Followers

Sunday, April 24, 2011

cerpen : kaukah yang ku cinta?

"awak siapa?" tanyaku.
"ni abanglah sayang. sayang tak ingat pada abangkah?" ujarnya.
"ergh,,, abang? abang apa? setahu saya, saya cuma ada seorang je abang. encik ni siapa sebenarnya?" ujarku lagi.
"ya Allah.. sayang, ni suami sayang. anak ibu ni dah lupa dengan suami sendiri ke?" ujar ibuku.
"suami? bila leez kahwin, bu? kan leez masih belajar lagi?" ujarku kebingungan.
"tak pe lah, ibu. biar leez rehat dulu. dia kan baru sedar dari koma tu." kata lelaki yang dikatakan suamiku itu.
"betultu ibunya. biarlah leez rehat dulu." kata ayahku pulak.
aku semakin bingung. apa kaitan lelaki ini dengan hidupku? adakah aku mengenalinya? kenapa semua orang mengatakan yang dia ni suami aku? puas aku memerah otakku untuk mengingati sama ada aku aku kenal atau tidak lelaki itu. tetapi hampa, tiada bayangan atau clue untukku.

"doktor, bagaimana keadaan isteri saya?" ujar syed rahim.
"sabar encik. dari apa yang encik katakan pada saya tadi, kemungkinan besar isteri encik mengalami amnesia. tapi ini cuma andaian. kita hanya dapat mengetahuinya selepas keputusan ujian makmal keluar." ujar doktor itu.
"baiklah kalau begitu."  syed rahim kemudiaannya melangkah lesu meninggalkan doktor itu.
'kenapa semua ini harus terjadi? rasanya baru semalam aku dan leez bergelak ketawa. kenapa semua ini terjadi? kenapa ENGKAU mengambil kebahagiaan yang baru kami bina. astagfirullahalazim, kenapalah aku menyalahkan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya? ampunkah kekhilafan ku, ya Allah' ujar syed rahim.

"apa kata doktor im?" tanya kedua mentua syed rahim sebaik sahaja dia tiba.
"doktor kata kemungkinan besar leez mengalami amnesia. tapi semua tu belum tentu lagi." ujar syed rahim.
"sabar ya nak." ujar ibu mentuaku
"ya ibu. tapi kenapa kami yang dipilih untuk mengalami semua ini? hubungan kami baru sahaja hendak mekar." ujar syed rahim kesedihan.
"rahim, tak baik menyalahkan tadir. pasti ada hikmahnya disebalik semua yang berlaku ini?" kata bapa mentua syed rahim
"emm..." ujar syed rahim.

hari ini aku dibenarkan keluar. yes.. akhirnya aku dapat keluar dari penjara putih yang amat membosankan itu. tapi, kenapa aku kena ikut lelaki ini? aishh,, tak suka lah bila kena paksa ikut mamat yang aku tak kenal ni.
"sayang tunggu sini kejap ye. abang nak ambil kereta. jangan pergi mana-mana pulak. sayang tu baru je pulih."
aku hanya menganggukkan kepalaku sebagai jawapan.
tidak lama selepas itu, lelaki yang bernama syed rahim itu muncul bersama keretanya. fuyooo, smartnya keretanya. wuhuu, untung aku dapat laki macam ni? kereta punyalah smart tahap gaban. eh leez, waktu macam, mengaku pulak kau dia ni laki kau? ishhh ishhh ishhh..
"sayang, masuklah. abang nak letak beg sayangni dalam boot kereta" ujar syed rahim.
lalu, aku pun masuk ke dalam kereta tanpa menjawab kata-katanya.

sebaik sahaja kami sampai dia rumahnya, sekali lagi aku tergamam sehingga rahangku bagai nak jatuh. fuhh, ni rumah ke istana. dia ni anak orang kaya ke?
"home sweet home, darling. inilah rumah kita" ujarnya.
"ini rumah kita? besarnya. siapa lagi yang tinggal dekat sini selain kita berdua?" tanyaku.
"emm,, bila mummy and  daddy datang malaysia, mereka tinggal kat sini. tapi sayang jangan risau, mak timah pun ada" ujarnya.
"mummy? daddy? mak timah? siapa mereka semua? tanyaku kebinguangan.
"ooo.. abang lupa sayang ni hilang ingatan. mommy dan daddy tu orang tua abang. dan mak timah tu orang gaji kat rumah ni. tapi dia dah macam ahli keluarga kita jugak." ujarnya panjang lebar.
"ooooo..." balasku.
"marilah masuk. mak timah dah ada kat dalam. mommy dan daddy malam ni baru sampai malaysia." ujarnya lagi.
aku hanya mengangguk lalu mengikutinya masuk ke dalam rumah "kami".
"leez, selamat kembali ke rumah ni. mak timah rindu sangat kat leez. sunyi rumah ni bila leez tak ada" ujar wanita yang mengakui dirinya sebgai mak timah.
"hah? maaf. leez tak ingat kat mak cik." ujarku.
"tak pe. nanti perlahan-lahan, pasti ingatan leez akan pulih." ujar mak timah.
"dah habis borak.? mari abang tunjukkan bilik kita." ujar syed rahim
aku hanya mengangguk.

kini aku sudahpun sampai di bilik yang dikatakan bilik kami tu. emm,,, boleh tahan. sedap mata memandang. luas jugak bilik ni. sempat pulak aku nak menilik bilik ni.
malamnya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
"sayang, nilah mommy dan daddy." ujar suamiku.
"mommy, daddy." ujarku lantas bersalam dengan mereka.
"mommy rindu sangat pada leez. akhirnya leez kembali jua ke rumah ni." ujar mommy sebak.
"sabarlah yah. kan leez ni dah ada kat depan mata awak. tok sah la nak sedih-sedih lagi" ujar daddy pulak.

kini sudah 5 bulan aku duduk di rumah ini. rahim pun sabar melayani kerenah ku. aku bersyukur sesangat dikurniakan sumai penyabar, penyayang dan romantik seperti rahim.
"sayang, kenapa sayang termenung di sini?" ujarnya.
"tak de lah. leez just nak ambil angin je. abang dah makan?" tanya ku pulak.
"belum. abang nak makan masakan sayang."ujarnya.
"kalau gitu, abang tukarlah baju dulu sementara leez sediakan makanan untuk abang" ujarku.

"abang, kalau leez tanya abang satu soalan boleh tak?" ujarku.
"apa dia sayang? kalau sayang nak tanya abang seribu soalan pun aku akan jawab sekiranya abang tahu." ujarnya lantas memelukku.
"abang, boleh tak abang ceritakan bagaimana kita berkenalan sehinggalah kita boleh kahwin." kataku sambil membuat muka comel.
"ish, jangan sayang buat muka macam tu. abang tak tahanlah. " ujarnya sambil ketawa.
"abang ni. leez serius lah." ujarku.
"iye iye. macam ni. alkisah maka tersebutlah kisah, raja-raja seantero pelosok dunia..."
"abang!!!!!!!!!!!!!!" aku berteriak kegeraman.
"sorry sayang. oklah macam ni. dulu sayang ni setiausaha abang. abang jatuh cinta pandang pertama masa abang interview sayang. tapi sayng ni jual mahal sangat naik jenuh abang nak mengayat sayang. tak pernah tau mamat romeo macam abangni mengayat gadis. sayang lah orang pertama yang dapat membuatkan abang jadi macam tu. penat abang nak cari akal untuk menambat hati sayang yang keras tahap gigabyte tu. akhirnya abang dah jugak kahwin dengan sayang. itupun dengan bantuan ibu dan ayah" ujarnya.
"ooo. romantik gak suami leez ni ye."ujarku.
"mestilah. tengoklah suami siapa?"uajrnya.
"aishh, masuk lif tekan sendiri pulak orang tua ni" ujarku berpura-pura menyampah.
"apa sayang cakap? abang tua? sampai hati sayang cakap macam tu.. huhuhuhu."
 "ala bucuk-bucuk. jangan la merajuk. leez takde gula-gula nak bagi ni." ujarku lantas ketawa.
"tak pe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas" berpantun pulak suamiku ni.
"eh ubi dalam periuk la bang. baru tadi mak timah rebus." aku menyakatnya lagi sehingga dia kegeraman lantas mengejarku. berlari berkejaran lah kami di bilik itu. eh eh, macam filem hindustan pulak nak lari berkejaran ni..

aku bahagia walaupun ingatan ku belum pulih. tak pe, kalau aku tak ingat semula pun tak pe. aku dah ada suami yang baik. ceh, puji suami sendiri pulak aku nih. mestilah aku puji dia. kalau bukan dia, siapa lagi aku nak puji. takkan la mamak depan simpang tu.. dah lama aku tak contact dengan parents aku. rindu pulak kat ibu dan ayah. along tok sah lah nak rindu. asyik nak menyakat aku je kerja nya. dah ada isteri pun perangai masih tak berubah. nasib badanlah kak najwa oi.
"asalamualaikum ibu. ibu apa khabar?" tanyaku.
"waalaikumsalam. ingat jugak leez kat ibu ye ingatkan dah lupa dah." ujar ibuku tersayang.
"hehehe,,, sorry lah bu. leez sibuk sejak kebelakangan ni. abang tu macam-macam karenah dia. penat leez." aduku.
"biasalah la tu sayang. kita ni sebagai isteri mesti memenuhi segala keperluan suami ktia. jangan sesekali ingkar pada suami kalau nak hidu bau syurga." ceramah pagi ibu ku.
'alamak, ibu ni kalau dia dah mula ceramah, jawabnya penuhlah tai telinga aku nih..'
"ibu, line tak berapa nak clearlah. ibu cakap apa? apa? leez tak dengar lah. errr, lain kali lah leez telefon ibu lagi. assalamualaikum." dalihku lantas menutup telefon.
"ish, budak bertuah ni. dia ingat aku tak tau dia sengaja tutup telefon tu." rungut ibu leez.

"abang, boleh tak kalau leez nak pi rumah ibu kejap. leez rindu nak makan masakan ibulah." tanyaku selepas rahim mengangkat panggilanku.
"waalaikumsalam sayang." ujarnya.
"hehehe, assalamualaikum abang aka suami ku tersayang. leez nak minta izin nak pi rumah ibu kejap. boleh?" kataku termalu sendiri. aish, macammana boleh terlupa nak bagi salam. dah kena sebijik oleh si ustaz ni.
"boleh, tapi jangan balik lewat sangat. nanti abang rindu pulak" sakatnya. dia ni kalau sehari tak menyakat aku tak sah. janganlah aku dapat anak macam dia nih. pening kepala aku nanti nak layan kerenah dua orang yang suka loyar buruk ni. aiseh, cakap orang, sendiri pun sama gak. tak sedar diri betullah aku nih.. hehehe

"selamat petang, encik. encik ni syed rahim syed mahmud ke?"
"iya, saya sendiri. siapa ni? ujar syed rahim kebingungan. siapa pulak yang call aku ni. dah la aku risau ngan leez yang balik-balik lagi nih. dapat pulak call orang yang tak dikenali.
"isteri encik, puan marsya leezyani kemalangan tadi. sekarang ni puan marsya leezyani berada di HKL." ujar wanita itu lagi.
"ya Allah. tak mungkin. kenapa aku diuji sekali lagi?" terlepas pegangan telefon syed rahim sebaik mendengar khabar yang tidakmenyenangkan itu.

"nurse, di mana isteri saya, marsya leezyani?" tanya syed rahim sebaik sahaja menjejakkan kaki di HKL.
"oo, isteri encik berada di wad 501." kata jururawat itu.
"terima kasih"

sebaik sahaja kaki syed rahim melangkah ke dalam wad itu. matanya terpaku mendapati tubuh seseorang yang ditutup dengan kain putih. laju je kakinya melangkah ke arah orang itu.
"leez, kenapa sayang tinggalkan abang? abang tak boleh hidup tanpa sayang di sisi abang? bangunlah, bangunlah sayang."  tangis syed rahim tanpa rasa malu.
"err,, encik ni siapa? apa kaitan encik dengan saya?" tanya seorang lelaki dengan riak muka yang pelik.
"huh, adik encik? bukan ni marsya leezyani ka?" tanya syed rahim kebingungan.
"encik salah orang. ni adik saya. dan adik saya ni lelaki." terang lelaki tu lagi.
"maaf ye saya salah orang." ujar syed rahim lantas pergi dari sana. aiseh, malunya. macam mana aku boleh salah orang ni. malu tak terkata.
"abang,..."
"eh, asal aku macam dengar suara leez nih?" ujar syed rahim dalam hati.
"abang, abang tak nak pandang leez lagi ke? kan abang tak boleh hidup tanpa leez?"
syed rahim lantas berpaling ke arah datangnya suara itu. eh, itukan isteri aku. memanglah isteri aku. apasallah aku boleh tanya lagi. bengong punya suamilah aku ni.
"sayang?"
"iya. ni leez la abang. woo,, first time leez tengok abang nangis. sayang gak abang kat leez ye?" ujarku sambil ketawa.
"mestilah abang sayang. leez tu isteri abang. ni mana leez tau abang nangis tadi?" tanya syed rahim pulak.
"oo.. tadi leez ada kat situ. dapat jugak leez tengok drama swasta percuma sekejap."ujarku lagi.
"sampai hati leez tak tegur abang. malu tau abang waktu tu." ujar syed rahim lagi.
"jatuh la air muka leez kalau leez tegur abang tadi" ujarku..
"huh, tak pe. sampai hati sayang buat abang macam tu. nak gugur jantung abang waktu dengar berita tentang kemalangan leez" ujar syed rahim.
"mestilah leez sampai hati. kalau tak sampai hati, matilah leez." aku mula berloyar buruk lagi.
"malaslah abang nak cakap ngan leez ni. asyik nak kenakan abang ye." ujar syed rahim merajuk pada isteri tersayang. "ni bila pulak leez keluar wad?" tanya nya.
"baru je. bukan cedera teruk pun. tangan leez patah je."ujarku.
"iya lah tu. tulah asyik nak kenakan abang ye. pasal tulah sayang jadi macamni." bebelnya pulak.
"maaflah. marilah kita balik. leez ada berita gembira nak bagi tau abang ni." aku mula memujuk suamiku. merajuk pulak orang tua ni.. ni yang susah ni.

malam tu,
"abang, leez ada 2 berita gembira nak bagi tau abang." ujarku.
"emmm" balasnya.
"abang, leez betul-betul ni. janji tak main-main punya" ujarku bersungguh- sungguh.
"iye, sayangku. abang dengar la ni" ujar suamiku.
"pertama, ingatan leez dah pulih"ujarku gembira.
"betulkah? alahamdulillah. yang kedua pulak apa?" tanya suami ku excited.
"emm,, yang kedua, leez dah mengandung 2 bulan. ye, tak lama lagi abang dah nak jadi papa"
"betulke ni. malam ni merupakan malam terindah bagi abang. eh bukan abang sorang je, sayang pun sama." ujarnya.
"ha, senyum pun suami leez ni" ujarku.
"kita bagi tau semua orang esok malam. abang tak sabar nak bagi tau semua orang tentang berita gembira ni" ujar suami ku gembira.

7 bulan kemudian, lahirlah seorang adam hasil cintaku dan suami ku tersayang. hehehe jangan jelous ye. apa nak kasi nama dia ye. suami aku kata nak kasi nama syed haikal ikhwan. sedap jugak nama tu. pandai suami aku pilih. apa akhirnya? happy endinglah. aku bahagia dengan kehidupan aku ngan suami serta puteraku...

2 comments:

  1. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 at 11:15 AM

    cukup menarik cerita ini...sukses...

    ReplyDelete
  2. x paham ckit larr.
    camne dia boleh mengandung sedangkan dia accident.
    and apa punca dia accident.
    tak byk konflik larr.tapi best

    ReplyDelete