Followers

Saturday, December 17, 2011

cerpen : pengorbanan yang kau tuntut


“iyan, boleh kau tunaikan satu permintaan aku? Aku mohon kepadamu wahai sahabat” rayu ain dalam kepayahan.ain affah seorang wanita yang disahkan menghidapi barah rahim di tahap kritikal.
“apa? Kau tahukah aku sayang sayang sangat ngan kau. Aku akan lakukan apa je untuk kau.” aku menahan airmataku daripada jatuh. Aku  tidak pernah menyangka bahawa sahabat yang amat ku sayangi mendapat penyakit merbahaya ini. Apa salahnya?
“aku.. aku nak kau kau nikah dengan aqil. Boleh kan?” ya Allah. Berat sungguh permintaan sahabat ku ini. Bagaimana aku bisa menunaikan permintaannya ini? Berikanlah aku kekuatan, ya Allah.
“apa yang ain merepek ni? Abang sayangkan ain. Takkan ada wanita lain selain ain seorang.” Bentak aqil fahmi, suami ain.
“betul cakap aqil tu, ain. Aku tak tegar untuk meruntuhkan masjid orang lain, terutamanya sahabat ku sendiri, ain.” Esakkan mula kedengaran.
“aku merayu kat kau, iyan. Aku tak boleh lahirkan zuriat untuk aqil sedangkan aqil amat mengidamkan kehadiran cahaya mata. “ ujar ain.
“aku tak mampu ain. Aku tak bisa. Tolonglah mengerti aku wahai sahabat.” Aku merayu.
“bukankah kita pernah berjanji dulu yang kita akan saling membantu antara satu sama lain. Kau nak mungkir janji ke, iyan?” desak ain. Ain bagai tidak menghiraukan kelukaaan hati suaminya dan juga sahabat terbaiknya, iyan.
“aku.. aku...” aku tidak mampu melahirkan walaupun sekumit pun perkataan. Berat sungguh dugaan yang Engkau turunkan, ya Allah. Aku berada dipersimpangan. Kerana sebuah janji, sanggupkah aku mengorbankan kebahagiaanku sendiri?
“jangan macam ni ain. Abang tak kisah kalau tak de baby. Yang penting abang ada ain.” Aqil cuba menyelamatkan keadaan yang belum tentu bisa tenang.
“sekarang memang abang boleh kata macam tu, tapi pada masa akan datang? Abang tak boleh tipu diri abang. Ain tau abang nak sangat ada baby.” Ujar ain. Aku dapat melihat kesengsaraan dari dalam matanya.
“memang abang nak baby. Tapi kita boleh ambil anak angkat, ain. Kenapa perlu fikir sampai macam ni? Keputusan ni bukan sahaja akan melukakan hati ain, malah perasaan abang dan juga iyan. Ain pernah fikir tak?!" bentak aqil apabila dia tidak mampu menahan perasaan.
“aqil, kenapa kau bentak ain? Kau tahukan dia sakit? Perasaan dia tengah tak stabil tu. Janganlah korang gaduh sebab aku. Aku mohon sangat.” Aku cuba memujuk perasaan aqil yang tengah membara.
“tapi...” ujar aqil.
“ain, aku mohon kau berikan aku masa untuk aku berfikir dulu. Jangan desak aku. Insyaallah aku akan berikan jawapan kau memuaskan. Izikan aku pergi dulu.” Ujarku kemudian  keluar dari bilik serba putih itu. Aku tidak bisa bertahan lama dia sana. Aku takut empangan air mataku akan pecah jika aku berterusan di sana.
“iyan. Kenapa kau kata macam tu? Kau memberikan harapan kosong kepada ain. Bagaimana jika diam menagihnya nanti?” tanya aqil.
“tolonglah aqil. Biarkan aku bersendirian. Fikiran aku tengah kusut sekarang ni.” Lantas aku berlalu meninggalkan aqil di situ.

********************************************
“sayang, kenapa sayang termenung ni?  Aran ada buat salah ke kat iyan?” aran aka zahran mahasin merangkap kekasihku cuba bertanya.
“tak pe pe. Iyan penat je. “ ujarku tiada mood. Aran. Nama manja yangku berikan kepadanya. Aku amat menyayanginya. Kami sudah merancang untuk berkahwin. Tetapi, mampukah kami melaksanankannya?
“kalau macam tu, aran hantar iyan balik ye. Kesian sangat tengok iyan macam ni. Kita balik ye, sayang.” Pujuknya. Kerana sikapnya yang mengambil berat inilah aku sanggup menerimanya sebagai kekasih hati.
“sayang, kenapa tengok aran macam tu? Aran tahulah aran ni hensem. Tapi janganlah tenung macam tu. Tergodalah.” Usiknya bagi menceriakan suasana.
“perasaanlah aran ni. Iyan tengok mamat belakang aran tu. Hensem sangat.” Meletup ketawaku apabila aran mula membeliakkan matanya. Ceria sungguh suasana ketika itu. Semua masalahku bagai lenyap apabila bersama dengan aran. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.
“iyan ni, kalau tak kenakan aran sehari tak boleh. Dahlah mari kita balik. Kan iyan penat. Iyan perlu rehat. Nanti iyan sakit, aran juga yang susah.”
Latas kami beringinan keluar dari restoran. Bahagia sungguh suasana ketika itu. Jika boleh, aku ingin menghentikan masa agar saat bahagia kami akan berkekalan.
***********************************************
Lama aku duduk di atas tikar sejadah. Sujud kepada-Nya untuk memberikan aku jawapan. Aku bingung. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. kerana mu sahabat, aku rela berkorban apa-apa jua hatta harta benda sekalipun. tetapi apabaila kau meminta aku untuk menjadi isteri buat suamimu bagi mendapatkan zuriat disaat dirimu diambang maut, hatiku tidak tegar. bukan aku tidak sayang kau sahabat, tapi hatiku talah lama diberikan kepada insan lain. Ya Allah, tunjuklah hambamu ini jawapan.
Setelah melakukan solat tahajud, bertanya pendapat ibu dan ayah, akhirnya aku membuat keputusan. Semoga keputusan ku ini benar. Berikan aku kekuatan untuk menghadapinya.
**************************************************
“assalamualaikum, ain.” Aku memulakan perbiaraan.
“waalaikumsalah. Iyan, lama kau tak sini. Aku rindu sangat ngan kau.” Ujar ain. Pucat sugguh wajahnya. Mukanya yang cangkung membuatkan hatiku sakit. Kalau boleh, aku ingin menggantikan tempatnya. Biarlah aku yang merasai kesakitan itu.
“aku harap kau terima keputusan aku tanpa sebarang bantahan.”
“katakanlah, iyan. Aku sedia mendengarnya”
“aku.. aku..  setuju nikah ngan aqil.” Sejurus selepas aku mengutarakan kata-kata itu, ain terus memeluk tubuhku.
Seandainya ini bisa membahagiakanmu, aku rela wahai sahabat. Selamat tinggal aran. Iyan akan sentiasa menyayangi aran. Sepenuh hati.
Selepas ain mengkhabarkan keputusanku kepada aqil, aqil datang ke pejabatku. Aku kena kuat. Semua ini demi ain affah, sahabat kesayanganku.
“awak dah gila ke, iyan? Awak sedar ke apa yang awak buat ni?” marahnya.
“saya sedar, aqil.”
“awak tahukan kita saling tidak mencintai. Bagaimana kita hendak melayari bahtera rumah tangga macam ni?”
“biarlah masa yang menentukannya, aqil.”
“senangnya kau cakap. Macam tak de perasaan je kau ni. Ataupun kau memang suka dekat aku?” sinis sungguh kata-katanya. Inikah balasan yang aku terima selepas aku melakukan pengorbanan seperti ini?
“jangan nak tuduh melulu aqil. saya lakukan ini semua demi ain. Awak sediri tahu yang hati saya sudah berpunya.” Aku masih cuba berlebut dengannya.
“okey. Kalau itu yang kau mahu. Jangan kau menyesal nanti!” bentaknya lantas keluar dari bilik pejabatku.  Berdentum bunyi bilik pintu. Nak terkeluar  jantung aku.
***************************************************
“apa semua ini, iyan? Kenapa iyan sanggup buat aran macam ni? Apa salah aran?” bagai guruh suara aran apabila aku meminta untuk memutuskan perhubungan kami.
“aran tak salah. Iyan yang salah. Iyan akan kahwin ngan aqil minggu depan. Maafkan iyan.” Aku berkata.
“kahwin ngan aqil? Iyan gila ke? Aqil tu suami kawan iyan, ain tahu tak? Iyan sedar tak ni?”bentaknya lagi.
“tapi iyan cintakan aqil.” Ujarku.
“gila. Iyan memang gila. Iyan sanggup mengkhianati kawan sebab perasaan bodoh iyan tu? Jadi, perasaan iyan selama ni kat aran palsu lah?”
“iye. Iyan tak cintakan aran.”
PAP! Sakitnya hanya tuhan yang tahu di saat aran menampar wajahku. Kalau ini harganya sebuah pengorbanan, aku terima. Biarlah jika ini takdirku. Kerana sahabt aku rela berkorban. Kuatkan hatiku, ya Allah.
*****************************************************
Kini sudah 10 bulan aku menjadi isteri aqil. Kandunganku juga telah mencecah 9 bulan. Aku bakal melahirkan anak kami bila-bila masa sahaja. Layanan aqil? Jangan di tanya. Aku sedar diriku hanya sebagai tempat dia melunaskan nafsunya. Cintanya hanya pada ain. Aku? Tadak mungkin dapat mendapat walau sekumit pun tempat di hatinya.
“ya Allah. Sakitnya perutku. Mak Mah! Mak Mah!” laungku memanggil mak mah, orang gaji dirumah kami.
“iye. Kenapa ni iyan? Iyan dah nak bersalin ke?” tnya mak mah cemas.
“iye. Iyan rasa dan nak bersalin. Tolong telefonkan ambulans ye, mak mah.” Ujarku dalam kepayahan. Sakitnya tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata. Amat sakit.
Tepat jam 10.50 malam, aku selamat melahirkan seorang putera. Aku dapat melihat kegembiraan di wajah aqil. Aku bersyukur kerana ini lengkaplah hidupku. Menjadi seorang ibu kepada anak secomelnya.
“iyan, kau dah sedar?” wajah pertama yang ku lihat, ain. Bukannya suamiku. Aku sedar siapa diriku ini. Hanya menumpang kasih kepada yang tak sudi. Tak mengapalah. Mungkin in balasanku kerana telah mengecewakan hati insan yang amat mencintaiku.
Aku hanya mampu memberikan senyuman sebagai jawapan. Ketika itulah aqil muncul bersama anak kami. Lalu, ain memberikan bayi itu kepada ku. Aku terlalu leka menatap wajah puteraku.
“iyan, aku ngan aqil dah bincang. Kami nak namakan baby ni mohd danish harraz. Kau setuju tak?” tanya ain penuh teruja dan gembira.
Aku terkaku. Aku sebenarnya sudah memikirkan nama untuk puteraku. ZUFRI FAHMI. Itulah nama yang inginku berikan. Gabungan namaku dan suamiku. Belum sempat aku berkata-kata, aqil telah menyampuk.
“mestilah iyan setuju, sayang.” Pandangan mata aqil kepadaku membuatku terdiam, aku memahami isyarat matanya itu. Di saat itulah aku terasa ingin menangis. Dimanakah hakku sebgai seorang ibu?
“iyeke. Terima kasih iyan. Aku gembira sangat.” Ujar ain. Aku hanya memapu meberikan senyuman hambar. Untuk berkata-kata, aku tidak mampu. Apalah hakku disini.
************************************************************
Sudah 5 bulan usia bayiku. Berapa banyak kali aku pernah menyentuh bayiku sendiri? Hanya disaat aku menyusukan sahaja aku bisa menyentuhnya. Pada masa lain, aqil lebih senang membawa bayiku bertemu dengan ain.  Siapakah ibunya yang sebenarnya? Aku atau ain? Kenapa aku dilayan seperti ini? Tapi aku bersyukur kerana ada seorang bayi lagi di dalam perutku kini. Aku tidak akan membiarkannya lagi dirampas oleh insan-insan lain. Aku harus melakukan sesuatu.
“iyan, dah lama sampai?” tanya ain sambil meggendong bayi ku. Walaupun sakit, tetapi wajah ain tetap ceria. Aku bahagia melihatnya walaupun aku sendiri terluka.
“aah.. boleh aku pegang harraz kejap? Pintaku.
“kenapa pulak tak boleh? Inikan anak kita 3.” Tersentap aku mendengarnya. Aku senyum paksa. Terimalah hakikat, wahai ziyan maimum. Aku menatap wajah bayiku lama. Mungkin ini kali terakhir aku menatapmu wahai, anak. Air mataku menitis. Wajahnya lebih mirip suamiku. Inilah kali pertama aku menatap wajahnya lama. Mungkin juga kali terakhir. Kedatangan aqil mematikan kegembiraanku.
“kenapa kau pegang harraz?dia anak ain. Bagi dia kat ain!” marah aqil. Sedihnya rasa hati bila aku tidak diakui sebagai ibu bayiku sendiri.
“maafkan, iyan abang.” Ujarku lantas memberikan harraz kepada ain. Ain diam tidak berkutik. Membelaku? Jauh sekali. Inikah balasanmu kepadaku ain? Aku berkorban demi kau, tapi kau?
“hah, kau tunggu apa lagi? Pergi kau dari sini! Semak je kat sini. Kami tak memerlukan kau lagi. Terima kasih kerana memberikan kami zuriat. Tunggu surat cerai dari aku!” tersentap aku waktu tu. Menitis air mataku. Ain tersenyum sinis kepadaku.
****************************************************
“mama! Mama!” panggilan putera keduaku zufri fahim yang berumur 3 tahun mematikan lamunan ku.pantas aku menyeka air mataku.
“mama! Mama! Papa aran datang!” laungnya. Hubungan ku dengan aran dah kembali pulih. Dia juga bahagia kini dengan isterinya zulaikha. Sudah tersurat aku bukan untuknya.
“assalamualaikum iyan.”
“waalaikum salam, aran. Apa khabar?”
“iyan tengok aran sihat ke tak?” soalanku dibalasnya dengan soalan.
“emm, dari padangan iyan, aran nampak berseri-seri. Maklumlah tak lama lagi nak meminang cahaya mata.” Usikku.
“tahu pun. Iyan, sampai bila iyan nak macamni? Kan semua kebenaran dah terlerai. Ain pun dah tak de. Ain tak kesian ke kat harraz? Dia memerlukan iyan sebgai ibunya.” Hujah aran.
“entahlah aran. Selepas apa yang berlaku, hati iyan payah sangat nak pulih. Biarlah masa yang menentukannya”
Aku teringat peristiwa 2 tahun lalu. Aqil datang memohon kemaafan kepadaku. Rupa-rupanya ain telah memburuk-burukkan aku dihadapan aqil selama ini. Sungguh tak sangka. Sahabat yang ku sayangi sanggup buat aku macam tu. Ain juga telah meminta maaf kepadaku sebelum meninggal. Aku memaafkannya. Untuk apa dikenang masa lalu.
*****************************
Sudah 6 tahun peristiwa tu berlaku. Aku sudah berbaik semula dengan aqil. Kesabarannya menambat hatiku kembali telah membuatkan aku kembali kepadanya. Aku bahagian kini bersama 2 orang putera. Jangan lupa, kini aku tengah mengandungkan puteri pulak.
“sayang, sayang menung apa tu sampai abang datang pun tak sedar.” Ujar aqil lantas memelukku dari belakang.
“tak de apa-apa. Iyan cuma terkenang masa lalu je” ujarku sambil tersenyum manis.
“sayang, abang minta maaf ye. Semua tu salah abang.” Sayu sungguh suaranya.
“tak pe. Kan semua tu dah berlalu. Biarlah ia menjadi iktibar.” Gelak ketawa 2 orang putera kami menghentikan suasana sedih sebentar tadi. Kebahagian datang selepas kesedihan.
 
 
 

1 comment:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:19 AM

    cukup baik kisah ini..saya suka...sukses....

    ReplyDelete