Followers

Thursday, December 15, 2011

novel: awak pencuri hatiku 1

“Woi! Pencuri! Jangan lari!”
Ish ish ish.. pencuri sekarang dah makin berleluasa. Nama je dah moden, tapi pencuri makin berkeliaran. Sedih sungguh. Eh, apa aku fikir ni.. stop thinking about that ikha. Awat hang dok sibuk fikir pasal orang lain.. jaga tepi kain sendiri sudahlah. Lantas aku meneruskan perjalanan ku mencari pekerjaan. Aku amat memerlukan pekerjaan sekarang untuk membantu meringankan bebanan kewangan keluargaku.
“cik baju oren, berhenti di situ. Kalau cik tak berhenti saya panggil tok kadi”
Eh, orang tu cakap baju oren eh? Aku naik pelik ni, kenapa orang pandang aku.Aku melihat baju yang ku pakai. OREN. Aku ke yang dia cakap tu? Tak mungkinlah. Aku berpaling ke kiri dan ke kanan untuk melihat siapakah gerangannya yang memakai baju oren selain aku. Ternyata hanya aku yang memakai baju oren. Aku mula panik. Apa lagi salah aku ni. Cop cop! Dia pun ada sebut TOK KADI? Aik, bukan pencuri sepatutunya panggil polis ke? Apa pulak kena mengenanya dengan tok kadi? Aku berpaling menghadap orang itu.
“ye encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanyaku.
“of course my dear.” Balasnya.
‘my dear? Bila pulak aku jadi dear dia ni? Pelik pelik’
“hah?’ aku bagai tak mengerti apa yang diperkatakannya.
“awak tu pencuri!” tuduhnya. Bila pulak kau mencuri ni? Lantas aku meraba-raba diriku untuk memastikan samaada aku ada mengambil barang mamat ni atau tidak? Ternyata tidak ada apa-apa yang telah ku ambil daripadanya tanpa kebenarannya.
“apa encik cakap ni? Encik jangan nak cuba memfitnah saya. Saya tak ada ambil apa-apa daripada encik pun” geramnya bila dituduh sebagai pencuri. Sudahlah orang disekeliling berbisik-bisik antara satu sama lain. Tentu mereka mengutuk aku. Tak guna punya orang.
“ada. Awak telah sesuatu yang penting bagi saya” balasnya tidak mahu kalah.
“apa?”
“hati saya”
Bagai nak jatuh rahang aku bila dia kata macam tu. Patutkah dia cakap macam tu? Tak patutkan? Suku kot mamat ni. Tanpa mempedulikannya aku meneruskan perjalananku untuk mencari pekerjaan. Buat sakit kepala je nak fikir pasal mamat setengah tu. Tiba-tiba aku terasa badanku ringan. Eh, aku terbang ke? Boleh ke manusia terbang? Nonsense. Apa bila aku pandang ke bawah , rupa-rupanya mamat ni  dah angkat aku. ANGKAT? Eh tak boleh jadi ni.
“oi, lepaskan sayalah. Bukan muhrim tahu?”
“peduli  apa saya. Tadi saya dah cakap baik-baik dengan awak, tapi awak tinggalkan saya macam tu je. Sekarang ni awak tak boleh lari daripada saya lagi” ujarnya lantas ketawa.
Kurang asam punya mamat tiga suku. Eh, kurang asam? Rumah dia kurang asam ke? Kesian, asam pun tak de kat rumah. Eh, apa aku merapu ni. Stop thinking about  nonsense things ikha. You have to save yourself now.
“lepaskan sayalah. Lepaskan cepat!” bentakku.
“kalau awak nak saya lepaskan awak, awak kena ikut saya dulu?” balasnya.
“ikut awak? Nak pergi mana? Entah-entah awak ni bapak ayam? Tolong tolong. Ada penculik!” terpekik terlolonglah aku kat sana.
“maaf encik. Isteri  saya ni ada gangguan jiwa sikit. Maklumlah baru lepas keguguran hari tu.” Ujarnya bagi menafikan kata-kataku sebentar tadi.
Kureng punya orang. Aku yang sihat walafiat ni dia cakap ada masalah jiwa. Sungguh tak patut. Kena cari jalan keluar ni sekarang. Ok now i know.
“ok ok. Saya ikut awak. Tapi turunkan saya dulu.” Ujarku cuba bertoleransi dengannya.
“hah macam tu lah baru sayang abang. Kalau dari tadi sayang ikut cakap abang, kan elok. Tak payah lah kita buat drama sebabak kat sini.” Ujarnya lantas menurunkanku.
Aku naik pelik dengan mamat ni. Tersayang-sayang. Macamlah aku ni kekasih, isteri atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya. Lalu, kami berjalan beriringan ke keretanya. Aku tak tahu dia nak bawa aku kemana. Harap-harap dia tak apa-apakan akulah. Kesian kat family aku nanti bila aku dah meninggal.
“encik, encik nak bawa saya kemana?” tanya ku apabila dia tak bersuara semenjak kami memulakan perjalanan tadi.
“nak kahwin.” Balasnya sambil tersengih-sengih.
“hah? Kawin? Encik kalau tak ada wali nama boleh kahwin? Lagipun saya tak kenal encik. Macammana kita nak kahiwn. Dan saya juga tak mencintai encik.” Balasku beremosi.
“bukankah bercinta selepas berkahwin tu lebih indah? Lagipun kita dah lama kenallah. Awak tak ingat saya lagi ke?” tanyanya.
Oh yeah. Dia berjaya membuat kepalaku berputar-putar. Banyaknya persoalan? Siapa dia ni? Aku kenal ke dia ni? Datanglah penyakit lupa aku ni. Aku cuba menelek wajahnya. Manalah tahu aku akan mengenalinya bila aku tengok wajah dia lama-lama. Tapi, zero. Tak de clue untuk aku mengingati wajahnya.
“kenapa awak tengok saya macam tu? Awak dah jatuh golek-golek lalu cintakan saya?” ujarnya.
Perasannya mamat ni. Apa dia ingat dia ni hensem sangat ke? Eh, memang dia hensem pun.. haha.  Apa la ko ni ikha, sempat lagi memuji mamat tiga suku sebelah kau ni. Kejap kejap. Buka ni jalan nak pi rumah aku ke? Ok sekarang aku pelik. Macammana dia tahu jalan nak ke rumah aku? Maybe satu jalan je kot. Aku cuba berfikiran positif.

1 comment: