tak rugipun kalau aku setuju ngan cadangan bodoh dia tu.

“ok, fine. Kita bet. Kalau awak tak dapat buat saya jatuh cinta kat awak dalam masa 2 bulan, awak kena delete semua gambar kat dalam kamera awak tu. Jangan pulak awak tipu saya.

“ok. No hallah. Ok mari kita mulakan sesi perkenalan kita. Saya ukail hadif. Saya pelajar tahun 3 U ni. Awak?”

"Saya  zara luthfiyah. Pelajar tahun 2 U ni.”

“okey. Kita dari U yang sama. Esok iawak habis kuliah jam berapa dan kat mana?” keningku berkerut.

“awak nak buat apa?” tanyaku.

“iyalah. Lepas awak habis kuliah, kita pi dating.” Ujarnya selamba.

“ok. Saya habis kuliah jam 2. Kelas saya dekat bilik toturial 2.”

“ok fine. Esok kita jumpa ye. Mari saya hantar awak balik hostel.”

“ok”

Lepas habis kelas, leherku mula jadi macam leher zirafah. Ni semua pasal ukail. Mana entah. Penat leher aku dok pusing sana sini cari dia.

“hai, awak cari saya ke?” siapa pulak mamat ni. Bila pulak aku cari dia. Aku tengah cari ukail ni. Tapi kan, hensem gila mamat ni.

“hah. Cari awak? Buat apa cari awak? Bukan saya kenal pun. Saya cari kawan sayalah.” Balasku pelik. Kalau korang pun, mesti korang pelik kan bila tiba-tiba stranger datang kata yang korang cari dia padahal korang tak kenal pun.

“awak cari ukail hadif kan?” mana lagi dia tau aku cari ukail ni. Nujum ke apa.

“emm. Awak kawan dia ke?” Korang agak apa jawapan dia. Boleh-boleh dia ketawakan aku. Geramnya. Ni yang buat wa hangin ni.

“awak gelak kenapa? Lucu ke pertanyaan saya tu?”

“cuba awak tengok baik-baik muka saya ni.” Balasnya pulak. Aku pun buatlah macam apa yang dia suruh. Aku telek la muka dia. Kenapa macam familiar ek?

“awak ni ukail ke?” tanyaku inginkan kepastian.

“correct. Tepat. Saya ukail.” Balasnya sambil tersenyum. Perghh, sweet gila senyuman dia. Sekali aku pandang belakang, ramai gila minah-minah yang pengsan. Korang agak sebab apa? Sebab senyuman maut dia tu lah.. kalah senyuman si elman playboy terkemuka U kitorang.

“tapi.. kemarin awak nampak lain sangat. Mana perginya  jambang dan rambut kusut awak?” tanyaku.

“jambang.. saya dah potonglah. Rambut pulak, saya letak gel hari ni. Semua ni special untuk date kita yang pertama. Alamak. Jatuh cinta terus aku. Tak  payah sampai 2 bulan. Sehari pun dah cukup untuk aku jatuh cinta kat dia.

“kenapa? Jatuh cinta kat saya ke?” tanyanya sambil mengangkat-ngangkat keningnya. Suka sangat dia buat macam tu.

“saya? Jatuh cinta kat awak? Malam sikit.” Aku masih cuba untuk mempertahankan egoku. Jangan lupa tunang kau zara. Sebenarnya aku dah kena tunangkan sejak kecil lagi. Tapi aku tak kenal pun ngan tunangku. Atau lebih tepat, aku tak nak kenal pun. Mama kata lepas je aku habis study nanti, kitorang akan dinikahkan. Korang percaya masih ada perjodohan oleh orang tua pada zaman yang serba canggih-manggih ni? Emm, percayalah. Aku salah seorang daripadanya.

“tipu. Kalau tak kenapa muka awak merah?” sakatnya. Aku pantas meraba wajahku.

“dahlah. Awak nak pi date ke tak ni? Kalau tak saya nak balik hostel tidur.” Aku cuba menghilangkan kegugupanku.

“baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah.” Sambil menggayakan gaya seorang pelayan, dia mempersilakan aku. Emm, sajalah tu nak buat aku berada di awangan.

Kami beriringan menuju ke keretanya. Mak aih, terkejut beruk aku tengok kereta dia ni. Macam kereta bella dalam breaking dawn la. Bangga kejap jadi girlfriend dia. Apa-apa jak la zara. Berangan tak tentu pasal. Eh kejap. Dia ni anak orang kaya la kan? Dah ada kereta mewah macam ni.

“kereta awak ke?” tanyaku.

“tak la. Kereta pak guard tu. Iyelah kereta saya. Bonus sangat soalan awak tu.”

“awak anak orang kaya ke?”

“emmm.. dah la. Malas nak cakap pasal topik ni. Jom pi dating. Kita pi midvalley la ek. Saya nak pi MPH cari buku.”

“ok.” Hehe. Dapatlah aku beli novel. Dah lama aku tak beli novel. MPH, here i come.

**************************************************
Sampai je kat MPH, kitorang berpisah. Maksud aku dia pi area buku yang dia nak dan aku pi area buku yang aku nak. Banyak nya novel. Rambang mata aku. Setelah memilih 7 buah novel, aku pun pergi kat area dia. Dia masih lagi memilih buku.

“lama lagi ke?” tanyaku.

“kejap. Kejap je lagi. “ balasnya tanpa memandangku.

“cepatlah. Berat ni.” Rungutku. Rungutan ku berjaya membuatkan dia berpaling kepadaku. Terbeliak matanya melihat buku yangku pilih. Nasib baik tak keluar mata dia. Kalau terkeluar, payah pulak nak masukkan balik nanti.

“banyaknya. Awak nak buat apa beli banyak-banyak ni?” tanyanya.

“nak bacalah. Takkan nak buang.” Apa punya soalan lah tu.

“habis ke tu?” dia ingat aku ni apa. Perkara biasa je tu. Setakat 7 buah novel, tak ada erti. Kalau tak mengenangkan duit yang kubawa tak banyak, dah lama aku borong lagi.

“habislah. Dah cepatlah pilih buku. Saya nak bayar dah ni.”

“ok. Mari kita pi kaunter.” Ujarnya selepas mengambil buku yang dikehendakinya.
Baru je aku nak keluarkan duit, dia dah bagi kat kredit dia. Maknanya, dia tolong bayarkanlah tu. Aku menolak tapi dia tetap memaksa untuk membayarkan buku-bukuku. Alasannya sebab dia tu boyfriend aku. Rezeki jangan di cari, bala jangan ditolak. Eh silap,bala jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Selepas dia membayar buku-buku kitorang, kitorang pun lepaklah kat KFC. Malas nak cari port lain. Tu la tempat yang paling senang.

“awak, kita tukar gelaran kita nak?” tanyanya.

“buat apa?” tanyaku semula.

“barulah sweet. Saya panggil awak fie, awak pulak panggil saya abang. Setuju?” tersembur air dari mulutku. Apa yang dia merepek ni?

“apa ni? Habis muka saya.” Marahnya. Tapi tak banyaklah.

“sorry, sorry. Awak tu merepek waktu saya minum air kenapa? Fie-abang. Orang panggil saya zara je. Lagipun meremanglah bulu roma saya nak panggil awak abang.” Balasku.

“aish. Macammana nak rapat hubungan kalau macam ni? Saya nak pikat awak la. Sekarang ni kita couple walaupun tak rasmi, jadi kita kenalah tukar gelaran sikit. Biar sweet gitu.”

“tak nak lah. Abang saya dah berlambak kat rumah. Tak naklah saya tambah abang.” Bantahku.

“fie sayang. Abang untuk saya tu bererti panggilan manja. Faham tak?” dia menerangkan kepadaku.

“perlu ke?”

“perlulah.” Air liur yang ku telan pahit gila. Aku tak terbayang la.. eww,,

*************************************************
Dah sebulan dia cuba memikat aku. Dan hatiku sudah terpaut padanya. Tetapi kata-kata mama semalam membuatkan hatiku pedih. Aku dah start cinta dekat ukail, tetapi mama mengkhabarkan kepadaku bahawa tunangku ingin mempercepatkan majlis perkahwinan kami kerana dia akan menguruskan syarikat bapanya di london.  Pening kepalaku memikirkan masalah ni.

“sayang, kenapa ni? Tak sihat ke?” tanyanya apabila kami keluar lunch bersama.

“taklah. Saya sihat je.”

“habis, kenapa makan sikit je?” sikapnya yang prihatin menambahkan lagi perasaan sayangku padanya. Macammana aku nak hakis perasaan ni kalau dia caring sangat kat aku?

“saya tak de selera. Awak dah siap makan? Kalau dah siap, jom kita balik.” Kami beriringan menuju ke keretanya. Dipertengahan jalan, kami bertemu dengan elman. Elman memandangku dengan pandangan tajam. GLUPP! Habislah, dulu aku jual mahal kat dia, kononya tak nak ada boyfriend waktu study, tapi sekarang ni aku berjalan pulak  ngan ukail.

“hai, zara. Awak buat apa kat sini?” tanya elman mesra. Aku faham senyumannya tu. Senyuman yang dibuat-buat.

“makanlah, takkan tidur kot.” Balasku cuba menghilangkan rasa takut. Aku memaut lengan ukail kuat untuk mendapatkan sedikit kekuatan.

“ye ke? Ni siapa pulak? Waktu aku ajak kau, banyak alasan yang kau berikan. Hah! Siapa dia ni?” bentaknya.

“saya tunang zara.” Kata-kata ukail bagaikan penyelamat bagiku. Tetapi pada masa yang sama, aku terkedu dan terkejut.

“betul tu. Ukail ni tunang zara.” Aku menyokong kata-kata ukail.

“tunang betul ke tunang tipu?” elman bagai dapat menebak penipuan kami. Jantungku berdegup laju. Kalau tak kena anginnya, elman tentu akan mengamuk. Dan amukannya tu bukan sebarang amukan.

“saya tunang betul dia. Kami akan kawin 4 bulan lagi. Jemputlah datang. Oklah, kami nak jalan dulu. Assalamualaikum.” Ujarnya lantas menarik tanganku ke keretanya.

Ketika di kereta ukail bertanya kenapa aku takut sangat kat elman. Aku menceritakan satu-persatu peristiwa lalu antara aku dan elman. Air mataku tumpah dia saat itu. Dan ukail memujuk bagai memujuk anak kecil. Bahagianya hati bila orang tersayang memujuk.

************************************************
Semenjak kejadian hari tu, ukail menghilang. Kemana agaknya dia. Mungkin dia dah putus asa memikat hatiku. Sanggup kau ukail. Setelahku serahkan hatiku, kau tinggalkan  aku. Esok aku akan pulang ke kampung kerana pernikahan aku akan berlangsung seminggu lagi. Selamat tinggal ukail. Terima kasih kerana meninggalkan luka yang belum tentu akan sembuh.

Orang pertama yang aku ketemui selepas pulang ke kampung adalah saidah, teman baikku. Aku meluahkan segala masalah yang kuhadapi. Tangisanku tidak dapat kuhentikan. Air mata mengalir bagaikan sungai. Au kecewa. Hatiku sakit. Hebat sungguh penanganmu, ukail hadif. Saidah menasihatkan aku agar melupakannya kerana tidak lama lagi aku bakal bernikah. 

Hari yang bakal mengubah statusku telah menjelang. Inai merah yang melekat indah di jemari ku tatap lama. Lagi sejam gelaranku bakal berkukar. Puan zara luthfiyah. Saidah menemaniku sepanjangku di dalam bilik. Aku bangga ada sahabat seperti dia. Wahai zara luthfiyah, ingatlah engkau bahawa ukail itu hanya sejarah dan bakal suami itu adalah realiti. Belajarlah mencinta bakal suamimu dan lupakanlah ukail. Aku cuba untuk memaksa hatiku agar menerima hakikat. Mungkin memang bukan jodohku dengannya.
Apabila aku mendengar suara bising di luar, aku tahu bahawa aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah kukenali. Air mataku mengalir. Bukan air mata gembira, tetapi air mata kesedihan. Kecewa hatiku.

“assalamualaikum fie. Isteri yang kucintai.” Suara tu menggamit perasaanku untuk mendongak memandang suamiku. Air mataku menitis saat aku melihat wajahnya. Ukail hadif, suamiku. Aku tidak menyangka bahawa suamiku adalah ukail hadif, insan yang amatku cinta.

Air matanya mengalir tanpa henti. Kini air mata gembira. Ukail memujukku. Agak lama juga dia memujukku barulah aku berhenti menangis. Sadis sungguh suasana ketika itu. Selesai juga akhirnya majlis perkahwinan kami. Perasaan penat tidak dapat diluahkan. Selepas sahaja selesai mengemas barangan yang digunakan ketika majlis perkahwinan kami, aku terus sahaja masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik air, aku melihat ukail sudah membaringkan dirinya. Mungkin kepenatan. Orang kaya mana pernah buat kerja berat macam ni. Kesian suamiku. Aku membangunkannya untuk menyuruhnya mandi agar kami boleh solat isyak secara berjemaah. Dia bangun dengan kaki yang terhuyung-hayang. Aku menggelengkan kepala melihat gelagatnya.
Selapas selesai mengerjakan solat isyak, ukail meggamitku agar duduk disisinya. Aku turuti kemahuannya walaupun perasaan malu mula berkampung di dalam diri.

“sayang, sayang ingat tak pasal kamera yang abang guna dulu?” tanyanya.

“ingat. Abang dah delete ke gambar-gambar tu?” tanyaku.

“emm. Abang dah delete semuanya.”

“kenapa?”

“sebab tak de benda yang menarik pun dalam kamera tu. Jadi abang buanglah.” Tak de yang menarik, habis gambar aku? Aku mula menjauhkan diriku. Tetapi ukail merapatiku.

“kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” tanyanya lebut.

“abang buanglah tu kan gambar fie?”

“taklah. Sebenarnya abang tak ambil pun gambar fie. Saja je waktu tu.” Ujarnya sambil ketawa. Bulat mataku memandangnya. Dia mempermainkan aku rupa-rupanya. Sabar je lah.

Malam tu kami habisi dengan bercerita. Aku bertanya kepanya kenapa dia meninggalkan aku. Emm, katanya sebab dia kena uruskan projek dekat london. Sekali lagi aku tertipu. Rupa-rupanya dia tu bukan pelajar U tapi mengaku sebagai pelajar untuk mendekatiku. Tak kusangka suamiku ni seorang yang nakal. Sayang, abang!

1 comment:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:17 AM

    cukup menarik dari kisah ini..sukses..

    ReplyDelete